Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Terakhir..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Aku dapat jumpa lagi dengan bulan Ramadhan tahun ini. Sebagai anak dara. Mungkin pada tahun hadapan, aku akan menjalani Ramadhan dengan status ibu pulak. Siapa yang tahu kan?( AMin.. ) hehe. seperti yang dimessage pada encik Tunang, aku cakap.. " Hayatilah bulan Ramadhan sebagai anak teruna dan dara. hehehe " Bagus tak wish 1 Ramadhan aku?

Alhamdulillah. Syukur sangat2 sebab masih bernafas dan bernyawa untuk meneruskan ibadah. Doakan aku moga semakin sihat yek. Harap2 dapat menunaikan ibadah dnegan baik. InsyaAllah.

Apa2 pon, Berdoa sangat supaya event 1 September 2011 nanti akan berjalan dengan lancar. Moga diberkati dan boleh merapatkan hubungan silaturahim semua pihak. AMin. :D


p/s: Alhamdulillah. syukur sangat2. ada adik yang mau hantar aku ke spa. ngeh3... patot tak aku ke spa ek??

Saturday, July 30, 2011

30 hari..


Assalamualaikum guys..
Lusa dah ramadhan, dan dalam 30 hari lagi 1 September akan menyusul. :D
Sangat2 teruja, nervous pon ada.
Cuma kadang2 bimbang itu datang jugak.
Bersediakah aku menjadi isteri? menantu? ibu?? - ibu..? erk.. cam awal lagi kan. haha
Anyway. Just praying i will do the best.
Alhamdulillah. Hari itu semakin dekat.
Moga aku dapat jadi yang terbaik untuk en tunang.
Moga aku dapat membahagiakan en tunang.
Aku tak perfect, tapi aku akan cuba bahagiakan selagi termampu.
This are my promises!

p/s: Nervous!!~

Wednesday, July 27, 2011

Harga setem terbaru..

Assalamualaikum.
Tadi pergi pos kad kahwin untuk member2 di seseri, dan jugak kenalan yang jauh2. Tapi sangat terkejut. Ye lah, dulu2 30sen dah boleh hantar surat g KL, Sabah n Sarawak. Sekarang, dalam negeri sendiri pon dah 60sen ok. 60sen tuh untuk kad putih kosong camnih..
setem untuk sampul camnih 60sen aje ok..


tapi kalau sampul camnih, agak2 berapa posen yek???

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


kena guna setem 80sen. amek kau.. hahaha.. sampul surat aku lebey kurang camnih. tapi bukan lah cam nih ok. terkejut jugak. tapi, takpelah. walaupun berpuluh2 kad aku hantar, aku redha je la. haha :P anyway... tak mengapalah. dah selesai tugas aku invite orang jauh. pasnih orang dekat lak. :)

Saturday, July 23, 2011

5 Weeks to go!!~


Assalamualaikum.

Masih ade 5 minggu lagi untuk membuat persiapan. Ramai yang tanya aku, cammana dengan persiapan, cammana nak plan wedding nih. anyway, bagi yang nak kahwin, nih ade tips yek.
1) rancang betul2 brg2 hantaran yg nak dibeli. buat list, anggaran harga barang. pastu, tuliskan juga harga sebenar barang.
2) rancang betul2 sources duit dapat dari mana, berapa rm. so, senang la nak arrange majlis, khemah berapa buah nak disewa, tetamu berapa orang nak dijemput, kad kahwin berapa keping untuk ditempah.
3) plan hadiah/goodies yang nak dibeli. survey harga, dan cuba bajetkan.
4) plan date2 utk beli barang, tempah katering, khemah, kek, goodies supaya korang tak terkejar2 or xcukup masa.
5) pastikan borang2 berkaitan perkahwinan - hiv test, borang saksi, wali2, sijil2 - disiapkan sebelum 1bulan dari tarikh perkahwinan.

Alhamdulillah.. setakat nih sume dah settle. cuma kad belum diedarkan lagi. Maybe 3 minggu sebelum kahwin baru diedarkan. bagi SKLK, minggu depan akan diedarkan kad, sebab dah last week internship. :)
yang belum settle hanyalah goodies. nanti kena rancang baik2 ape yang perlu dibeli. Anyway, pray 4 me.

p/s: hepinya. en tunang dah balik. :D

Tuesday, July 19, 2011

Rindu Tak terucap!

Assalamualaikum.

Biasanya, dalam pukul 7mlm or 8.00 malam lebih2 camnih, pasti telefonku berbunyi. Tapi hari nih, tak ade bunyi lak. sunyi je rasa. Sebab nya en tunang ke laut hari nih.

Citer pasal en tunang ke laut, ada kawanku salah faham yang ingatkan en tunangku memang kerja menangkap ikan di laut. sebenarnya aku hanya menyakat dia jer. haha. tak sangka dia percaya. Anyway, kerja nya memang memakan masa berhari2 jugak di sana. He promises me, paling cepat balik hari Khamis or Jumaat (OMG!!~ lambat jugak tu.) Tapi before 1 Ogos dia akan balik. sebab kami dah ada program. hehe

Ape2 pon. buat en Tunang di platform, cik Tunang di sini doakan moga segala urusan dipermudahkan. dan diberikan keselamatan dalam apa jua situasi. Moga selamat pergi dan kembali ke sini. Im waiting for u. :) Amin.

p/s: cepat2 balik ye. bagi hp nih berbunyi. waiting dekat YM, Skype, Gtalk, tapi abg tak online. takpelah, i will waiting.

Sunday, July 17, 2011

6 Weeks More to Gooo!!~

Assalamualaikum..

Hari nisfu syaaban. Maknanya, dalam 2 minggu lagi kita akan menyambut Ramadhan. dan tambah dengan 4 minggu bulan Ramadhan, bermaksud aku ada 6 minggu lagi untuk bersedia.. wOOwww!~

Merasa menguruskan everything sendiri, dari pelamin, kad jemputan, barang2 hantaran,, kecuali jamuan kenduri... memang rasa agak memenatkan. But excited sangat2. just praying everything going as planned. Amin. InsyaAllah. Bukan takde orang yang nak urus.. Tau, ramai je yang boleh diharapkan, akak2 dan abang2.. cuma mungkin mahu rasa susah sendiri, maka mungkin majlis tuh akan aku rasa lebih nikmat. Hehe.

Anyway.. on the big event, moga segalanya berjalan lancar. Dan harap sangat dipermudahkan. Biar pun majlis kecil, tapi mahu semuanya ada. InsyaAllah. Biar kecil, tapi membahagiakan aku. InsyaAllah. :)

Sunday, July 10, 2011

Kad Kahwin???Tipu??


Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Kad kahwin dah sampai. i order online aje u. tapi i sedih ok. sebabnya? berlaku miscommunication. kalau i nak kate die tipu, cam tak baik pulak sebab nampak i berburuk sangka. but sedih plak rasenya. Bukan kena marah dengan en tunang pasal tu, tapi teguran dari dia buat i terasa sendiri. (gedik lak rasa nak ber "i" nih.. :P )

Alkisahnya, cik tunang pesan, simpan segala message, email berkaitan semasa order kad online. yang email tu aku simpan lah, tapi tang message tuh..sebab hp aku xbleh simpan sent message banyak sangat, so aku secara tak sengaja terdelete. dan masa tuh tak forward message tuh kat dia. dan jadik lah cam sekarang...

1) aku order kad 700 keping + envelop bercetak..yang sampai 700kpg kad, tp envelop plak tak bercetak...
2) aku order 2 bunting + extra 200 envelop bercetak. harga dipersetujui rm70..tp yang sampai 1 bunting + 200 envlop bercetak tuh.. aku bukan kisah sangat rm30 tuh .. (rm30 untuk harga 1 bunting ok)..cuma kejujuran, halal dan keberkatan yang bermain2 dalam kepala otak aku.. ntahlah. aku rasa dia tipu aku, dan dia lak rasa benda yang sama.

Atas sebab nih, aku kol en tunang nak tanya pendapat. dan dia tanya aku simpan tak message2 dari kadkahwinonline tuh..so, nampak dah salah aku sebab tak simpan bukti2 tuh. untuk kawan2, kalau nak order kad kahwin online tuh, pastikan semua order dan maklumat bayaran untuk harga barang diemelkan. sebab emel sah2 disimpan dan boleh diforwardkan..tol x? tak cam message hp boleh diremove tanpa disedari. dan kalau cakap mulut jer memang boleh diputarbelitkan.

p/s: Walau hanya RM30 yang dimusykilkan, tapi soal keberkatan n halal haram jangan dibuat main. tak kisahlah, asal nih hanya share pengalaman. harap tak jadi dekat orang lain.

Tuesday, July 5, 2011

Sabar


Assalamualaikum readers..
Ada ke orang nak baca blog diary cam aku nih? ade aku kisah? keh3..

Setiap orang pasti ada masalah. dan apa yang mampu dilakukan adalah sabar. sabar? iye..sabar. mesti orang2 name sabariah sangat penyabar. aih..ade kena mengena ke? hehe..

anyway..if ade masalah keluarga tak patot citer dalam blog bagitau satu dunia. dan tak elok cite kat semua orang. . cam post en JT..anyway. sabar je lah yang mampu.

Saturday, July 2, 2011

"Blog Assignment Jejaka Terhangat: Aku Suka Blog Ni".


Assalamualaikum..
Pertama kali aku nak join contest. Ngeh2.. sebelum nih hanya jadi silent reader encik JT nih jer..kalah menang belakang cerita. Yang penting kita berusaha. Ok.. sape2 nAk join jugak, boleh klik kat link encik JT yek..

Apa tugas yang perlu di lakukan?? jom check list...

1. Buat entri bertajuk:
"Blog Assignment Jejaka Terhangat: Aku Suka Blog Ni". --->
Dah buat.

2. Letak header blog Jejaka Terhangat dan linkkan ke entri ni. --> Dah letak dan bagi link.

3. Bagitahu blog yang paling korang minat. Sertakan link blog tersebut, dan berikan 2 point kenapa korang suka blog dia. ---> Aku paling minat blog Beat Garden. bagi 2 point jer? kalau banyak2 point boleh? hehe

1)Bile masuk blog nih rasa masuk dalam taman.
2) Blog nih bagi aku macam2 info yang menarik dan pelik.
3) Gaya penulisan dia santai.
4) Owner garden nih sangat2 low profile.
5) Sebab first time jumpa perempuan nama musang merah.

4. TAG SEORANG blogger dan pastikan dia tau ditag. ---> Nak tag roomate aku lah.. :D Cik Izzati.

5. Hantarkan link entri assignment korang kat komen entri ni. Done.. ---> Done. dah bagi link.. Alhamdulillah...assignment sudah abes.. :)