Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, February 28, 2015

My Breastfeeding Journey

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Syukur masih berkesempatan menghirup udara pinjaman dariNya. Dah 28 Feb hari nih, penghujuung Februari. Cuaca makin panas, so kena banyakkan minum air. Maira alhamdulillah, dah baik dari selsema n batuk. Baru menyusuu dengan banyak. Musim skang nih kan. 3 malam dia merengek nak tido berdukung. Babywearing made it easy. But, sakit pinggang jugak tido sambil duduk nih. 3 malam kot. Nak bulih ke besar anak2, macam tu lah. Nanti dah 1 year insyaAllah makin ok. Thats how our parents threat us yesterday.. so love them!

Dah anak dua, Alhamdulillah syukur sangat diberi keizinan dan rezeki dariNya untuk still breastfeeding anak. Memang xsusah, n bukannye senang nak continue. It need support from husband, family and yourself. Gagal sekali bukan gagal selamanya. So, today aku nak review breastpump yang aku penah guna. review Breastpump anakku manual, breastpump autumz marvel single pump, breastpump spectra 3 and breastpum spectra m1. also  review freemie too.

Review breastpump
1) Anakku manual breastpump
 Its a manual breastpump. So memang kena ade kekuatan tangan untuk pam. Bagi aku yang manja nih, memang xsesuai sebab tangan ku xkuat untuk pam. Lenguh. hehe. Suction best. Penah dapat 5ox 30minit pam dalam keta. Nih first pump aku. Sebab xtahan lenguh, aku beli eletcric pam. yang nih rm50 je beli kat anakku. 2012.






2) Marvel autumz single electric breastpump
 Bermula lah sejarah gune eletrik breastpump. Harga dalam rm300 lebih kot. Beli tahun 2012 di manjaku kemaman. Boleh guna bateri dan plug,Maybe sebab first time, suction rase sangat kuat walau dah setting 1 level. n nipple crack jugak. Sangat sakit bagi aku. and tak lama pon guna, dalam 2 - 3 weeks kot. Rosak. Sebab jatuh. And bila tunjuk, dia kate xdapat nak claim warranty. So sad.. :( Yang tak best pam nih, sebab single. Nak pump amik masa jugak. 1 belah 15min.. dua2 belah dah 30min..



3) Spectra 3 Double BreastPump
Aku beli tahun 2012. KAt onebabyworld.com.my. Masa tuh aku beli 1pakej rm388. Sangat2 murah. Macam2 freegift dapat. Dan, bagi aku sangat berbaloi sebab masih ok sampai skang. Suction best. Heavy duty dan lasak. Aku pam 8-12kali sehari. SO memang superrb la. Sangat recommended. Tapi tak best sebab gune plug jer. Kalau nak travel payah sebab nak kena cari plug untuk pam. Seriously, kalau spectra 3 nih boleh gune bateri mmg best sangat lah. satu lagi, level die kena pulas, kalau terlebih pulas mmg sakit ooo.. :P 2015, skang jadi standby breastpump.

4) SPectra M1 Double Electric Bp
 Untuk tahun 2014, aku beli spectra M1 sebab jatuh cinta dengan brand spectra. Masa tuh aku tak tau nak amik Malish Ilaira or M1. Tapi aku stick dengan spectra brand. Yang best, ringan, kecik dan senang untuk travel. sebabnya? rechargeable battery. Cam hp lah, charge dulu. dalam 45min-1jam dah penuh, Off kan plug n guna. Setakat nih, boleh 3kali pam untuk 30min 1sesi. Suction best, lembut dari hisapan baby. Parts pon xbanyak untuk basuh. Yang tak best, M1 nih sensitif sikit. 3 bulan guna dah g klinik Histopoint pon. Charge lebih 2jam. So charger /adapter rosak. Yang lain best, cume itu je lah. Skang pam 3x sehari. Sampai skang ok. M1 nih medium duty. So tak boleh lasak sangat.

5) Freemie cup collector
 Nak pam freehand? Alhamdulillah. Berbaloi rasa beli set freemie deluxe. ade corong 25mm dan 28mm. Kalau guna spectra, kena guna 28mm corong. Skang, dengan dua anak memang semua nak kena wat cepat. Supermom kononnya. Sambil pam berfreemi+m1, boleh buat macam2. Asal xmembongkok ye u'olls. Pagi2 bangun kul 5.30 pagi. I freemie dan masak bubur utk maira. maira dah 7mo. So dah bekal bagi bubur dah. Siap masak bubur, siap pam. Dapat 10-13oz.. Tengok atas rezeki utk maira. Time penat 2,3 hari nih dapat 5oz jer. Alhamdulilllah. Syukur. Rezeki untuk maira. Susu kan kua ikut hormon n mindset. bILA badan penat, stress dgn kerja.. so susu pon dapat sikit. sebabtu bile pam, try kosongkan pikiran n ingat anak. InsyaaLLAH LDR cepat je. heheh Oh harganya rm279. 1cup boleh tampung 8oz.. so 2 cups dapat collect 16oz.

Bagi aku, xkisah kot habiskan duit untuk breastpump, botol2.. untuk breastfeeding. Susu ibu hak anak. Sesusah mana pon, insyaAllah dipermudahkan. Mintak restu n support suami. Aku motivated tengok stewardess, doctor2 yang still breastfeeding anak walau keje xmenentu. N mostly doctor n nurses yg aku kenal yg support breastfeeding n still breastfeeding anak, gune freemie nih utk collect susu. So when visit patient boleh laa pam..Gitu. Bukannya tak mampu nak beli fm, tapi every parents want the best for their babies,..right? Aku xcondemn ibu bapa bg fm kat anak.. sebab akif pon aku bagi fm after 6mo.. Mase tuh aku xkuat. So, for now.. Aku bangkit dan xnak buat the same mistake.InsyaALLAH. MOga dipermudahkan breastfeeding maira until 2 years. AMin..

n satu laagi. jangan pam lebih 30min yek. Takut tisu2 kat situ rosak. dah kalau power pumping 1jam tuh cammana?? Power pumping kan 15 min pam, 10min rehat, 15min pam, 10min rehat, 15 min pam. So.. ok jer.

Thats all for my review. Thanks for reading mama.. Happy breastfeeding. May Allah ease our journey.


Wednesday, March 26, 2014

Ciri Pengasuh untuk bayi cleft palate!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. akif membesar dengan baik. sangat aktif, periang dan suka lari2. walau ibu abah kadang2 xlarat nak kejar, tapi ibu abah bahagia tengok akif gembira camtuh.. semua jadi mainan dia. akif dah 1 tahun 4 bulan skang. buat macam2 bunyi pelik. cakap bahasa scottish ker, jerman ker, japanese ker.. ibu pon xtau,, hehe but im happy look at him.. :) anak soleh ibu kan.

for your information, aku n hubby dua2 keje. so, seorang pengasuh memang diperlukan. nak hantar taska xtau dilayan ke tak kan.. sebab anak2 cleft nih special skit cara minum susunya. yang lain still sama,, :) akif dah bertukar 2 orang pengasuh setakat ini. pengasuh lamanya tak pandai bagi akif susu guna spoon feeding bottle yg aku sediakan or akif yang tak nak minum dengan dia... wallahualam.. bile korang rasa anak makin kurus tuh, means cepat2 cari pengasuh baru. takpon, kalau anak 3hari berturut2 kembung perut n minum susu yang sepatutnye 5x sehari menjadi 5x ms korang ambil sampai hantar ke pengasuh keesokannya..(xsampai 12jam laa tuh menyusu 5x). lapo punye kes...

so, ciri2 pengasuh untuk bayi cleft palate..
1) pandai guna botol susu untuk bayi cleft,.. sebaiknya suh die bagi susu kat anak depan korang sebagai test.. baru korang akan senang hati nak tinggalkan anak n bekerja dengan aman.

2) faham anak korang cleft.. n tak sumbat botol puting biasa selagi operation xdijalankan.. lepas operation palate amek mase 2 bulan jugak baru boleh bagi botol puting biasa...

3) faham pekerjaan korang. cam aku keje gomen.. ajar tahun 6.. ofkos balik lambat sebab ade kelas tambahan. kalo agak2 pengasuh tak faham, cepat cari baru ajer..

4) tak berkira.... maksudnye korang boleh mintak tolong untuk jaga anak bile korang terdesak. contohnya, nak jaga mak kat hospital, pengasuh xberkira jaga sampai malam...

tuh jer tips pengasuh dari aku buat sementara waktu nih... memang sebagai ibu, aku cuba ambil akif secepat mungkin. rindu weh dengan telatah comel dia.. ibu love akif so much!!~

Thursday, July 4, 2013

Botol susu untuk bayi cleft palate

Assalamualaikum...

Dah 6 bulan guna botol susu nih.. baru tergerak untuk share... hehe nih botol yg aku guna untuk akif since 2days until now.. mmemang guna untuk bg bubur jugak.tapi syg, max isipadu die 3oz jer. beli kat anakku dalam rm60++.. akif skang dah minum 5-7 oz.. so, die akan marah kalo lambat tuang untuk botol ke2.....



skang, dah 2 minggu guna yg nih.. patutnyee jumpe yg nih dulu.. takpelah... syukur jugak jumpe... max die 7oz.. alhamdulillah..xpayah dah nak buat dlm botol lain, n baru letak dalam feeding bottle 30z tuh.. :) senang jee nk susukan akif,,,... taraaa...!~ yang nih pon rm60++..




cuma putingnyee kena beli yg lain laa.. beli yang bersudu. xingat.. dalam rm20 jugak kot..so akan jadi cam kat bawah nih..



ni lah botol2 yg akif guna.. :) harap dapat membantu ibu bapa yg anaknye cleft palate...
botol2 nih aku beli di butik anakku.. mahal sikit sebab botolnye lebih lembut n boleh dipicit..
akif minum 3 oz susu xsampai 10minit pon.. alhamdulillah..

ibu2 bapa2 yang alami masalah sama seperti akif boleh share dgn saya... boleh send emel to norina2202@gmail.com... anak adalah amanah berharga dari Tuhan. sayangi mereka..
p/s: akif adalah anugerah buat ibu yg amat berharga..love u sayang...

pic sumber dari pakcik makcik google..

Thursday, October 6, 2011

Tanggungjawab isteri..


Assalamualaikum..

Tadi godek2 mr google, tiba2 artikel pasal tanggungjawab isteri nih menarik perhatian aku. Banyak benda yang perlu aku pelajari sebenarnya..n sebagai perkongsian ilmu. nih ada sedikit sebanyak tanggungjawab isteri terhadap suami..
1) Melayan suami.
2) mentaati suami.

sebenarnya, tugas isteri ada dua aje. tapi, atas dasar melayan suamilah menyebabkan isteri masak, basuh baju, n lakukan kerja2 rumah untuk suami... n suami pulak, dah isteri lakukan tugas2 sedemikian rupa, bertimbang rasa lah..dan sama2 lakukannya.. :) like my mr bie. hehe :P

dan bila sang suami berkehendakkan makan sesuatu, isteri diwajibkan masak untuk suami.. inilah mentaati.. ape2 pon, bergantunglah pada budi bicara masing2. seorang suami yang baik pastinya dapat menilai setiap perbuatan isteri...

dan isteri niatkanlah... setiap perbuatan yg dilakukan adalah untuk mencari redha suami.. kerana bila suami redha pada isteri, barulah redha Allah datang..

dan, isteri wajib menjaga barang2 dan harta suami...banyak lagi yang perlu ku pelajari.. pasnih kena baca buku banyak2..

p.s: trying to be the best..insyaAllah..AMin. :)

Wednesday, September 14, 2011

Tips Untuk Suami isteri Baru Kahwin..

Assalamualaikum..

Rasa teruja membaca satu artikel ini. Kredit to http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/3580-elak-kesilapan-menjelang-pernikahan.html... anyway..banyak benda baru yang dipelajari. Sebagai pengantin yang masih baru (2minggu kire baru lagi kan?), masa mula2 kahwin soalan2 yg ditanya berapa hantaran, bulan madu bile..tapi ada tak yang bertanya, sudah bersediakah aku menjadi isteri? takde pon yang tanya persediaan aku itu..

buat bakal2 pengantin, this info really helpfull..dan ape yang ditulis benar2 membantu..insyaAllah. yang paling penting, sebelum tido jangan simpan marah atau gaduh2 dengan suami. bila bermasalah, jangan saling tuduh menuduh. tak salah meminta maaf dulu. dan, jangan menjangka atau berharap yang indAH2 selepas kahwin. Terimalah suami/isteri seadanya. saya copy paste artikel ini untuk bacaan bloggers(ade ke yang follow? haha) dan lebih untuk simpanan peribadi sebenarnya. :) enjoice reading.. :D



LARI DARI MASALAH

Ada lelaki/ wanita memikirkan, perkahwinan menyelesaikan masalah hidup. Sesetengah lelaki/ wanita menyangka, sesudah berkahwin sudah tentu akan bahagia selamanya.

Umpamanya wanita yang terasa dikongkong oleh ibu bapa, mungkin menyangka dengan berkahwin, akan menjadi bebas. Atau ada lelaki menyangka bila sudah kahwin, makanan, pakaian dan kediaman akan terurus.

Mereka kurang memahami bahawa perkahwinan adalah suatu alam istimewa dan amat mencabar di mana kemahiran tertentu amat perlu untuk mengendalikan khususnya tiga perkara : JANGKAAN & HARAPAN, KOMUNIKASI dan PENYELESAIAN KONFLIK.

Inilah antara punca banyaknya berlaku perceraian tidak kira apa juga bangsa dan agama sekalipun.

JANGKAAN & HARAPAN

Sebenarnya, perkahwinan hanya akan berpotensi untuk berjaya jika kita benar-benar berusaha ke arah itu. Jika jangkaan kita tidak realistik, inilah salah satu sebab berlakunya ketegangan serius yang mengakibatkan perceraian.

Renung dan insaf diri sendiri. Setiap kita ada banyak kelemahan dan kekuatan. Banyak yang perlu diperbaiki. Begitu juga bakal suami/ isteri. Jangan harapkan pasangan yang sempurna kerana hanya Allah sahaja yang sempurna.

Walau sesuci manapun niat kita dalam mendirikan rumah tangga, pastinya ada kekurangan di pihak kita dan suami/ isteri kita.

Apa kata kalau calon suami/ isteri ada sesuatu tabiat yang kita tidak suka umpamanya merokok atau kaki perempuan atau kaki judi? Di sinilah silapnya sesetengah wanita mengandaikan: kerana dia cintakan aku, dia akan berubah.

Kita tidak boleh mengubah diri seseorang. Kalau dia berubah kerana kita sekalipun, kemungkinan itu hanya bersifat sementara dan selang beberapa lama, tabiat itu akan diulangi. Lainlah ceritanya jika dia berubah kerana benar-benar taubat dan insaf.

KOMUNIKASI & PENYELESAIAN KONFLIK

Dua isu ini berkait rapat jadi eloklah dikupas bersama di sini.

Tanya diri sendiri: Adakah aku ada kemahiran komunikasi yang baik? Umpamanya jika berselisih faham dengan kawan atau adik-beradik, tidak puas hati dengan rakan sepejabat, bagaimanakah anda menyelesaikannya?

Adakah anda pandai menyampaikan ketidakpuasan hati anda ini dengan cara yang efektif? Atau anda lebih suka memendam rasa?

Kalau marah, adakah kebiasaan anda untuk tunggu dan tunggu sampai tidak tahan sehingga ia meledak keluar? Adakah anda seorang pendengar yang baik?

Ini penting kerana dalam perkahwinan, seringkali akan timbul perselisihan pendapat. Jika anda tidak cekap berkomunikasi, lambat laun perasaan ini akan terkumpul sehingga suatu hari nanti menjadi punca pergaduhan yang besar.

Pokoknya, jika tahu anda kurang cekap berkomunikasi, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memperbaiki keadaan ini. Maknanya WAJIB anda belajar mengatasi keadaan ini.

Contoh: Sesetengah wanita kuat merajuk, suka bermasam muka dan membatu apabila marah. Sebab sudah terbiasa dari kecil berkelakuan begini, tiada sesiapa yang cuba memperbetulkannya.

Apabila sudah berkahwin, marah dengan suami, dia akan bermasam muka dan mendiamkan diri berhari-hari. Suami pula menjadi serba salah, terpinga-pinga, tidak tahu apa silapnya.

Apabila sudah sering berlaku begini, tentunya akan mencetuskan rasa kurang senang antara kedua belah pihak.

Perlu diingat, sebaik-baik perkahwinan adalah di mana suami dan isteri saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Namun tanpa kemahiran komunikasi yang efektif, sukar untuk mencapai keadaan ini.

REALITI KONFLIK

Sebenarnya konflik boleh menjadi sesuatu yang positif atau negatif, bergantung pada reaksi anda terhadap konflik tersebut. Ia positif bila anda menggunakannya sebagai suatu batu loncatan untuk lebih memahami suami/ isteri anda.

Beberapa punca konflik rumahtangga termasuk:

1)Cara kita dibesarkan berbeza antara satu sama lain. Ada wanita dididik bahawa Rasulullah S.A.W menjahit baju sendiri, buat kerja rumah. Bermakna menyumbang bukan sahaja wang ringgit, tapi masa dan tenaga. Kahwin pula dengan lelaki yang tak pernah buat kerja-kerja ini; tak pernah tengok bapanya buat kerja-kerja begini. Perkara sebegini pun boleh menimbulkan konflik juga.
2)Pengendalian wang – belajar untuk bajet.
3)Mertua (termasuk ipar duai) – beri masa untuk mereka menyesuaikan diri dengan kehadiran anda. Untuk ibu dan bapa mertua khususnya, sukar untuk 'let go' atau melepaskan anak.
4)Seimbangkan keperluan anda dengan mertua dan keluarganya.
5)Luangkan masa untuk mengenali lebih dekat mertua dan ipar duai tapi jangan masuk campur perkara yang tidak membabitkan anda.
6)Ada sesetengah suami mewajibkan isteri untuk menziarahi keluarganya setiap minggu. Adakah ini wajar? Jika sudah tahu demikian, sudahkah diberitahu sebelum berkahwin?

TIPS BONUS

1)Banyak lagi syarat-syarat yang diperlukan untuk menjayakan sesebuah mahligai perkahwinan selain kasih sayang – sokongan, toleransi, kesabaran, kejujuran, hormat-menghormati, merendah diri, humour (maknanya mudah berjenaka dan jangan terlalu serius sentiasa).
2)Bayangkan bila sudah berkahwin. Bangun tidur orang pertama yang kita nampak ialah suami/ isteri. Jika ada masalah, dialah yang menjadi tempat kita mengadu. Pendek kata suami atau isteri adalah orang paling rapat dalam hidup kita. Itulah sebabnya seelok-eloknya kita persiapkan diri kita untuk menghadapi alam perkahwinan sesempurna yang boleh.
3)Perkahwinan ibarat menanam pokok. Selagi kita siram air, cukup cahaya matahari, baja, sihatlah dia. Jika diabaikan dan tersilap baja, pastinya layu dan suram tidak bermaya.
4)Berhati-hati apabila berkata-kata. Jadilah kawan yang paling istimewa untuk suami/ isteri anda. Terlalu ramai suami/ isteri yang tinggal sebumbung tetapi tidak berkongsi lebih dari itu. Cuba cari sekurang-kurangnya satu hobi atau projek yang boleh diusahakan bersama. Umpamanya kalau suka membantu anak yatim, usahakan ke arah itu. Atau minat kelas agama, mungkin boleh sama-sama aturkan satu program untuk surau berdekatan.
5)Mudah meminta maaf jika timbul ketegangan. Meskipun kita rasa bukan salah kita. Minta maaf dulu sebab seringkali kita tak nampak apa kesilapan kita (kecuali keadaan tertentu yang sudah nyata seperti suami mendera isteri).
Menghargai suami/ isteri. Jangan 'take for granted' perkara-perkara yang dibuat oleh pasangan anda, meskipun ia kecil.
6)Memahami lelaki dan wanita berbeza. Umpamanya lelaki, cari mentega dalam peti sejuk pun tak jumpa. Wanita pula sering sesat di jalanraya dan sukar membaca peta. Ini perkara biasa dan tak perlulah diperbesarkan!
7)Berilah masa untuk suami/ isteri masa bersendirian. Ada kala dia perlu masa untuk berehat, memikirkan masalah di luar yang tiada kena mengena dengan kita.
8)Jangan tidur dengan perasaan marah antara satu sama lain. Perlu diselesaikan segera.

Mudah-mudahan tips di atas menjadi sumber ilham kepada anda untuk lebih bersedia melangkah ke alam perkahwinan dan memilih cara-cara terbaik demi perkahwinan yang bahagia dan berjaya yang diberkati oleh Allah. Wallahua'lam.

p/s: Bila berkahwin, pelbagai masalah a.k.a konflik yang akan timbul.Buat persiapan mental menghadapinya..Berkahwin dengan orang yang kita cinta memang best, tapi yang PALING BEST apabila sama2 mengharungi dugaan, cabaran dan suka duka alam rumahtangga bersama2 hingga ke akhir hayat.