Thursday, March 3, 2011

DOnt ReaD!!~


“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”


“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”

Tiada Kata..





Monday, February 28, 2011

kisah praktikum 2


assalamualaikum.. (dah xbleh taip salam je..en tunang tegur.)
ok..petang tadi pegi sekolah untuk latihan bola jaring budak2 sekolah rendah. teringat balik zaman sekolah dulu. bersemangat macam tu la. cuma agak tak ingat, cammana cikgu aku ajar aku untuk pacak kaki betul2 masa dapat bola. lupa dah cikgu aku training aku cammana. sebab budak2 nih bab sambut n baling bola dah cantik, cuma tang pacak kaki tuh jer perlu diperbaiki. takpe2, nanti aku try cari solution wokeh..

tadi, masa dalam bilik ict.. kitorg guru praktikum tak move lagi kat tempat lain. memang takmo move pon, nanti kate kitorang majuk ke, bawa diri ke apa lak. so, cara terbaik hanya wat 'tragedi khamis' itu dilupakan.(tapi hnaya di mulut, di hati masih ingat ok! ahaks)

cikgu F: bila nak mai amek komputer kat bilik nih? kalo takde orang nak mai amek, biar aku campak je senang.

cikgu B: takpe. bia komputer dok bilik nih dulu. nnati komputer baru sampai, baru kita move komputer tuh. cikgu2 praktikum jangan amek hati la apa yang GB dok kata tuh. biasalah org tua...

cikgu2 praktikum hanya diam wat xlayan. ala, kalo cikgu B tak start, memang takkan jadi begini kan?? tapi syukur jugak jadik cam nih. sebba cikgu2 lain cam sudah segan mintak tolong. alhamdulillah.. n aku lak lebih senang buat2 busy kat skolah. huhuh.. senang!!

p/s: sok nak ajar budak2 main hoki lak. nak bace notes sikit. kot2 ade yang terlupa.. rindunya nak main hoki cam zaman sekolah dlu.

Cahaya Hati,..


Tajuk/Lirik Lagu: Cahaya Hati
Penyanyi: Aqasha
Dunia seakan berganti
Menyambut hadirku di sini
Nyanyian ombak bersaksikan
Percintaan kita berdua
Biar hujan turun membasahi diri
Tetap saja diriku milikmu
Biar ribut merebah aku ke bumi
Cintaku hanya satu untukmu
Ohhhh…
Kau kekasih kau yang kurindui
Hanya dikau cahaya di hati
Kau kekasih kau yang kusayangi
Cinta kita abadi selamanya
Dengar… sayang
Bisik cintaku hanya padamu
Ohh ohh…
Desiran angin telah mengerti
Ke mana rinduku kan pergi
Demi kerana cinta ini
Yang kian semarak menyala-nyala
Bawakanlah rinduku kepadanya
Biar wajahku di hatinya
Bawakanlah cintaku kepadanya
Katakan cinta kita ‘kan abadi
Ohhh…
Ohh…hanya kau kekasihku
Cintaku hanyalah untukmu selamanya
Ohh ohhh

Saturday, February 26, 2011

kisah praktikum


kisah bilik ict (Ahad-Rabu)

masuk cikgu A..
cikgu A: awak..tolong crop picture dan letak nama cikgu2 yek..
guru praktikum: nak ambil picture kat mane?
cikgu A: awak gunalah komputer kat sini. bahan2 sume ade kat sini..
cikgu A berlalu pergi.

cikgu B masuk lak..
cikgu B: awak tolong printkan kerja2 nih yek. guna printer nih.
(sambil buke word document dan tengok lebih seratus page perlu diprint)
cikgu praktikum: baik cikgu.
cikgu B berlalu pergi..

cikgu C masuk. tengok guru praktikum tengah guna komputer. dia berlalu pergi.. cikgu D, E pon tengok guru praktikum tengah guna komputer.. berlalu pergi lagi.

cikgu F: tolong carikan lagu2 action song tanpa suara. pastu burn dalam cd nih.
cikgu F berlalu pergi..

cikgu G: tolong watkan table nih. print A3 n liminate skali..
cikgu G berlalu pergi..

**************************

kisah bilik guru (Khamis) - mesyuarat bulanan guru

GB: blaaaa444x...
tiba2 ade sorang guru angkat tangan..
cikgu B: GB, boleh ke guru praktikum guna komputer kat bilik ict?

GB: mana boleh. guru praktikum tak boleh sama sekali guna brg2 sekolah untuk kegunaan sdiri..

cikgu B: Boleh ke guru prakitkum guna printer untuk print portfolio??

GB: tak boleh sama sekali. guru praktikum hnanya boleh ambil manila kad utk wat abm n tinggalkan abm tersebut di sekolah.jadi hak sekolah!! n blaaaaaa55x

guru praktikum sudah gelisah. takkan diri sndiri nak backup kot? tiba2...

cikgu A: guru praktikum nih guna komputer n printer bile disuruh @ diminta tolong oleh guru lain. mereka bukan guna atas sebab kepentingan mereka...

########
haila.. kertas manila kad pon xbagi.. print pon utk cikgu2 sane.. ni lah org kate..buat baik berpada2.. baru cukup 1bulan dah ada kes.. sedih mmg sedih..wat terbaik tetap terkena..tapi hanye percaya Allah itu ada.. bukan pinta yg bukan2.. hanye mau org yang bawa mulut itu insaf sahaja.. moga kami guru2 praktikum diberi ketabahan..

p/s: jadikan kisah ini sebagai sempadan n ingatan.. niat di hati hanya Allah yg tahu n ukur keikhlasan kami...

Friday, February 25, 2011

.......


yelah..
saya salah..
mungkin saya tak layak untuk awak.

Wednesday, February 23, 2011

sudah 23 tahun!!~


Assalamualaikum guys. :)
ALhamdulillah..today on 23 February 2011 at 0.01am i alredi 23 years old..
syukur..sudah 23 tahun menghirup udara...
syukur..sudah 23 tahun boleh melihat dan berkata2..
syukur..sudah 23 tahun aku mengenali mak ayh n keluargaku..
so, apelagi yg aku nak?

im praying that taun nih aku mampu buat yang terbaik bgku..
n for my fiance.. thanks 4 coming..walau jauh kemaman-besut..sgup drive..
n belikan kek jugak..really like it..my 1st cake ever.. :)

n for those yg wish n gave me present.. thanks a lot. :) the remember dat counts ok!

moga aku mnjadi lebih matang. n cepat2 kawen. amin :)hahaa..