Friday, June 22, 2012

Cerita Ceritut

Assalamualaikum..
last week dapat mc 2 days.. disebabkan alahan yang teruk.
sampai luka anak tekak.. sume yang dimakan n minum akan muntah balik..
n kalo berterusan muntah, memang kena masuk hospital n bdn kena masuk air..
takpelah.. moga nanti bersalin akan dipermudahkan segalanya.. Amin..
Alhamdulillah..bila dah masuk 4 bulan nih, rasa takde lah loya sangat.. sikit2 ajer..
Ape2 pon, rasa lebih bertenaga.. Harap2 sampai lah budak2 UPSR aku bertenaga..
Kalo tak, mana nak dikerah tenaga ke kelas petang n malam.. Memang rasa satu cabaran yang amat besar..

Musim mengandung, memang kadang2 rasa cepat je nak marah.
Tapi kenalah banyak sabar.. Masa mengajar Muzik kelas 4B..
Daniel dan Zubir main tarik2 kolar. Dorang dari dulu suka wat perangai. Tak tau sebab nak perhatian atau memang suka dimarah.. Dulu2, sebelum pregnant aku marah2, cubit2 sikit sebab tak dengar cakap sangat.. Aku suh salin nota, nannyi dorang main2 kat belakang.. Tapi dorang memang tak nangis bile aku buat ape2 kat dorg.. Dah pregnant, aku memang tak cubit budak2 dah.. marah pon jarang2.. Aku hantar dorang ke Cikgu Disiplin.. Senang. AKu pon tak sakit hati nak marah2.. Then bile dorang balik ke kelas.. Dorang hulur tangan...

aku: kenapa hulur tangan?
Daniel: Cikgu Tajuddin suh salam dengan cikgu.
Aku: Kenapa nak salam dengan cikgu?
Daniel: Tak tau. Cikgu Tajuddin suruh...

AKu terdiam. sebab aku harapkan dorang mintak maaf atau kata yang dorang salah or ape2 jer lah. Memang sengaja nak uji kesabaran aku..

Aku: Cikgu hantar awak ke Cikgu Tajuddin sebab cikgu tak nak awk berdua ulangi lagi gaduh2 cam hari nih dan lepas2. Banyakkan bersabar. Cikgu takut masa awak main tarik2 kolar baju dan pukul2 tadi, sorang jatuh ke.. patah tulang belakang ke apa.. Tak pon mati.. Awak nak masuk penjara? Tak kesian kat mak ayah awak? Kalau ditakdirkan awak patah tulang belakang, awak akan lumpuh.. Nanti dah besar2 awak mesti nak keje, nak kahwin, nak ada anak.. Kalau awak lumpuh cammana? Boleh ke awak keje? boleh ke awak kahwin? Nanti sampai besar awak nak buat ape2 kena mintak tolong orang. Nak mandi, nak berak pon kena orang buatkan. Awak nak macam tu? Awak dah besar. Nak buat apa2 pikir dulu bawa kesan buruk pada awak ke tak. Cikgu sayang awak berdua. Tuh cikgu nak elak jadi camtuh kat awak berdua. Bila2 jangan gaduh2 lagi.. Banyakkan sabar.

Pastu aku tengok si Daniel dan Zubir dan menangis. Alahai, aku marah2 sebelum nih tak nangis. Aku cakap penuh kasih syg  n tak marah2 dorang bleh plak nangis...


p/s: Its not easy to be a teacher.. Harap dapat jadi guru yang memberi inspirasi kepada muridnya..

Wednesday, June 6, 2012

Blog bersawang..

Assalamualaikum..
dah bersawang blog a.k.a diari aku nih..
Anyway.. banyak benda yang tak sempat nak update..
Menjadi guru tahun 6 memang sangat2 mencabar n menuntut kerja keras.
Jadi tak ada masa sangat nak mengupdate blog..

Perkembangan terbaru dari diriku, sekarang tengah cuti sekolah..
dah tgh marking paper budak2 nih ajer..
Tapi aku yang tengah mabuk2 nih ambil masa yang lama jugak untuk mark paper budak2..
takpelah.. bia lambat asalkan selamat. ye tak?
Alhamdulillah... i`ll be a mom to be.. syukur atas rezeki..
Sekarang dah masuk 3 Bulan.. Harap2 segalanya berjalan lancar..
Baby n aku sama2 sihat..Amin.

Alhamdulillah..syukur jugak.
Musim cuti sekolah menjadi musim kawen dan tunang..
tahniah buat semua.. moga perhubungan berkekalan.
In  a relationship, trust is the key. so, percayalah pada pasangan anda.

buat masa nih, cukup ini sahaja dulu..

p/s: rindu nak berblog!~