Wednesday, October 10, 2012

No title

Assalamualaikum..

Sebenarnye tengah mencari soalan2 pj tahun 1.
tapi dah lama tak mengupdate blog.
bersawang sangat2 dah..

Banyak keje kena settle hari nih.
Harap segalanya dipermudahkan.

Doakan aku sihat2 ajer.
Berat badan naik melampau.
Dan aku dah melangkah ke trimester ke3.
Harap segalanya dipermudahkan.
Semalam kena cucuk dengan misi.
Bila tanya, dia kata untuk elak kancing gigi.

Harap2 apa yang aku dan hubby rancang berjaya dilaksanakan..
Moga kami memperolehi petunjuk dan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
AMin..

Saturday, September 29, 2012

MBMMBI

Assalamualaikum..
dengar2 berita pihak kpm akan turun untuk check mbmmbi..
seriously, aku tau pasal mbmmbi.. cuma tak tau apa yang patut kena isi dalam fail..
bila guru baru jadi penyelaras, cam itulah jadiknye..
takpelah.. i`ll do my best before they are coming..
n skang just cari pekeliling..
pray the best for me..


Saturday, July 21, 2012

Welcome Ramadhan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. syukur dengan rahmatNya. First day aku dapat berpuasa penuh. Ngeh2.. Cik Hubby banyak kali suh berbuka.. sebab aku nampk pucat. tapi aku rasa cam larat. so teruskan ajelah. Mungkin bimbang.. sebab anak dalam kandungan dah hampir 5 bulan usianya. Takut nutrisi xckup kot..

Anyway, hari nih wat juadah simple2 aje. ikan bakar berempah, ikan bakar berlada n ikan masak 3 rasa. xtaulah rasa cammana.. harap2 everything rasa sedap!~  sayur plak, ulam2 ajer.. haha

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQDMXkmlhP1TLVEfG26aaG9Njv0pdHvXCoBOFZFRGoTS_gt96hVnGVITQtpa-XzZ_H30xZRDdQ4LzKQD1jgai_e3wyW72aijkHYB4rfrgAQBwf2pi_B9AYBQCv6KpFwbw6R-WzRik9j5gt/s1600/desain-ramadhan-02.jpg
sumber: mr google

p/s: dahn nak berbuke.. nak bersihkan ulam dulu!~! byee..

Monday, July 2, 2012

Yang Salah Tetap Salah!!~

Assalamualaikum..

Syukur. Dah 1 tahun lebih aku menunggu berita begini. Tadi ada kawan SESERI yang postkan berita ini. KLIK SINI. Aku ade postkan berita pembunuhan arwah pada post aku yang lepas2. KLIK SINI kalau nak tau. Walaupun it takes more than 1  year to settle, tapi rasa sangat2 bersyukur sebab yang bersalah dah dihukum!!~ Cuma kesian pada isteri dan anak2nya.. Harap2 perkara sebegini dijauhkan dari berlaku pada darah daging dan keluarga kita.. Amin..

p.s: Jangan berTUHANkan nafsu...

Friday, June 22, 2012

Cerita Ceritut

Assalamualaikum..
last week dapat mc 2 days.. disebabkan alahan yang teruk.
sampai luka anak tekak.. sume yang dimakan n minum akan muntah balik..
n kalo berterusan muntah, memang kena masuk hospital n bdn kena masuk air..
takpelah.. moga nanti bersalin akan dipermudahkan segalanya.. Amin..
Alhamdulillah..bila dah masuk 4 bulan nih, rasa takde lah loya sangat.. sikit2 ajer..
Ape2 pon, rasa lebih bertenaga.. Harap2 sampai lah budak2 UPSR aku bertenaga..
Kalo tak, mana nak dikerah tenaga ke kelas petang n malam.. Memang rasa satu cabaran yang amat besar..

Musim mengandung, memang kadang2 rasa cepat je nak marah.
Tapi kenalah banyak sabar.. Masa mengajar Muzik kelas 4B..
Daniel dan Zubir main tarik2 kolar. Dorang dari dulu suka wat perangai. Tak tau sebab nak perhatian atau memang suka dimarah.. Dulu2, sebelum pregnant aku marah2, cubit2 sikit sebab tak dengar cakap sangat.. Aku suh salin nota, nannyi dorang main2 kat belakang.. Tapi dorang memang tak nangis bile aku buat ape2 kat dorg.. Dah pregnant, aku memang tak cubit budak2 dah.. marah pon jarang2.. Aku hantar dorang ke Cikgu Disiplin.. Senang. AKu pon tak sakit hati nak marah2.. Then bile dorang balik ke kelas.. Dorang hulur tangan...

aku: kenapa hulur tangan?
Daniel: Cikgu Tajuddin suh salam dengan cikgu.
Aku: Kenapa nak salam dengan cikgu?
Daniel: Tak tau. Cikgu Tajuddin suruh...

AKu terdiam. sebab aku harapkan dorang mintak maaf atau kata yang dorang salah or ape2 jer lah. Memang sengaja nak uji kesabaran aku..

Aku: Cikgu hantar awak ke Cikgu Tajuddin sebab cikgu tak nak awk berdua ulangi lagi gaduh2 cam hari nih dan lepas2. Banyakkan bersabar. Cikgu takut masa awak main tarik2 kolar baju dan pukul2 tadi, sorang jatuh ke.. patah tulang belakang ke apa.. Tak pon mati.. Awak nak masuk penjara? Tak kesian kat mak ayah awak? Kalau ditakdirkan awak patah tulang belakang, awak akan lumpuh.. Nanti dah besar2 awak mesti nak keje, nak kahwin, nak ada anak.. Kalau awak lumpuh cammana? Boleh ke awak keje? boleh ke awak kahwin? Nanti sampai besar awak nak buat ape2 kena mintak tolong orang. Nak mandi, nak berak pon kena orang buatkan. Awak nak macam tu? Awak dah besar. Nak buat apa2 pikir dulu bawa kesan buruk pada awak ke tak. Cikgu sayang awak berdua. Tuh cikgu nak elak jadi camtuh kat awak berdua. Bila2 jangan gaduh2 lagi.. Banyakkan sabar.

Pastu aku tengok si Daniel dan Zubir dan menangis. Alahai, aku marah2 sebelum nih tak nangis. Aku cakap penuh kasih syg  n tak marah2 dorang bleh plak nangis...


p/s: Its not easy to be a teacher.. Harap dapat jadi guru yang memberi inspirasi kepada muridnya..

Wednesday, June 6, 2012

Blog bersawang..

Assalamualaikum..
dah bersawang blog a.k.a diari aku nih..
Anyway.. banyak benda yang tak sempat nak update..
Menjadi guru tahun 6 memang sangat2 mencabar n menuntut kerja keras.
Jadi tak ada masa sangat nak mengupdate blog..

Perkembangan terbaru dari diriku, sekarang tengah cuti sekolah..
dah tgh marking paper budak2 nih ajer..
Tapi aku yang tengah mabuk2 nih ambil masa yang lama jugak untuk mark paper budak2..
takpelah.. bia lambat asalkan selamat. ye tak?
Alhamdulillah... i`ll be a mom to be.. syukur atas rezeki..
Sekarang dah masuk 3 Bulan.. Harap2 segalanya berjalan lancar..
Baby n aku sama2 sihat..Amin.

Alhamdulillah..syukur jugak.
Musim cuti sekolah menjadi musim kawen dan tunang..
tahniah buat semua.. moga perhubungan berkekalan.
In  a relationship, trust is the key. so, percayalah pada pasangan anda.

buat masa nih, cukup ini sahaja dulu..

p/s: rindu nak berblog!~

Tuesday, March 6, 2012

Orientasi Guru Baru

Alhamdulillah.. dah berjaya melepasi taklimat orientasi guru baru di Duta Village, Kuantan. Baru sehari meninggalkan sekolah, dah terima 2,3 kol untuk kerja2 yang menanti. :P

Seronok sangat2 kat sane. Jumpe kawan2 baru yang selama nih hanya kenal di group facebook. Especially rumat yang ade resemblence of kak aisya,... n perangai lembut2 cam kak aisya jugak. so nice..

Pelbagai input diperoleh sepanjang berkursus. Moga dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberi sebaiknya.


P/S: sumpah taknak tolong orang buat asgmt lagi... malas n sgt2 xde masa.