Monday, March 7, 2011

Tak Salah Berdoa Untuk Dapatkan Suami Yang Hensem



Assalamualaikum.

Tadi ada terbaca pasal artikel ini. Dan rasa teruja pulak membacanya. so, secara ringkasnya:

artikel bermula dengan kisah Ayuni dan bekas kekasih2nya. Ayuni rasa dipermainkan. dia jumpa dengan ustaz dan dinasihatkan supaya dia menulis senarai ciri-ciri yang menjadi lelaki idamannya dengan detail dan lengkap.

PASANGAN YANG IDEAL DENGAN DIRIKU (Ayuni):
1. TINGGI: LEBIH DARI 1.55M
2. BERAT: 65KG, SIHAT ZAHIR BATIN
3. WAJAH: KACAK, HANDSOME, MANIS
4. SIKAP: BUDI BAHASA, BERTANGGUNGJAWAB, BAIK HATI, HORMAT ORANG TUA, PENYAYANG, KELAKAR, BERIMAN DAN MEMPRAKTIKAN KEIMANANNYA, JUJUR, SPORTING, POSITIF, RAJIN KE DAPUR DAN MENGEMAS RUMAH, PEMBERSIH DAN RAJIN
5. KARIER: KERJA OFFICE HOUR
6. USIA: LEBIH TUA 33-44THN
7. HUBUNGAN: AKU MENYAYANGI DIA SEPENUH HATI, DIA JUGA MENYAYANGI AKU SEPENUH HATI, AKU BOLEH MENERIMA KEADAANNYA DENGAN IKHLAS SEADANYA. DIA JUGA MENERIMA KEADAAN DIRIKU DENGAN IKHLAS SEADANYA.
8. KELUARGA: PENERIMAAN KELUARGA KEDUA-DUA BELAH PIHAK ADALAH HARMONI
9. PERHUBUNGAN: KEKAL KE AKHIRAT

Ketika ciri yang ketiga dibincangkan, Ayuni membantah dan berkata dia tak kisah tentang paras rupa. sebab malu nak mintak dengan Allah suami yang handsome. Kata ustaz tuh, "Nak minta suami yang handsome kamu malu, tapi setiap hari mohon dimasukkan ke dalam syurga, kamu tak rasa malu pulak? Nikmat mendapat suami handsome itu, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan nikmat Syurga, entah berapa ratus juta kali ganda besarnya, tapi yang itu kamu tak ada rasa malu pun? Kenapa nak mohon perkara kecil macam tu kamu rasa malu? Dan kita kena faham, pPemberian Allah tu Maha Luas, Abundance, bukannya tak cukup, atau cukup-cukup, Dia boleh beri kamu lelaki yang handsome, dan dimasa yang sama lelaki itu warak, baik dan bertanggungjawab. Kamu kena percaya dan fikir begitu."

Ustaz mencadangkan padanya supaya melakukan solat hajat sekadar yang termampu dan membacakan senarai tulisannya itu di dalam solatnya. Setelah itu, dia juga mencadangkan supaya dia membaca senarai itu tidak kurang dari 20 kali sehari dan sentiasa melakukan beberapa perubahan yang dirasakan sesuai dengan situasi dirinya. Apa pun ustaz ingin dia sentiasa husnuzzon (bersangka baik) bahawa dia telah bermohon pada Allah, Allah telah memakbulkan doanya, dan dia kini berada dalam proses 'diterima' permintaannya. Langkah-langkah seterusnya seperti komitmen dan bersedia menerima (receiving steps) juga telahdibincangkan dengannya.

p/s: selamat mencuba! ape2 pon, kalau dah bertunang dan berkahwin tu jangan laa gatal2 nak doa pasang cawangan lain pulak ok!!

1 comment:

arjunasetia said...

bukan ustaz la awak..hanya pencacai tua..hehehe