Sunday, March 13, 2011

Moga Mangsa tsunami selamat

Assalamualaikum.
hanya ingin menunjukkan simpati kepada mgsa tsunami.
n insyaAllah akan menolong setakat yang mampu..
bile jadi tsunami nih, rasa bersyukur sangat sebab en tunang dah balik ke darat 2,3 hr yang lepas. kalo tak, takot jugak. sebab dia keje di perairan terengganu.
ape2 pon. kite doakan yang terbaik untuk semua..
amin.

Thursday, March 10, 2011

Kenapa Lelaki Tak Nak Kahwin?


Assalamualaikum.
menjelang cuti sekolah, mesti banyak kenduri kawen yang wajid dihadiri. terpikir tak dah bertahun2 kapel tapi nape si dia masih tak mahu meminang? walaupun dah bekerja dan berkereta.. jom tengok alasan2 mereka tak mahu kahwin...

1: tak bersedia
mereka masih belum cukup puas untuk hidup membujang. tak cukup duitlah. padehal duit yang ada digunakan untuk beli kamera dslr yang riban2, lens smpai rm4,5 ribu.. tak cukup duit ke 2?. yang pali best, tak bersedia dengan tanggungjawab.

2: soal anak
tak redi untuk berkomitmen. baik tak payah kapel.


3: tidak serius
bila ditanya adakah dia mencintai kita, dia menjawab ya. namun apabila bercakap soal kawin, dia akan asyik mengelak. ini petanda perlu menunggunya lebih lama untuk hubungan yg serius.

4: anda memberi tekanan kepadanya
setiap perempuan yang berkapel mengimpikan untuk berakhir dengan perkahwinan. apabila lelaki diajukan tentang perkahwinan, dia menyatakan kita memberikan tekanan kepadanya. maknanya, dia bukan lelaki yang terbaik untuk kita.

5: anda berhutang sesuatu
lelaki suka menabur janji manis tanpa memikirkan kesan. maknanya dia tidak serius dalam perhubungan kerna dia ada berjanji dengan ramai wanita jugak.

6: kata2 tidak diterima akal
lelaki anggap khwin itu membebankan. dan akan beri 1001 alasan yang tidak masuk akal. be ready!! jangan berharap sangat kerana takut kecewa.

7: terikut rakan
dia tengok kawan2 kapel, teringin jugak kapel tanpa pikir masa panjang. perempuan suka hubungan yang serius!

8: bercinta lebih seronok dari kahwin
ini alasan paling tak matang lelaki yang tak mahu komitmen! kalau berkahwin takot dikongkong, ade ke patot? kalau bercerai, takut trauma. kalau hanya bercinta, putus cari lain. ye tak??

p/s: walau ape pon alasan anda si lelaki. kasihanilah wanita! baik kahwin dari terus wat dosa..bile dah kahwin suma perbuatan menjadi ibadah. baik jangan kapel jika tak mahu kahwin. menyeksakan wanita.!! selamat beramal.




8 days Holidays


Assalamualaikum.
selamat bercuti buat rakan2 kampus dan jugak anak2 muridku. Gunakan masa cuti sebaiknya. Aku doakan perjalanan korang selamat ok.

List to do semasa cuti:
1) Bawa anak2 pergi pizza sebagai hadiah dapat nombor 2 taun lepas
2) jahit baju kurung cotton
3) kemas2 almari dalam bilikku.
4) do the same chores..
5) action research

list to do selepas cuti:
1) pengadil bola jaring
2) jumpa miss tan

p/s: cant wait too see u tomorrow mr tunang.. :D

Tuesday, March 8, 2011

...



Kalau cinta katakanlah
Tidak aku terus gelisah
Kalau diam mana ku tahu
Aku takut ku kan berlalu pergi dari mu

Kalau benci lepaskanlah
Tidak aku tidak marah
Kalau diam siapa yang tahu
Kalau begitu tak mungkin aku terus menunggu

Tiada guna diam saja
Berterus teranglah segala
Kini masa dah tiba
Cinta tak perlu pura-pura

Kalau cinta katakanlah
ku tak mau terus gelisah
Kalau diam tak ku tahu
Mungkin aku pergi berlalu
Lepaskanlah kalau kau benci
Tidak sekali ku marah pada mu
Ku tak marah

Lepaskanlah ku tak marah
Lepaskanlah ku tak kisah

Cinta tak perlu berpura-pura
Kau pun tahu
Tak perlu pura-pura

Aku tak mahu berpura-pura
Engkau pun tahu aku tak marah

( Lagu : Saari Amri – Lirik : Saari Amri )

Monday, March 7, 2011

kisah praktikum 3


Assalamualaikum.

pagi2 sampai di bilik ict, berasa mahu mmebuat sujud syukur kerana komputer penyebab 'tragedi khamis' itu sudah tiada. kemana? semestinya ke bilik guru. Alhamdulillah.syukur sangat2. cuma berasa kelakar kerana hanya printer ditinggalkan. sebabnya? memang printer itu milik bilik ict. tak boleh bawa keluar ke mana2. cikgu2 yang nak print semua pakat angkut laptop masing2 dan datang print di bilik ict. hahahahah lawak2. pertama, membuat kerja macam menyusahkan sebegitu rupa. kedua, melihat cikgu B itu yang cuba berbaik2 dengan kami (tapi sumpah aku tak layan langsung. aku suka buat dia bercakap dengan angin aje). ketiga, perangai cikgu B yang tidak matured dan membuat kami pelahap sangat nak guna barang2 di sekolah tersebut. hello!!~ selama aku praktikum tak penah dapat lagi kertas manila kad dan sebagainya ok..

yang berlalu biarlah berlalu. ape2 pon. terasa happy sebab cikgu Azman a.k.a mentor aku zaman sekolah seseri dlu add aku kat mukabuku. terasa seronok. memang dia pandai wat sejarah menjadi pelajaran yang tidak membosankan. Thanks cikgu. harap cikgu halalkan segala pelajaran yang diajar. maafkan kenakalan saya dulu sebab suka tido time kelas cikgu (bukan masa cikgu aje saya tido ok, masa cikgu2 lain pon same. ngehehe) saya doakan cikgu akan terus gemilang, cemerlang dan terbilang. amin. :)

insyaAllah. saya pon akan ikut jejak langkah cikgu. doakan kejayaan saya. :D



p/s: berdebar kot2 budak2 kelas 3 Arif tak dapat wat kertas matematik. cikgu doakan awak sume berjaya!!

Tak Salah Berdoa Untuk Dapatkan Suami Yang Hensem



Assalamualaikum.

Tadi ada terbaca pasal artikel ini. Dan rasa teruja pulak membacanya. so, secara ringkasnya:

artikel bermula dengan kisah Ayuni dan bekas kekasih2nya. Ayuni rasa dipermainkan. dia jumpa dengan ustaz dan dinasihatkan supaya dia menulis senarai ciri-ciri yang menjadi lelaki idamannya dengan detail dan lengkap.

PASANGAN YANG IDEAL DENGAN DIRIKU (Ayuni):
1. TINGGI: LEBIH DARI 1.55M
2. BERAT: 65KG, SIHAT ZAHIR BATIN
3. WAJAH: KACAK, HANDSOME, MANIS
4. SIKAP: BUDI BAHASA, BERTANGGUNGJAWAB, BAIK HATI, HORMAT ORANG TUA, PENYAYANG, KELAKAR, BERIMAN DAN MEMPRAKTIKAN KEIMANANNYA, JUJUR, SPORTING, POSITIF, RAJIN KE DAPUR DAN MENGEMAS RUMAH, PEMBERSIH DAN RAJIN
5. KARIER: KERJA OFFICE HOUR
6. USIA: LEBIH TUA 33-44THN
7. HUBUNGAN: AKU MENYAYANGI DIA SEPENUH HATI, DIA JUGA MENYAYANGI AKU SEPENUH HATI, AKU BOLEH MENERIMA KEADAANNYA DENGAN IKHLAS SEADANYA. DIA JUGA MENERIMA KEADAAN DIRIKU DENGAN IKHLAS SEADANYA.
8. KELUARGA: PENERIMAAN KELUARGA KEDUA-DUA BELAH PIHAK ADALAH HARMONI
9. PERHUBUNGAN: KEKAL KE AKHIRAT

Ketika ciri yang ketiga dibincangkan, Ayuni membantah dan berkata dia tak kisah tentang paras rupa. sebab malu nak mintak dengan Allah suami yang handsome. Kata ustaz tuh, "Nak minta suami yang handsome kamu malu, tapi setiap hari mohon dimasukkan ke dalam syurga, kamu tak rasa malu pulak? Nikmat mendapat suami handsome itu, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan nikmat Syurga, entah berapa ratus juta kali ganda besarnya, tapi yang itu kamu tak ada rasa malu pun? Kenapa nak mohon perkara kecil macam tu kamu rasa malu? Dan kita kena faham, pPemberian Allah tu Maha Luas, Abundance, bukannya tak cukup, atau cukup-cukup, Dia boleh beri kamu lelaki yang handsome, dan dimasa yang sama lelaki itu warak, baik dan bertanggungjawab. Kamu kena percaya dan fikir begitu."

Ustaz mencadangkan padanya supaya melakukan solat hajat sekadar yang termampu dan membacakan senarai tulisannya itu di dalam solatnya. Setelah itu, dia juga mencadangkan supaya dia membaca senarai itu tidak kurang dari 20 kali sehari dan sentiasa melakukan beberapa perubahan yang dirasakan sesuai dengan situasi dirinya. Apa pun ustaz ingin dia sentiasa husnuzzon (bersangka baik) bahawa dia telah bermohon pada Allah, Allah telah memakbulkan doanya, dan dia kini berada dalam proses 'diterima' permintaannya. Langkah-langkah seterusnya seperti komitmen dan bersedia menerima (receiving steps) juga telahdibincangkan dengannya.

p/s: selamat mencuba! ape2 pon, kalau dah bertunang dan berkahwin tu jangan laa gatal2 nak doa pasang cawangan lain pulak ok!!

Sunday, March 6, 2011

Mudahnya menyalahkan orang lain.



Assalamualaikum.

Manusia memang selalu tidak puas dengan apa yang dia ada, apa yang orang lain ada. entahla, senang cite, manusia tidak reti bersyukur. maka, mulalah nak menyalahkan orang itu, orang ini. merasakan diri kita betul. cakap pon pakat main lepas aja. tanpa ambil kira keadaan orang sekeliling, sihat kah dia? emosi dia stabilkah? tengah pressure ke? ape ke? semua pakat main cakap dan buat ikut suka hati sendiri. andai dia menegur kita (s/ada secara kasar atau bergurau) kita menerima. tapi andai kita menegur dengan cara dia menegur, kenapa mesti tidak boleh terima? what u give u get back right? bukan nak kata its equal dengan "Tuhan bayar cash!".. but its reality..

tadi masa kat kantin, dok borak2 dengan kak pah. cikgu senior kat sekolah itu. dia bagi macam2 nasihat, cerita2 yang menarik bagi aku. satu ayat yang aku suka keluar dari mulut dia ialah "Tuhan sentiasa bersama kita. cuma kita yang tak sedar".

Yup. aku setuju. sebab in deep water or hight water, Allah akan sentiasa membantu kita. Yang kadang2 kita tak terpikirkan cara pertolongan yang Allah bagi itu.. apa2 pon. Bersyukurlah. Berhenti menyalahkan orang lain. Apa kata kita merenung dalam diri kita dan ubah kekurangan atau apa2 yang boleh buat orang sakit jantung...Sama2 kita beramal.