Monday, August 4, 2014

Imanina Humaira.. Welcome!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Tanggap 27 Julai 2014, pukul 10.01 pagi Humaira dilahirkan di hospital Pakar MUIP, pahang. jauh nau nauuu g beranaknya.. :)

26 Julai 2014, pukul 1 tengah hari dah start rasa contraction. Ibu install application contraction timer untuk set masa kontraksi.. Hasilnya, selama 2 jam, kontraksi setiap 5-10 minit. Ibu dah agak Humaira akan kua. Tak malam nih, mesti esok. Ibu ajak abah g klinik swasta check bukaan, sebab ibu ade rasa ngilu2 kat pintu. tapi bila g check, doc tuh kate tak terbuka lagi jalan. Ibu rasa pelik. Tapi, dah decide if malam sakit jugak, ibu nak ajak abah g kuantan.

Malamnya, lepas abah berbuka puasa kat umah tokki Kemaman kita bergerak ke kuantan. Masa kat sungai ular, memang jammed jalan dari Kuantan - Kemaman. yelah, hari orang nak balik raya kan. Nasib baik jalan Kemaman-Kuantan clear. smooth jer. :) Masa sampai kat hospital pakar dalam 9malam lebih tuh, ibu dah cuak sebab awak tiba2 tak buat kontraksi lagi. Cam normal  balik. Dr Ayu yang ibu dah booking plak cuti raya. Nurse start check BP ibu, heart beat awak selama 20 minit. Pastu dr Noraziana plak datang  check jalan. Ibu dah cuak, kalau jalan tak terbuka takkan nak balik Terengganu balik. Ye lah, jammed tuh.. :( Ibu pulak dah tak rasa sakit. tapi Dr gitau, jalan ibu dah buka 3cm. Maybe malam nih awak lahir,tuh yang Dr gitau ibu.

Ibu kena duduk atas wheelchair, prosedur katenya. haha, gelak2 ibu sebab dah tak rasa sakit. siap request dengan doc g jalan2 dulu. Ibu g makan dengan abah. Ibu "kerkos" air batu banyak2.. nanti nak kena pantang dah kan.. Abah jeling2 ibu wat tatau jer.. eheheh malam tuh masa tidor, ibu dapat rasa kontraksi. Tapi sebab ngantuk sangat ibu xlayan. Ibu tido jer.. Hahaa..

27 Julai 2014, lepas solat Subuh nurse datang check heartbeat Humaira. Dr Noraziana datang check bukaan jalan. Masih 3cm. Cakap lemah lembut jer doc nih. Check jalan pon tak sakit sangat sebab dibuat dengan lemah lembut. Siap mintak izin untuk pecahkan air ketuban. dah pecahkan, ibu dipakaikan pampers. haha, masa nih memang ibu rasa nak gelak jer. Ibu diberi bubur nasi as breakfast untuk dapat tenaga teran nanti. Dah 8.30pagi, ibu disorong masuk labour room.

Masa nih, memang rasa kontraksi. Sakit sangat. Ibu cakap2 dengan Humaira. Mintak Humaira kua cepat2. sebab esok kan dah raya. Humaira dengar cakap ibu. Bagus sangat Humaira. Ibu bangga dengan Humaira. tak Sampai 1 jam bukaan dah 8cm. Ibu mintak Humaira kua bila doc sampai. Ibu takut sangat bila nurse gtau Humaira dah poo poo dalam perut ibu. Ibu mintak Humaira jangan makan najis. Nanti lama kita dok dalam wad. Abah tak putus2 bagi semangat kat ibu. Ibu sakit sangat..

Alhamdulillah. Doc datang jer, Humaira kua. Ibu perasan kat punggung Humaira ade najis.Syukur sangat2..  Humaira selamat. Alhamdulillah. Masa ibu dakap Humaira, hilang rasa sakit ibu. Dah siap jahit, ibu diberi minum milo panas. :) Kul 6 petang, kita dah kua dari Hosp Pakar tuh.. Terima kasih doctor Noraziana, nurse2 yang sangat baik dalam labour room, yang bagi banyak tips, sabar melayan setiap soalan from us..

Imanina Humaira.. Ibu abah n abg akif love u so much. Jadi anak solehah ye sayang.. AMin.