Thursday, December 31, 2015

Azam 2016

Assalamualaikum..

untuk azam 2016.. aku berdoa semoga KPI aku tercapai..

1) jadi isteri terbaik buat suamiku, masak dinner sekurang2nye 6kali semminggu.
2) jadi ibu yang baik .. lebih sabar dalam melayan maira n akif
3) jadi guru yang baik .. dapat sediakan abm yg bersesuaian utk anak2 murid kesayangan
4) kemas bilik spbt.. tulis stok 2014 yg ditinggalkan cikgu lama.. yg 2015 yg aku xsempat buat.. lupus buku.. kkemas kini bilik
5) jadi pelajar yang baik..hantar asgmt sebelum waktu or ontime.
6) jadi penjimat .. kecuali kalau e*as.. hahahaha :P
7) tingkatkan amalan2 sunat.. insyaAllah dipermudahkan.. harap dpt buat hari2.. bukan on off cam 2015..

moga urusan aku dipermudahkan.. Amin....

Memori 2015

Assalamualaikum.

Tahun 2015 meninggalkan banyak kenangan n memori yang tak terdugaa. Antara tugas yang dipegang tahun 2015 ialah:

1) Guru kelas tahun 3
2) Penyelaras SPBT
3) Penyelaras Sukan n Kelab
4) Penyelaras MBMMBI
5) Guru Tahun 6 (Math)
6) S/U kelab BI
7) S/U ICTL
8) S/U etc.. lupe.. :P

antara kejayaan yg dicapai taun nih..

1) 1st place action song PKG Bukit Besi
2) 2nd place action song district Dungun level
3) penyertaan Choral Speaking district level
4) ada 2, 3 anugerah guru..
5) jadi admin.. haha :P

antara memori yg xdapat aku lupakan

1) join seminar penyusuan
2) join seminar babywearing
3) peristiwa exam paper hilang. ( even dah maafkan die, but still aku akan ingat)
4) peristiwa hari guru.. main bola jaring x hingat,,... hahaha
5) too many to mention.. hahaha
6) study..

Alhamdulillah atas nikmatnye.. syukur sangat2..
moga tahun depan dipermudahkan... n dikurangkan beban tugas sebab spbt bru dpt taun ni.. mmg xwat lgsg lagi..

Wednesday, December 30, 2015

Tugas baruu 2016

Assalamualaikum.

for 2016.. pegang byk juggak jawatan.. lets count

1) penyelaras mbmmbi
2)pengerusi spbt
3)penyelaras kelab n sukan
4) pengerusi pbsm

6) s/u ppanitia bii
7)s/u kelab bi
8) s/u sal
9) s/u
10) s/u

lagi 2 xingat,.. hahaha nnti update

Sunday, December 13, 2015

Happy Birthday akif

Assalamualaikum.

Bersawang dah blog lame x menjenguk. Hahaha.. Actually.. Nak wish birthday kat Akif. Yang ke 3 tahun dah. Alhamdulillah. Besar dah anak ibu. Ibu proud of u akif. utk taun ni, ibu wat kek coklat pulak untuk akif. Nah hadiah birthday utk akif..


Happy birthday aakif sayang. Thanks kerana hadir dalam hidup ibu. Ibu buat kek untuk akif sayang. Moga jadi anak yang banggakan ibu abah. moga jadi anak soleh yang hafaz alquran. Moga akif jadi seorang abang yang penyayang buat adik2..Moga akif jadi kebanggaan ibu abah n keluarga kita. Moga akif diberi kesihatan yang baik selalu, dikurniakan kawan2 yang baik dan berjaya di dunia akhirat. Dibukakan pintu hati dan pikiran akif n jadi cendikiawan. Amin.

Walau kek ibu buat comot.. x cantik. ibu bangga sebab akif appreciate n makan kek banyak2. haha love u sayang..

Friday, April 10, 2015

bURN Out?

Assalamualaikum.

Apa itu burn out? pakcik googlee cakap, 
  1. "Burn out adalah istilah psikologi yang digunakan untuk menggambarkan perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan tenaga dan kemampuan seseorang. Istilah ini pertama kali diperkenalkan oleh Freudenberger pada tahun 1974."

i think its happend to me right now. Utk hem, pegang penyeleras spbt. ok lagi. utk koko, jadi penyelaras kelab n persatuan, su kelab bahasa inggeris. rasa mampu lagi. utk akademik nih payah nak cakap. Pegang kelas, penyelaras mbmmbi, su ictl, su sal, mengajarr year 6, kelas ptg malam lagi..?  oh.. i cant do it anymore! need a fresh environment.

oh. ini bukan complaint. tapi lebih kepada meluahkan perasaan. takpelah, buat setakat termampu. for action song this year.. tried to come out with new song. xde komposer dah, kena guna audacity unttuuk cut n sambungkan laguu. i do my best. insyaAllah..

this year isi egtukar.. bukan sebab xsanggup nak pikul tugas2 tu..tapi not feel happy there. not find love anymore. so,.. berhijrah lah. harap2 dapat. Amin..

Friday, March 6, 2015

Harapan

Assalamualaikum.
Semua orang ada harapan kan?
Rasa sedih bila harapan tak jadi kenyataan.
Really.
Apa2 pun..
Harapan akan jadi kenyataan jika ada usaha
Usaha..!~

Sebab Allah Sayang Kita...

Seorang anak kecil bertanya kepada ibunya..

Anak: Ibu kenapa kita miskin?
Ibu: Kerana kemiskinanlah kita menjadi manusia yang kuat dan cekal untuk menjadi lebih baik di masa hadapan. Kerana kemiskinanlah kita jadi hamba yang lebih dekat padaNYA.

Anak: Ibu kenapa kita perlu sakit?
Ibu: Kerana manusia kembali ingat pada Tuhan sesudah ditimpa sakit. Tapi bila sihat manusia tidak berterima kasih pun kepada Allah S.W.T memberikan dia kesihatan yang sempurna.

Anak: Ibu kenapa kita perlu merasa lapar?
Ibu: Kerana kelaparan mengajar kita untuk bersabar, sesudahnya kita tahu rezeki yang kita makan itu semuanya datang dari Allah.

Anak: Ibu kenapa kita menangis?
Ibu: Titisan airmata itu hakikatnya memberikan kita satu ketenangan kerana kita akur bahawa air mata itulah tanda kelembutan hati hamba-hambaNYa.

Anak: Ibu kenapa kita perlu marah?
Ibu: Kerana manusia yang marah seharusnya beristigfar dan kembali ingat bahawa Allah sayang hamba-hambaNYA yang bersabar. Justeru kita kembali ingat kepada Allah... ... ...

Sambung Ibu kembali,
Ibu: Sesungguhnya apa jua yang berlaku dalam hidup kita,susah atau senang.lapar atau kenyang,gembira atau menangis,suka atau marah,semuanya mengingatkan kita satu perkara.Sebab Allah sayang kita...

p/s: so...jangan persoalkan kenapa ade manusia selalu sakit, kerana Allah sayangkan die..

Monday, March 2, 2015

Its A Work Team!

Assalamualaikum.

Diari online memang tempat untuk meluahkan perasaan.
Oh, sangat sedih!
Sangat terasa!
Rasa my hard work is not being appreciate.
Its Ok!~~

Memang bukan my style kot ..
Wat latihan wat hiasan kelas nak publish..
Bila dah siap, nak publish pon oklah,
Kalau masih dalam proses.. its no so me!!

Payah jugak.
Its being MARK in our head that
A is bla bla bla..
B is bla bal laa..
C is bla blaa blaaa...
Hmm.. dont be a judge,
Its enough just Allah being a jugde,

Whats im working for is Lillahi Taala.
But bila dicakap tanpa usul periksa,...
i feel very ************..
not a word can describe.,

this year nak move out.
Pindah.
Cari tempat baru.
Rasa xseronok dah.
bye2..

Saturday, February 28, 2015

My Breastfeeding Journey

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Syukur masih berkesempatan menghirup udara pinjaman dariNya. Dah 28 Feb hari nih, penghujuung Februari. Cuaca makin panas, so kena banyakkan minum air. Maira alhamdulillah, dah baik dari selsema n batuk. Baru menyusuu dengan banyak. Musim skang nih kan. 3 malam dia merengek nak tido berdukung. Babywearing made it easy. But, sakit pinggang jugak tido sambil duduk nih. 3 malam kot. Nak bulih ke besar anak2, macam tu lah. Nanti dah 1 year insyaAllah makin ok. Thats how our parents threat us yesterday.. so love them!

Dah anak dua, Alhamdulillah syukur sangat diberi keizinan dan rezeki dariNya untuk still breastfeeding anak. Memang xsusah, n bukannye senang nak continue. It need support from husband, family and yourself. Gagal sekali bukan gagal selamanya. So, today aku nak review breastpump yang aku penah guna. review Breastpump anakku manual, breastpump autumz marvel single pump, breastpump spectra 3 and breastpum spectra m1. also  review freemie too.

Review breastpump
1) Anakku manual breastpump
 Its a manual breastpump. So memang kena ade kekuatan tangan untuk pam. Bagi aku yang manja nih, memang xsesuai sebab tangan ku xkuat untuk pam. Lenguh. hehe. Suction best. Penah dapat 5ox 30minit pam dalam keta. Nih first pump aku. Sebab xtahan lenguh, aku beli eletcric pam. yang nih rm50 je beli kat anakku. 2012.






2) Marvel autumz single electric breastpump
 Bermula lah sejarah gune eletrik breastpump. Harga dalam rm300 lebih kot. Beli tahun 2012 di manjaku kemaman. Boleh guna bateri dan plug,Maybe sebab first time, suction rase sangat kuat walau dah setting 1 level. n nipple crack jugak. Sangat sakit bagi aku. and tak lama pon guna, dalam 2 - 3 weeks kot. Rosak. Sebab jatuh. And bila tunjuk, dia kate xdapat nak claim warranty. So sad.. :( Yang tak best pam nih, sebab single. Nak pump amik masa jugak. 1 belah 15min.. dua2 belah dah 30min..



3) Spectra 3 Double BreastPump
Aku beli tahun 2012. KAt onebabyworld.com.my. Masa tuh aku beli 1pakej rm388. Sangat2 murah. Macam2 freegift dapat. Dan, bagi aku sangat berbaloi sebab masih ok sampai skang. Suction best. Heavy duty dan lasak. Aku pam 8-12kali sehari. SO memang superrb la. Sangat recommended. Tapi tak best sebab gune plug jer. Kalau nak travel payah sebab nak kena cari plug untuk pam. Seriously, kalau spectra 3 nih boleh gune bateri mmg best sangat lah. satu lagi, level die kena pulas, kalau terlebih pulas mmg sakit ooo.. :P 2015, skang jadi standby breastpump.

4) SPectra M1 Double Electric Bp
 Untuk tahun 2014, aku beli spectra M1 sebab jatuh cinta dengan brand spectra. Masa tuh aku tak tau nak amik Malish Ilaira or M1. Tapi aku stick dengan spectra brand. Yang best, ringan, kecik dan senang untuk travel. sebabnya? rechargeable battery. Cam hp lah, charge dulu. dalam 45min-1jam dah penuh, Off kan plug n guna. Setakat nih, boleh 3kali pam untuk 30min 1sesi. Suction best, lembut dari hisapan baby. Parts pon xbanyak untuk basuh. Yang tak best, M1 nih sensitif sikit. 3 bulan guna dah g klinik Histopoint pon. Charge lebih 2jam. So charger /adapter rosak. Yang lain best, cume itu je lah. Skang pam 3x sehari. Sampai skang ok. M1 nih medium duty. So tak boleh lasak sangat.

5) Freemie cup collector
 Nak pam freehand? Alhamdulillah. Berbaloi rasa beli set freemie deluxe. ade corong 25mm dan 28mm. Kalau guna spectra, kena guna 28mm corong. Skang, dengan dua anak memang semua nak kena wat cepat. Supermom kononnya. Sambil pam berfreemi+m1, boleh buat macam2. Asal xmembongkok ye u'olls. Pagi2 bangun kul 5.30 pagi. I freemie dan masak bubur utk maira. maira dah 7mo. So dah bekal bagi bubur dah. Siap masak bubur, siap pam. Dapat 10-13oz.. Tengok atas rezeki utk maira. Time penat 2,3 hari nih dapat 5oz jer. Alhamdulilllah. Syukur. Rezeki untuk maira. Susu kan kua ikut hormon n mindset. bILA badan penat, stress dgn kerja.. so susu pon dapat sikit. sebabtu bile pam, try kosongkan pikiran n ingat anak. InsyaaLLAH LDR cepat je. heheh Oh harganya rm279. 1cup boleh tampung 8oz.. so 2 cups dapat collect 16oz.

Bagi aku, xkisah kot habiskan duit untuk breastpump, botol2.. untuk breastfeeding. Susu ibu hak anak. Sesusah mana pon, insyaAllah dipermudahkan. Mintak restu n support suami. Aku motivated tengok stewardess, doctor2 yang still breastfeeding anak walau keje xmenentu. N mostly doctor n nurses yg aku kenal yg support breastfeeding n still breastfeeding anak, gune freemie nih utk collect susu. So when visit patient boleh laa pam..Gitu. Bukannya tak mampu nak beli fm, tapi every parents want the best for their babies,..right? Aku xcondemn ibu bapa bg fm kat anak.. sebab akif pon aku bagi fm after 6mo.. Mase tuh aku xkuat. So, for now.. Aku bangkit dan xnak buat the same mistake.InsyaALLAH. MOga dipermudahkan breastfeeding maira until 2 years. AMin..

n satu laagi. jangan pam lebih 30min yek. Takut tisu2 kat situ rosak. dah kalau power pumping 1jam tuh cammana?? Power pumping kan 15 min pam, 10min rehat, 15min pam, 10min rehat, 15 min pam. So.. ok jer.

Thats all for my review. Thanks for reading mama.. Happy breastfeeding. May Allah ease our journey.


Saturday, February 7, 2015

Cara menjaga bayi cleft

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih diberi nikmat olehNya untuk terus menaip dalam diari maya. Actually, syukur sangat Akif dah 2years 2 months old and Maira dah 6 months 2 weeks. Rasa cam tak percaya dah melalui saat2 getir melahirkan dorang. Alhamdulilah.

I got a few email recently regarding parents got baby cleft. Ada yang tanya cara menjaga baby cleft nih. ada yang lahir-lahir dah tahu, ade yang 2 weeks after lahir baru tahu baby dorang cleft palate. Penah terbaca dalam paper, dah 4 bulan baru tahu baby mereka ade cleft palate. sebenanrnya ada beberapa cara untuk kenal pasti baby cleft.

1) Berat badan turun. - baby cleft palate susah nak menghisap susu dari botol atau nenen sebab palate yang berlubang. So, berat akan turun.
2) keluar susu ikut hidung - palate bersambung dengan hidung. kalau nampak susu keluar ikut hidung, try check palate die sama ada normal atau berlubang.
3) Kerap nangis. - Baby cleft mudah perutnya masuk angin. sebab tu baby banyak nangis. Sebab nak bagitahu yang mereka tidak selesa. Kan medium perckapan mereka gunakan tangisan. So, tuam guna tuungku baby dan tiarapkan dorang bagi selesa. buat senaman kayuhan basikal pon takpe.

My first son ade cleft palate. So, rasa sama jer menjaga Akif dan Maira. Cuma perbezaan dari segi feeding susu jer. N satu lagi akif suke nangis sebab kembung perut dan selsema. Yang lain sama sahaja. kalau nak feeding susu lina suggestkan spoon feeding. Lina tak penah gune yang clapam jual tu. sebab tak tau nak beli yang mana.

Donts:
1) jangan bagi baby hisap dari teat yang normal cam baby normal palate yang lain, Kesian kot, cam hisap straw berlubang.. Penah try hisap? Susah nak sedut air kan. Gune banyak tenaga. Sebab tu berat badan akan makin turun. dan after operation mmg doc akan suh gune botol bersudu. at least 2 bulan.
2) Jangan malu. Jangan stress. Sebab emosi ibu bapa memang baby akan rasa. Redha. Palate kan be repaired. Anak anugerah Tuhan yang paling bermakna.
3) peduli apa orang kata. Kenan lah, tak makan vitamin lah. Apalah. Orang sedap je cakap kan. Tak tahu kite sebelum preggy lagi dah amik asid folic bagai. so, bersabar ajalah. Anggap ujian Tuhan buat kita yang kuat. InsyaAllah..

p/s: Moga urusan kita dipermudahkan. Kita ibu bapa terpilih untuk baby camni. Jangan sisihkan mereka, jangan stress. InsyaAllah besar nanti dorang akan jaga kita macammana kita jaga mereka. Amin.

Ibu sayang akif.. :)

Akif yang suke main  lego.
Akif yang suke selerakkan selimut. Haha.