Monday, October 31, 2011

Rezeki..

Sumber: Puan Google
Assalamualaikum..

Apa maksud rezeki?Bagi aku, rezeki tuh bukan terhad kepada wang dan harta, tetapi luas skopnya. Anak, kesihatan yang baik, kenaikan pangkat, diberi makan percuma, bagi aku itu pon adalah salah satu rezeki daripada Allah..

Anyway, aku nak cakap pasal rezeki anak. Tak semua orang yang berkahwin akan memperolehi anak. Setuju? Dalam hidup ini, bukan semua orang mempunyai jalan cerita yang sama dan kurang dugaan dan ujian dalam hidupnya. Masing2 punya cerita, kesukaran dan ujian yang berbeza. Jika si A diberi ujian sakit berpanjangan, mungkin si B akan diberi ujian susah mendapatkan anak.

Si B telah berusaha ke klinik dengan suami, buat pemeriksaan kesuburan. Walaupun si B dan pasangan tiada masalah kesuburan, tapi masih tiada anak. Jadi, mungkin si B dan pasangan diuji di situ,... dan kita sebagai yang melihat, janganlah membuat mulut, menjaja cerita bukan2 mengenai pasangan itu. kerana masa anda belum tiba lagi. Kadang2 apa yang berlaku kepada kita adalah kifarah dosa yang dilakukan oleh keluarga kita. Atau apa yang berlaku kepada keluarga kita adalah kerana lancangnya mulut kita mengata orang2 lain...

Jika abang2 dan kakak2 anda berkahwin, mempunyai 4,5 orang anak.. ANDA YAKINKAH BILA ANDA KAHWIN NANTI, ANDA JUGA AKAN MEMPUNYAI ANAK? Pikir2kan...

p/s: watch out your mouth!

No comments: