Wednesday, March 30, 2011

Kisah Brooch


sambil2 tengok brooch.. rasa berkenan tgk brooch bunga nih.. cmnihla bentuknya:

Pekedai: RM2 sekuntum dik...

Aku: Kalo 3 kuntum RM5 boleh tak akak??

Pekedai: RM5 dapat 4 kuntum dik...

Aku: ......

p/s: terkedu aku...

Tuesday, March 29, 2011

Istimewa buat ANak Buah ku...

Assalamualaikum.Alhamdulillah.. malam khamis, 24 Mac 2011 aku dapat seorang lagi anak buah. Namanya Zahra Safiyah bt Mohd Nashriq. mencukupkan total anak buah aku seramai 4 orang. ALhamdulillah. seronok tau ada anak buah ramai2 nih. rasa tak sabar jugak untuk ada anak. Haish.. hehe :P (gedik) walaupun tak sempat lagi nak jumpe, nak pegang, peluk cium Zahra, tapi dah dapat pic dia yang cute tuh. dengan berat 3.4kg, memang Zahra nampak sangat2 tembam. Muka lak sebijik cam abang dia. Jom tengok!

Saya Zahra Safiyah!


ok.. ini pulak abang dia. Danish Uthman Mohd Nashriq. sangat2 comei kan. pic nih masa beliau dilahirkan pada 22 Februari 2010. (Sama birthday dengan aku ok. korang jangan jeles. haha) dan nampak sama dengan adiknya, Zahra Safiyah.




Saya Danish Uthman.

Ok. ini pulak lagi 2 anak sedara aku yang suka paww Aciq dia (Akulah tu)... sorang darjah 5, sorang darjah 3..



Saya Aiman! dan saya Aisyah!

Walau ape2 pon. Aciq sayang korang sangat2 ok. No worries. :D hehe.. Aciq doakan korang semua berjaya dalam hidup n pelajaran. JAdilah anak yang baik.

p/s: tak sabar nak ada anak jugak. heheh :P (gedik lagi!)

Monday, March 28, 2011

Final Year!

Assalamualaikum..
kenapa saya letak pic nih? sebab saya rasa muka saya ada iras die.. ade tak? mestilah ade kan?? hahah.. (jangan marah ok. saja saya mau menggedik sekejap. hehe)

ok. cakap pasal final year. saya rasa sangat2 busy. badan pon penat2. dengan Action Research (AR). dengan praktikum. tatau. masa habis macam tuh aje. takde masa pon untuk diri sendiri. tuh yang sedih sangat bila nak berhubung dengan tunang tersayang tapi dia pon takde masa. i pon takde masa. i sangat sedih ok. sangat2 rindukan dia. *sob3*

saya dah tak sabar mau abeskan tahun nih. chaiyooook!!! lagi 9 bulan lagi. teruskan usaha. doakan kejayaan aku ok kawan2. thanks...

Saturday, March 26, 2011

tips dapat anak yg soleh

Assalamualaikum n selamat sejahtera..
Skang tengah menunggu detik2 akak aku melahirkan anaknya yang ke2. tak sabar rasanya nak tau jantina lelaki atau perempuan. mungkinkah kedua2nya skali? hehe.. anyway.. sama2 kita doakan.
  • Lazimi makanan yang Halaalan Toyyiban terutama yang makanan yang diproses pastikan Halal dan Toyyib.
  • Berusaha untuk menghafaz Al-Quran bagi mendidik deria pendengaran janin. Boleh mulakan dengan surah-surah lazim. Allah berikan kita kekuatan aqal, jangan under estimateatau kufur dengan nikmat akal. Don't say no before you even start. Saya pernah mendengar kata seorang ustaz, jika kita dah berniat untuk menghafal Al-Quran dan berusaha untuk menghafaz tetapi dijemput dengan ajal terlebih dahulu, maka malaikat akan bantu kita dalam alam barzakh untuk habiskan hafazan 30 juzu'. Wallahuálam.
  • Gunakan bahasa -bahasa yang baik semasa berkomunikasi. Jauhkan perkataan yang kasar, carut, sumpah dan laknat. Mulai belajar menggunakan bahasa yang baik dan positif. Contoh yang diberi adalah apabila nak suruh anak solat. "Solat sekarang, kalau tidak masuk neraka". Walaupun mesej betul tetapi bahasa kurang sesuai. Bagaimana kalau - "anak-anak, sekarang waktu solat sudah masuk. Allah beri kita mata untuk kita melihat, kaki untuk kita berjalan. Kalau kawan kita berikan kita kuih, kita akan ucapkan apa? tentunya "terima kasih". Begitu juga kita dengan Allah, kita kena ucapkan terima kasih dengan pelbagai nikmat yang Allah berikan. Caranya pergi solat. Allah kata kalau orang yang berterima kasih dengan Allah, nanti Allah akan pasti tambah lagi. Allah sayang dengan orang yang tahu bersyukur dengan ni'mat Allah." Tak mungkin pemikiran agung (Islam) disampaikan dengan bahasa yang kasar dan kesat. Sedangkan iklan maksiat pun guna bahasa yang menarik, apatah lagi dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim.
  • Mentadabbur Al-Quran melalui majlis ilmu. Oleh itu, disarankan juga untuk pelajari Bahasa Arab bagi membantu memahami ayat yang dibaca dan menghayati maksudnya.
  • Belajar ilmu-ilmu lain yang diperlukan dalam membentuk generasi pemimpin berperibadi Muslim dalam rahim.
  • Amalkan mandi sunat Pagi Jumaat. Jika terlupa niat mandi sunat Jumaat, niatkan waktu mandi petang. Jika terlupa hari Jumaat, hari Sabtu baru teringat, maka niatlah pada hari Sabtu. Menunjukkan satu komitmen bagimelahirkan generasi pemimpin berperibadi Muslim.
  • Hubungan suami-isteri adalah satu tanggung jawab membina generasi pemimpin berperibadi Muslim, bukan sekadar melepaskan keinginan shahwat.

Akhir kalam :

"Didalam rahim ku, generasi pemimpin berperibadi Muslim. Ditanganku, generasi pemimpin berperibadi Muslim."


http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/1614-rahsia-mendapat-anak-yang-soleh.html

Thursday, March 17, 2011

Surat Buat En Kekasih..


p/s: i really2 mean it love.

Oh Abang.. Saya Mau Kawin!!




Assalamualaikum...
Pertamanya, tajuk tuh saja2 saya letak ok. saja nak menggedik. hahah :P saya nak ucapkan tahniah buat my tablemate, Siti Humairah n my classmate, Abd Ghaffar atas pertunangan hari ini. Alhamdulillah. sumenya nampak berjalan lancar. insyaAllah, sedikit masa lagi akan melangsungkan perkahwinan. Amin.

so... tak lupa buat Wan NAdia Farhana n pasangan, selamat pengantin baru. moga tabah melayari bahtera alam rumah tangga. :) Alhamdulillah.. bulan 4 nih my housemate pulak nak kahwin. Aku doakan yang terbaik buat kalian.
Ramai yang tanya bila pulak masa aku? aku hanya tersenyum, dan jawap setakat termampu. ape2 pon, aku happy. Sama2 kita buat persiapan ke arah itu.

p/s: Alhamdulillah.. hubungan aku dan tunang dah masuk 6bulan. Ya Allah, kekalkanlah hubungan kami ini hingga ke jinjang pelamin n syurga. Amin. :D tak sabar2 jugak mau kawen sebenarnya. hahahah tapi banyak faktor perlu diambil kira. doakan kami.


Tuesday, March 15, 2011

Bermalam di Katil Seorang lelaki

oleh: Ustaz Penang


Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.

Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi…

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…

MORAL CERITA :

Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu.

Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..