Saturday, August 27, 2011

LAst Post SeBElum Tukar Status..

AssalamualaikuNew Postm.

Hari nih dah 27 Ramadhan. Ada lagi 2 hari untuk berpuasa.
30 Ogos dah raya. 1 September pulak big event aku.
Rasanya memang banyak sangat kerja yang perlu dibuat.
Dan aku lak dalam mampu tak mampu buat kena gagahkan diri jugak lah.
Moga segala urusan dipermudahkan. AMin.

Sebelum bertukar status dari Cik kepada Puan,
Aku nak ucap selamat hari raya buat semua.
Selamat pengantin baru jugak untuk diri sendiri.

p/s: thanks buat kawan2 yang dah bagi adiah. dak2 girl sains, my rumat, anne, halim, warga sklk... xlupa buat mama zaiton n zati zaki...susah2 jer buat roses..but cantik sangat2...suke.. :)
pade yg xdpt dtg...aku paham ok. musim raya katekan...

Wednesday, August 24, 2011

Spa Q!~

Assalamualaikum..
Tadi aku g spa..
Yela, utk bakal suami jugak..Ngeh3..
Anyway.. memang best.
Wat facial, scrub bdn, body massage, sauna n jakuzi..
sume best..kecuali tang jakuzi..
aku sangat2 dizzy bile mandi rempah..
aku tak tahan dengan bau diaa...

p/s: anyway..7 days to go..

Tuesday, August 23, 2011

DeMam...

Assalamualaikum..

Hari nih aku start bersin tak henti2..
kepala lak tak henti2 denyut...
kerongkong rasa gatal2..
Patut lah AR tak siap, aku tak sihat rupanya.
(Alasan!~ ahahhaha)
Takpelah, sakit kan kifarah dosa.
Better demam skang dari demam minggu depan.
Tak gitu encik Tunang?

encik Tunang pon demam jugak kan?
siap suara tak kuar bagai...
mesti saya jangkit dgn encik tunang nih...
Jauh virus berjalan2 cari saya yek!~

p/s: bak kata na, kuat ek chemistry kami.!~ sampai sakit pon kongsi. ngeh3..

Monday, August 22, 2011

Berkat!~

Assalamualaikum.

Tadi pergi bazar Ramadhan.
Dan beli buah mata kucing.
Murah aje, rm6 sekilo.
Tapi aku ambil setangkai, lebihlah dalam 100g.
Pastu pakcik tuh kurangkan buah dari tangkai, dalam 2,3 kali.
Pastu aku perasan, buah2 xelok yang berair dia tak buangkan lak plak.
AKu nampak dalam 5,6 biji buah berair.
Aku cakaplah, "Pakcik, ada buah tak elok tuh." sambil tunjuk buah2 yang berair.
Tapi pakcik tuh buat tak tau. Aku geramlah jugak.
At least, pakcik tuh buang lah yang buruk.
Atau, tambah lagi 2,3 biji.
Bukan dapat kaya pon bila pembeli rasa dianiaya.
Aku dok geram jugak.
Dok bebel kat kawan aku.
Tapi, kawan aku tegur, "Apa kata kau doakan pakcik tu diberikan kesedaran apa yang dibuat tak betul!~"
Terdiam gak aku.
Ape2 pon, moga pakcik tuh dapat kesedaran.
Dan pakcik, I`ll never buy anything from u!!!!!~

p/s: tadi belajar, cikgu pon boleh hidup dalam tak berkat. sebab tipu duit. Duit haram/halal bahaya, boleh effect pada anak2. Anak2 jadi orang, atau orang utan!

Thursday, August 18, 2011

Hilang Fokus


Assalamualaikum.

Dah menjejakkan kaki ke final sem. Tak tau kenapa, perasaan malas sangat2 mengcengkam jiwa. Tak tau lah kenapa. Ramai dok menyakat feeling aku dah pergi kepada event lepas raya. Iya ke? Rasanya tak kot. cuma mungkin rasa dah penat belajar. Nak abeskan degree nih, makan masa 5 tahun setengah. 5 tahun dah settle, setengah taun je lagi tinggal. untuk setengah taun last nih, kire dah separuh jalan ditempuh,... lagi 2 bulan ++ aku akan abes blajar. cepatlah abes!~ cepatlah masa berlalu!!~~~~

Wednesday, August 17, 2011

Parti Bujang!~



Assalamualaikum..

Tak sampai 2 minggu lagi tarikh 1 September akan tiba. (Im waiting for that moment!~) Anyway. semalam kami satu kelas berfoya2 ke Kota Bharu. This is my last semester dan year too. So, we decided to hang out from evening until early morning. Sangat2 terharu sebab cukup2 20 orang. Biasanya susah nak cukup tau. Kami gerak dari kul 2 petang, n sampai ke hostel balik kul 2 pagi.

Kul 3.30 petang sampai kat KB Mall. Kitorang g men bowling. Ohoo.. sangat2 seronok. Tak sangka aku yang tak pandai main bowling boleh wat strike 4,5 kali..ngeh3..

Kami makan dekat D'Mina. Which is sangat2 sedap. Makan berhidang. Aku satu meja dengan Apih, Long and Hajar. Hajar awal2 lagi dah potong2kan telur bistik kepada 4. aku lak siap2 masukkan tomyam ke dalam mangkuk2 yang disediakan. Yang kelakarnya, meja belakang aku dok gaduh2 berebut makanan. Siapakah dia? Mestilah Jammil n Kak Mie. kelakar lak tengok dorang. Huhu.. :P

Lepas makan, pergi terawih. Ingat nak solat Isyak, pastu choww. Sekali semua kereta kena block. Amek kau. Last2 yang solat tuh sume naik teruskan sampai terawih. Alhamdulillah. Yang tak bleh solat plak pergi melantak colek buah kat gerai depan masjid.

Pastu, g wakaf che yeh. Ronda2 ajer.. Cuci2 mata. Barang2 dia mahal2. Tudung yang mak aku pesan dapat rm30 - rm20.. padehal tudung yang sama aku boleh dapat rm15 kat jerteh. So, aku memang tak beli. walau puas tawar menawar, dorang tak nak bagi, aku letak aje.

Kul 12 malam, anak2 dara, n teruna serta pasangan baru berkahwin menapak ke Mc D. Betul2 depan wakaf che yeh tuh. Ramainye orang tak hengat!~ Anyway, memang seronok hang out dengan kawan2 sampai pagi. 1 Kelas lak tuh. Susah2 sangat nak organise, lastly jadik jugak. Maybe this is our last hang out kot.? huhuh.. Dan ida dok menyakat, katanya nih parti bujang aku before marriage. Pastu kitorg dok singkap2 sejarah2 lama. huuhhuh

Anyway, main bowling n makan di D'Mina restoran is free. tak bayar duit pon. Ada pensyarah2 murah hati bagi rm300. dan the rest class support. Hehe.Aku naik Honda City Hajar dengan Ziha, Hajar amek RM5 ajer sebagai duit minyak. Pastu bayar untuk GCB Burger. Itu aje. Sangat2 murah rupanya. Dahla Jalan2 satu KB. Anyway thanks Haja. Bile cerita dekat en Tunang pasal Haja amek duit minyak sikit, dan aku tanya jugaklah berapa RM habes minyak dari maktab ke rumah aku.. en Tunang jawab, rm40 dah cukup pergi balik. Kalau isi rm60 tuh dah boleh sampai Kuantan dan jalan2..!~ Aku rasa tertipu la jugak dengan someone. Biarlah, aku tak penah pakai kereta lagi. But, the past is history. Aku halalkan semuanya!~


p/s: Anyway, i`ll going to be miss u all. :) Next year dah posting. Keep in touch dear.

Monday, August 15, 2011

'Rajin;

Assalamualaikum.

Sekarang berada di final sem dan final year. Memang keje berlambak2. Nih chech list!~

1) EDU3109-25 ogos 2011
2) EDU 3108-15 September 2011
3) AR - 20 September 2011...

Tapi progressnya mestilah disiapkan awal..ye tak? tapi taktau kenapa kemalasan melanda diri ini... Rasa sangat2 kronik skang nih. Ape yang patot aku wat?? cammana nak hilangkan kerajinan yang melampau ini??? Ya Allah, berilah aku kekuatan!~