Monday, March 7, 2016

Semangat.. please come to me!

Assalamualaikum.

Masih menatap lappy kesayangan.. menyiapkan assigment kononnya.. tapi banyak mengarut je dari tadi. Allahuakbar.. dateline makin dekat dah nih.. May Allah ease my journey.. Tu lah, elok2 keje gedik nak sambung belajar.. nak wat cammana.. cita2 zaman kecik2 dulu.. zaman belajar kat seseri.. aim nak master before 30.. Amin.. Alhamdulillah dapat husband yang support.

Sem first, last year.. Alhamdulillah. dapat result yg ok. cuma rase sedih sebab dapat A-.. sebab 1.5 markah je lagi untuk dapatkan A. takpe, takde rezeki la tu kot. So, tepek result last year.. as my motivation gituhh.... perlu ke nak tepek result kat sini?? hahaha.. my blog is my diary right..



kenapa pilih Oum untuk belajar? kan mahal... the reason are.. oum ni fleksibel.. boleh pilih nak berapa subjek satu sem. yang kedua, lepas kire tambah tolak darab bahagi, if aku blaja kat ukm or upsi, memang kos belajar dari sem 1 sampai habis tu murah, tapi kalau campur kos pergi balik, tambang perjalanan, tido hotel (kalau xde tempat menginap), n makan.. much more mahal dari belajar kat oum. dengan penat travel lagi.. dan yang paling penting, oum je yg offer master of education di terengganu. kat unisza tu master tesl.. n husband aku bagi kebenaran untuk belajar dalam terengganu sahaja. Alhamdulillah, yang penting dapat restu husband. Thanks my dear hubby. selalu support dan sokong bini.. pencetus semangat. Alhamdulillah.

seriously, belajar zaman solo dan beranak dua + bekerja + mengajar kelas peperiksaan sangat2 lain.. sekarang double triple mencabar. sem 1 berjaya dapat result camtu sebab budak2 dah lepas upsr, then mampu buat assigment cepat. mampu buat 3,4 kali review dengan profesor.. tapi sem ni?? seriously rase nak nangis. dateline tinggal 4,5 hari lagi. tapi half baru siap.. xde review... kire wat assignment sesedap rasa.. xnak salahkan diri sendiri or orang lain.. tapi kelas tambahan petang, n malam dah start dari bulan 1. minggu ke dua persekolahan. sekolah kau hadoo? hahaha.. plus ada kids 3 years nih.. malam2 bangun 2,3 kali mntak dibuatkan susu. sib baik bagi susu jer terus lena.. berbeza dengan adik dia.. breastfeed lagi kan, 1year and 8 months ni.. kalau susukan die, konpem dgn aku skali tertido.. hahaha kat sekolah pon rasa berlari2 wat keje perkeranian. tu pon banyak yg x settle lagi.. aihh.. hahaa alasan...alasann...

aku xtau laa lecturer kat universiti awam lain cammana, sebab aku penah belaja kat ipg n matrix jer dulu. tapi untuk pensyarah oum ni, datang dari pelbagai universiti.. ade dari ipg, um, ukm, unisza, umt.. dll.. so pemarkahan dorang pon berbeza.. pendekatan pon sama.. ade pensyarah yg masuk je terus mengajar. ade yg suke bincang cara wat assignment.. ade je yg masuk bercerita aje. hahaha so, redho je lah..

kawan2 satu kelas pun beza2.. kawan ko maybe same batch, maybe senior or..maybe junior ko.. kerlas gitu kan.. haha tapi aku memang respek kat sorg classmate aku nih.. nampak humble giler.. 2nd sem sekelas dgn die baru tau.. rupenye dah ade phd dalam pengurusan pemasaran.. pensyarah umt n oum jugak. tapi saje2 sambung master.. ko rase?? pensyarah oum dah 7-8 taun gitu... kat umt lg lame kott... tapi mmg bg inspiration laa die ni....

setakat ni, aku memang buat kat sekolah hanya kerja sekolah.. kat rumah baru aku wat assignment dan belajar. wat assignment sentuh sikit2 jer.. bile sibuk sangat, memang selalu bawak keje sekolah ke rumah... tapi assignment xbawa ke sekolah pon.. JANGAN bagi alasan lagi. huhuh next sem kena amik 1 subjek je lah nampaknye.. sebab nak settlekan buku2 lupus kat spbt tu.. aku aim before june taun nih nak lupus semua.. Ya allah, please ease my journey.. Amin.....

doakan aku yek....

Thursday, December 31, 2015

Azam 2016

Assalamualaikum..

untuk azam 2016.. aku berdoa semoga KPI aku tercapai..

1) jadi isteri terbaik buat suamiku, masak dinner sekurang2nye 6kali semminggu.
2) jadi ibu yang baik .. lebih sabar dalam melayan maira n akif
3) jadi guru yang baik .. dapat sediakan abm yg bersesuaian utk anak2 murid kesayangan
4) kemas bilik spbt.. tulis stok 2014 yg ditinggalkan cikgu lama.. yg 2015 yg aku xsempat buat.. lupus buku.. kkemas kini bilik
5) jadi pelajar yang baik..hantar asgmt sebelum waktu or ontime.
6) jadi penjimat .. kecuali kalau e*as.. hahahaha :P
7) tingkatkan amalan2 sunat.. insyaAllah dipermudahkan.. harap dpt buat hari2.. bukan on off cam 2015..

moga urusan aku dipermudahkan.. Amin....

Memori 2015

Assalamualaikum.

Tahun 2015 meninggalkan banyak kenangan n memori yang tak terdugaa. Antara tugas yang dipegang tahun 2015 ialah:

1) Guru kelas tahun 3
2) Penyelaras SPBT
3) Penyelaras Sukan n Kelab
4) Penyelaras MBMMBI
5) Guru Tahun 6 (Math)
6) S/U kelab BI
7) S/U ICTL
8) S/U etc.. lupe.. :P

antara kejayaan yg dicapai taun nih..

1) 1st place action song PKG Bukit Besi
2) 2nd place action song district Dungun level
3) penyertaan Choral Speaking district level
4) ada 2, 3 anugerah guru..
5) jadi admin.. haha :P

antara memori yg xdapat aku lupakan

1) join seminar penyusuan
2) join seminar babywearing
3) peristiwa exam paper hilang. ( even dah maafkan die, but still aku akan ingat)
4) peristiwa hari guru.. main bola jaring x hingat,,... hahaha
5) too many to mention.. hahaha
6) study..

Alhamdulillah atas nikmatnye.. syukur sangat2..
moga tahun depan dipermudahkan... n dikurangkan beban tugas sebab spbt bru dpt taun ni.. mmg xwat lgsg lagi..

Wednesday, December 30, 2015

Tugas baruu 2016

Assalamualaikum.

for 2016.. pegang byk juggak jawatan.. lets count

1) penyelaras mbmmbi
2)pengerusi spbt
3)penyelaras kelab n sukan
4) pengerusi pbsm

6) s/u ppanitia bii
7)s/u kelab bi
8) s/u sal
9) s/u
10) s/u

lagi 2 xingat,.. hahaha nnti update

Sunday, December 13, 2015

Happy Birthday akif

Assalamualaikum.

Bersawang dah blog lame x menjenguk. Hahaha.. Actually.. Nak wish birthday kat Akif. Yang ke 3 tahun dah. Alhamdulillah. Besar dah anak ibu. Ibu proud of u akif. utk taun ni, ibu wat kek coklat pulak untuk akif. Nah hadiah birthday utk akif..


Happy birthday aakif sayang. Thanks kerana hadir dalam hidup ibu. Ibu buat kek untuk akif sayang. Moga jadi anak yang banggakan ibu abah. moga jadi anak soleh yang hafaz alquran. Moga akif jadi seorang abang yang penyayang buat adik2..Moga akif jadi kebanggaan ibu abah n keluarga kita. Moga akif diberi kesihatan yang baik selalu, dikurniakan kawan2 yang baik dan berjaya di dunia akhirat. Dibukakan pintu hati dan pikiran akif n jadi cendikiawan. Amin.

Walau kek ibu buat comot.. x cantik. ibu bangga sebab akif appreciate n makan kek banyak2. haha love u sayang..

Friday, April 10, 2015

bURN Out?

Assalamualaikum.

Apa itu burn out? pakcik googlee cakap, 
  1. "Burn out adalah istilah psikologi yang digunakan untuk menggambarkan perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan tenaga dan kemampuan seseorang. Istilah ini pertama kali diperkenalkan oleh Freudenberger pada tahun 1974."

i think its happend to me right now. Utk hem, pegang penyeleras spbt. ok lagi. utk koko, jadi penyelaras kelab n persatuan, su kelab bahasa inggeris. rasa mampu lagi. utk akademik nih payah nak cakap. Pegang kelas, penyelaras mbmmbi, su ictl, su sal, mengajarr year 6, kelas ptg malam lagi..?  oh.. i cant do it anymore! need a fresh environment.

oh. ini bukan complaint. tapi lebih kepada meluahkan perasaan. takpelah, buat setakat termampu. for action song this year.. tried to come out with new song. xde komposer dah, kena guna audacity unttuuk cut n sambungkan laguu. i do my best. insyaAllah..

this year isi egtukar.. bukan sebab xsanggup nak pikul tugas2 tu..tapi not feel happy there. not find love anymore. so,.. berhijrah lah. harap2 dapat. Amin..

Friday, March 6, 2015

Harapan

Assalamualaikum.
Semua orang ada harapan kan?
Rasa sedih bila harapan tak jadi kenyataan.
Really.
Apa2 pun..
Harapan akan jadi kenyataan jika ada usaha
Usaha..!~

Sebab Allah Sayang Kita...

Seorang anak kecil bertanya kepada ibunya..

Anak: Ibu kenapa kita miskin?
Ibu: Kerana kemiskinanlah kita menjadi manusia yang kuat dan cekal untuk menjadi lebih baik di masa hadapan. Kerana kemiskinanlah kita jadi hamba yang lebih dekat padaNYA.

Anak: Ibu kenapa kita perlu sakit?
Ibu: Kerana manusia kembali ingat pada Tuhan sesudah ditimpa sakit. Tapi bila sihat manusia tidak berterima kasih pun kepada Allah S.W.T memberikan dia kesihatan yang sempurna.

Anak: Ibu kenapa kita perlu merasa lapar?
Ibu: Kerana kelaparan mengajar kita untuk bersabar, sesudahnya kita tahu rezeki yang kita makan itu semuanya datang dari Allah.

Anak: Ibu kenapa kita menangis?
Ibu: Titisan airmata itu hakikatnya memberikan kita satu ketenangan kerana kita akur bahawa air mata itulah tanda kelembutan hati hamba-hambaNYa.

Anak: Ibu kenapa kita perlu marah?
Ibu: Kerana manusia yang marah seharusnya beristigfar dan kembali ingat bahawa Allah sayang hamba-hambaNYA yang bersabar. Justeru kita kembali ingat kepada Allah... ... ...

Sambung Ibu kembali,
Ibu: Sesungguhnya apa jua yang berlaku dalam hidup kita,susah atau senang.lapar atau kenyang,gembira atau menangis,suka atau marah,semuanya mengingatkan kita satu perkara.Sebab Allah sayang kita...

p/s: so...jangan persoalkan kenapa ade manusia selalu sakit, kerana Allah sayangkan die..

Monday, March 2, 2015

Its A Work Team!

Assalamualaikum.

Diari online memang tempat untuk meluahkan perasaan.
Oh, sangat sedih!
Sangat terasa!
Rasa my hard work is not being appreciate.
Its Ok!~~

Memang bukan my style kot ..
Wat latihan wat hiasan kelas nak publish..
Bila dah siap, nak publish pon oklah,
Kalau masih dalam proses.. its no so me!!

Payah jugak.
Its being MARK in our head that
A is bla bla bla..
B is bla bal laa..
C is bla blaa blaaa...
Hmm.. dont be a judge,
Its enough just Allah being a jugde,

Whats im working for is Lillahi Taala.
But bila dicakap tanpa usul periksa,...
i feel very ************..
not a word can describe.,

this year nak move out.
Pindah.
Cari tempat baru.
Rasa xseronok dah.
bye2..

Saturday, February 28, 2015

My Breastfeeding Journey

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Syukur masih berkesempatan menghirup udara pinjaman dariNya. Dah 28 Feb hari nih, penghujuung Februari. Cuaca makin panas, so kena banyakkan minum air. Maira alhamdulillah, dah baik dari selsema n batuk. Baru menyusuu dengan banyak. Musim skang nih kan. 3 malam dia merengek nak tido berdukung. Babywearing made it easy. But, sakit pinggang jugak tido sambil duduk nih. 3 malam kot. Nak bulih ke besar anak2, macam tu lah. Nanti dah 1 year insyaAllah makin ok. Thats how our parents threat us yesterday.. so love them!

Dah anak dua, Alhamdulillah syukur sangat diberi keizinan dan rezeki dariNya untuk still breastfeeding anak. Memang xsusah, n bukannye senang nak continue. It need support from husband, family and yourself. Gagal sekali bukan gagal selamanya. So, today aku nak review breastpump yang aku penah guna. review Breastpump anakku manual, breastpump autumz marvel single pump, breastpump spectra 3 and breastpum spectra m1. also  review freemie too.

Review breastpump
1) Anakku manual breastpump
 Its a manual breastpump. So memang kena ade kekuatan tangan untuk pam. Bagi aku yang manja nih, memang xsesuai sebab tangan ku xkuat untuk pam. Lenguh. hehe. Suction best. Penah dapat 5ox 30minit pam dalam keta. Nih first pump aku. Sebab xtahan lenguh, aku beli eletcric pam. yang nih rm50 je beli kat anakku. 2012.






2) Marvel autumz single electric breastpump
 Bermula lah sejarah gune eletrik breastpump. Harga dalam rm300 lebih kot. Beli tahun 2012 di manjaku kemaman. Boleh guna bateri dan plug,Maybe sebab first time, suction rase sangat kuat walau dah setting 1 level. n nipple crack jugak. Sangat sakit bagi aku. and tak lama pon guna, dalam 2 - 3 weeks kot. Rosak. Sebab jatuh. And bila tunjuk, dia kate xdapat nak claim warranty. So sad.. :( Yang tak best pam nih, sebab single. Nak pump amik masa jugak. 1 belah 15min.. dua2 belah dah 30min..



3) Spectra 3 Double BreastPump
Aku beli tahun 2012. KAt onebabyworld.com.my. Masa tuh aku beli 1pakej rm388. Sangat2 murah. Macam2 freegift dapat. Dan, bagi aku sangat berbaloi sebab masih ok sampai skang. Suction best. Heavy duty dan lasak. Aku pam 8-12kali sehari. SO memang superrb la. Sangat recommended. Tapi tak best sebab gune plug jer. Kalau nak travel payah sebab nak kena cari plug untuk pam. Seriously, kalau spectra 3 nih boleh gune bateri mmg best sangat lah. satu lagi, level die kena pulas, kalau terlebih pulas mmg sakit ooo.. :P 2015, skang jadi standby breastpump.

4) SPectra M1 Double Electric Bp
 Untuk tahun 2014, aku beli spectra M1 sebab jatuh cinta dengan brand spectra. Masa tuh aku tak tau nak amik Malish Ilaira or M1. Tapi aku stick dengan spectra brand. Yang best, ringan, kecik dan senang untuk travel. sebabnya? rechargeable battery. Cam hp lah, charge dulu. dalam 45min-1jam dah penuh, Off kan plug n guna. Setakat nih, boleh 3kali pam untuk 30min 1sesi. Suction best, lembut dari hisapan baby. Parts pon xbanyak untuk basuh. Yang tak best, M1 nih sensitif sikit. 3 bulan guna dah g klinik Histopoint pon. Charge lebih 2jam. So charger /adapter rosak. Yang lain best, cume itu je lah. Skang pam 3x sehari. Sampai skang ok. M1 nih medium duty. So tak boleh lasak sangat.

5) Freemie cup collector
 Nak pam freehand? Alhamdulillah. Berbaloi rasa beli set freemie deluxe. ade corong 25mm dan 28mm. Kalau guna spectra, kena guna 28mm corong. Skang, dengan dua anak memang semua nak kena wat cepat. Supermom kononnya. Sambil pam berfreemi+m1, boleh buat macam2. Asal xmembongkok ye u'olls. Pagi2 bangun kul 5.30 pagi. I freemie dan masak bubur utk maira. maira dah 7mo. So dah bekal bagi bubur dah. Siap masak bubur, siap pam. Dapat 10-13oz.. Tengok atas rezeki utk maira. Time penat 2,3 hari nih dapat 5oz jer. Alhamdulilllah. Syukur. Rezeki untuk maira. Susu kan kua ikut hormon n mindset. bILA badan penat, stress dgn kerja.. so susu pon dapat sikit. sebabtu bile pam, try kosongkan pikiran n ingat anak. InsyaaLLAH LDR cepat je. heheh Oh harganya rm279. 1cup boleh tampung 8oz.. so 2 cups dapat collect 16oz.

Bagi aku, xkisah kot habiskan duit untuk breastpump, botol2.. untuk breastfeeding. Susu ibu hak anak. Sesusah mana pon, insyaAllah dipermudahkan. Mintak restu n support suami. Aku motivated tengok stewardess, doctor2 yang still breastfeeding anak walau keje xmenentu. N mostly doctor n nurses yg aku kenal yg support breastfeeding n still breastfeeding anak, gune freemie nih utk collect susu. So when visit patient boleh laa pam..Gitu. Bukannya tak mampu nak beli fm, tapi every parents want the best for their babies,..right? Aku xcondemn ibu bapa bg fm kat anak.. sebab akif pon aku bagi fm after 6mo.. Mase tuh aku xkuat. So, for now.. Aku bangkit dan xnak buat the same mistake.InsyaALLAH. MOga dipermudahkan breastfeeding maira until 2 years. AMin..

n satu laagi. jangan pam lebih 30min yek. Takut tisu2 kat situ rosak. dah kalau power pumping 1jam tuh cammana?? Power pumping kan 15 min pam, 10min rehat, 15min pam, 10min rehat, 15 min pam. So.. ok jer.

Thats all for my review. Thanks for reading mama.. Happy breastfeeding. May Allah ease our journey.


Saturday, February 7, 2015

Cara menjaga bayi cleft

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih diberi nikmat olehNya untuk terus menaip dalam diari maya. Actually, syukur sangat Akif dah 2years 2 months old and Maira dah 6 months 2 weeks. Rasa cam tak percaya dah melalui saat2 getir melahirkan dorang. Alhamdulilah.

I got a few email recently regarding parents got baby cleft. Ada yang tanya cara menjaga baby cleft nih. ada yang lahir-lahir dah tahu, ade yang 2 weeks after lahir baru tahu baby dorang cleft palate. Penah terbaca dalam paper, dah 4 bulan baru tahu baby mereka ade cleft palate. sebenanrnya ada beberapa cara untuk kenal pasti baby cleft.

1) Berat badan turun. - baby cleft palate susah nak menghisap susu dari botol atau nenen sebab palate yang berlubang. So, berat akan turun.
2) keluar susu ikut hidung - palate bersambung dengan hidung. kalau nampak susu keluar ikut hidung, try check palate die sama ada normal atau berlubang.
3) Kerap nangis. - Baby cleft mudah perutnya masuk angin. sebab tu baby banyak nangis. Sebab nak bagitahu yang mereka tidak selesa. Kan medium perckapan mereka gunakan tangisan. So, tuam guna tuungku baby dan tiarapkan dorang bagi selesa. buat senaman kayuhan basikal pon takpe.

My first son ade cleft palate. So, rasa sama jer menjaga Akif dan Maira. Cuma perbezaan dari segi feeding susu jer. N satu lagi akif suke nangis sebab kembung perut dan selsema. Yang lain sama sahaja. kalau nak feeding susu lina suggestkan spoon feeding. Lina tak penah gune yang clapam jual tu. sebab tak tau nak beli yang mana.

Donts:
1) jangan bagi baby hisap dari teat yang normal cam baby normal palate yang lain, Kesian kot, cam hisap straw berlubang.. Penah try hisap? Susah nak sedut air kan. Gune banyak tenaga. Sebab tu berat badan akan makin turun. dan after operation mmg doc akan suh gune botol bersudu. at least 2 bulan.
2) Jangan malu. Jangan stress. Sebab emosi ibu bapa memang baby akan rasa. Redha. Palate kan be repaired. Anak anugerah Tuhan yang paling bermakna.
3) peduli apa orang kata. Kenan lah, tak makan vitamin lah. Apalah. Orang sedap je cakap kan. Tak tahu kite sebelum preggy lagi dah amik asid folic bagai. so, bersabar ajalah. Anggap ujian Tuhan buat kita yang kuat. InsyaAllah..

p/s: Moga urusan kita dipermudahkan. Kita ibu bapa terpilih untuk baby camni. Jangan sisihkan mereka, jangan stress. InsyaAllah besar nanti dorang akan jaga kita macammana kita jaga mereka. Amin.

Ibu sayang akif.. :)

Akif yang suke main  lego.
Akif yang suke selerakkan selimut. Haha.

Saturday, December 13, 2014

Selamat Hari Dilahirkan Thaqif Iman..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Syukur.. pejam celik pejam celik dah 2tahun usia AKif. Sekarang banyak keletah, kerenah dan telatah Akif yang comel2. Ibunya kan, mestilah selalu puji anaknya. Walau orang dok kata Akif buas, aku xkisah. Asal dia aktif sudah. Ada yang cakap Akif hyper..tapi bagi aku tak. Bila bagi lego ke, die dapat tumpukan perhatian untuk bina anything within his imagination until 1 hour or more. So, dia memang jenis aktif, not hyper.. :)

Now ibu stay up buat kek coklat cheese untuk akif. Nanti nak wat toping n decorate setakat termampu. Sok sayang potong. Ibu minta maaf sebab xpenah wat majlis untuk sayang. InsyaAllah bile sayang besar sikit ibu buatkan ye.. InsyaAllah. Ibu love you more everyday.. hehe

Selamat ulangtahun yang ke2 sayang..Ibu doakan sayang sihat sentiasa, berjaya di dunia dan akhirat. dipermudahkan urusan, diberikan rezeki yang melimpah ruah, isteri yang solehah dan anak2 yang baik. Amin. Ibu sayang akif sangatt2, Tak sangka we have face evertyhing together. Akif sayang n jaga adik Maira yek..  Love u both

Tuesday, December 9, 2014

Ada apa dengan Babywearing??

Assalamualaikum..

Tup tap tup tap.. dah banyak hari xupdate.. sepanjang cuti skolah ni, aku ade ikuti kursus babywearing n asas penyusuan susu ibu. Alhamdulillah... banyak info yang aku dapat.. tapi paling best bagi aku opkoslah... babywearing.. Aku start dengan ring sling jumpsac rawsilk.. letgo yang tu, aku beli jigsaw iris saiz m brand daeisu.. tapi aku rasa tail panjang. ingat nak letgo jugak.. iso aku daiesu kejora maroon. insyaAllah... aku dah p,o.. memang seronok sangat babywearing. Asal maira dok dalam sling jer tido.. jarang2 die bangun tengok keliling. best sangat kot dapat rasa dekat dengan aku. uuhuhhu Alhamdulillah.. hubby aku nampak cam dah teracun. nih gara2 akif yang berlari ke sana sini sepanjang away day PET ICT kat tok aman bali. Thanks to u akif.. hahah meh nak tempek pic carriers.. as my memory..

nih first wrap aku.. jenama yaro sling beli kat fb baby v.i.b.e.s. yang nih colour turtle black. mula2 sampai memang jatuh cinta dah. kaler amat2 cantik dan looks ekslusif.. :)


first ssc from big eyes shop. aku dapat slot hari tu. saiz toddler.. pasnih akif tak boleh lari2 dah. warna green kawai owl.. sangat cantik n stunning bagi aku. hubby pon dah bagi green light utk jadi kepunyaan nih.. alhamdulillah.. teracun sudah!~



nih jigsaw iris saiz m. better aku gune saiz s kot after this. huhuh.. see, maira akan tido jer.. masa g tok aman bali pon aku dapat makan dengan aman sebab maira tdo je. HIkhikhik... sian si abah yang berlari2 kejar akif. tak dapat makan dengan aman.

ada ape dengan babywearing? it makes u close with ur baby. bonding time. rasa suka sangat bile dekat dengan maira.. xyah susah2 tolak stroller masa beli barang. always in front of me.. nampak je depan mata.. syukur sangat yang 2nd baby nih jumpe benda alah nih. Alhamdulillah..

anyway.. good bye yaro sling. share your love with sweet mama.. try sekali jer... :(


Friday, November 7, 2014

Jumpsac RawSilk

Assalamualaikum..
Hari tuh aku dok bising nak beli carriers.. alhamdulillah. Dah sampai satu kat umah. Kaler sangat stunning n the material is good. Mayra can sleep comfortable in there.. Aku beli ring sling rawsilk jumpsaac. memang dah jatuh cinta dengan ring sling skang nih.. ape2 pon. i should say good bye to rs rawsilk.. sebab teringin nak try wrap plak.. for memories, aku spam 2 pic jumpsaac. my 1st carriers.. :)


Good bye dear to a new home.. a sweet mama will take care of u. :)

Tuesday, September 30, 2014

ergo.. boba 4g or snuggbaby??

Assalamualaikum..

adoyaii.. skang berpinar2 biji mata n akal dok pikiaq nak yang mane.. mula2 nak ergo,.. tapi sejak kes budak jatuh dr fergo.. takut pulak terbeli yang tu.. bile research teringin nak beli boba4g.. tapi bile search lagi rase cam nak local maker je yg buat.. cam snuggbaby ker.. neezaneedles ke kan.. keliru betul.. tengok sume cantik2.. huhuh reason nak beli ofkoslah.. nak kendong n dakap anak selalu.. since im so crazy about bf.. so ingat boleh df skali while gendong anakkan.. heheh senang skit nak wat housechores while gendong anak nih.. still dilemma..nanti update laa aku beli yg mane.. huhuh kena istikarah dulu...

update..
3 march 2015..
tengah main kutu untuk tula standard kat sentuhan qaseh ibu .. :P hahaha

dah dapat slot dari big eyes shop. that one aku choose toddler size..

kena racun kuat dah akuu

Sunday, September 28, 2014

2 bulan dah!~

Salam..

Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah 60hari aku bercuti.. tinggal 30hari je lagi... cepatnye masa berlalu.. maira pon dah besa.. macam2 expression dah boleh buat.. huhuh seronok sangat dapat baby girl.. lembut n manja jeer... maira jenis xsuke nangis.. sekali sehari nak nangis pon susah.. kadang2 ibu nakal nak maira nangis.. saje tinggalkan depan tv sorang2 n ibu wat keje kat dapur,.. dengar maira nangis baru ibu temankan maira kan.. hehhe seronok sangat.. the moment yang paling ibu suke bila bf maira.. suka tengok tangan maira genggam baju or kain ibu.. satu tangan lagi genggam tangan ibu,.. maira tengok n renung mata ibu.. terasa sangat bondingnye.. i love u sayang.. paling best maira nangis nak pergi kat ibu.. xnak dok dengan orang lain.. heehhe u make me so special dear.. maira membesar  jadi sihat kuat n solehah yek sayang..

sepanjnag 2bulan akif dah dapat adik.. alhamdulillah.. nampak sangat die sayang adik die. if adik nangis dalam baby cot... akif akan lari2 panggil aku kat dapur gtau.. huhu so comel la akif nih.. akif memang jenis kasar.. tau die nak pegang n gosok2 adik dia.. tapi kasar la cara gosok tu.. takpe.. akif practise banyak2 lagi ye sayang.. hehe akif slalu tunjuk kat ceiling n gtau ada cicak.. comel sangat. heheh skang kalo nak marah akif, jegil je biji mata n die akan nangis.. dah jadi manja dah anak ibu,.. akif nih lasak sangat.. aktif.. huhuh tak terlayan. tapi sib baik abah die rajin melayan.. sebab tu melekat dengan abah je kan.. masa 2nd day abah outstation dok sebut abah jer kan.. sian anak ibu rindu abah,, hehe 

alhamdulillah.. syukur sangat dapat 2 permata amanah allah nih.. moga dua2 anak ibu sihat yek sayang.. love u all

Monday, August 4, 2014

Imanina Humaira.. Welcome!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Tanggap 27 Julai 2014, pukul 10.01 pagi Humaira dilahirkan di hospital Pakar MUIP, pahang. jauh nau nauuu g beranaknya.. :)

26 Julai 2014, pukul 1 tengah hari dah start rasa contraction. Ibu install application contraction timer untuk set masa kontraksi.. Hasilnya, selama 2 jam, kontraksi setiap 5-10 minit. Ibu dah agak Humaira akan kua. Tak malam nih, mesti esok. Ibu ajak abah g klinik swasta check bukaan, sebab ibu ade rasa ngilu2 kat pintu. tapi bila g check, doc tuh kate tak terbuka lagi jalan. Ibu rasa pelik. Tapi, dah decide if malam sakit jugak, ibu nak ajak abah g kuantan.

Malamnya, lepas abah berbuka puasa kat umah tokki Kemaman kita bergerak ke kuantan. Masa kat sungai ular, memang jammed jalan dari Kuantan - Kemaman. yelah, hari orang nak balik raya kan. Nasib baik jalan Kemaman-Kuantan clear. smooth jer. :) Masa sampai kat hospital pakar dalam 9malam lebih tuh, ibu dah cuak sebab awak tiba2 tak buat kontraksi lagi. Cam normal  balik. Dr Ayu yang ibu dah booking plak cuti raya. Nurse start check BP ibu, heart beat awak selama 20 minit. Pastu dr Noraziana plak datang  check jalan. Ibu dah cuak, kalau jalan tak terbuka takkan nak balik Terengganu balik. Ye lah, jammed tuh.. :( Ibu pulak dah tak rasa sakit. tapi Dr gitau, jalan ibu dah buka 3cm. Maybe malam nih awak lahir,tuh yang Dr gitau ibu.

Ibu kena duduk atas wheelchair, prosedur katenya. haha, gelak2 ibu sebab dah tak rasa sakit. siap request dengan doc g jalan2 dulu. Ibu g makan dengan abah. Ibu "kerkos" air batu banyak2.. nanti nak kena pantang dah kan.. Abah jeling2 ibu wat tatau jer.. eheheh malam tuh masa tidor, ibu dapat rasa kontraksi. Tapi sebab ngantuk sangat ibu xlayan. Ibu tido jer.. Hahaa..

27 Julai 2014, lepas solat Subuh nurse datang check heartbeat Humaira. Dr Noraziana datang check bukaan jalan. Masih 3cm. Cakap lemah lembut jer doc nih. Check jalan pon tak sakit sangat sebab dibuat dengan lemah lembut. Siap mintak izin untuk pecahkan air ketuban. dah pecahkan, ibu dipakaikan pampers. haha, masa nih memang ibu rasa nak gelak jer. Ibu diberi bubur nasi as breakfast untuk dapat tenaga teran nanti. Dah 8.30pagi, ibu disorong masuk labour room.

Masa nih, memang rasa kontraksi. Sakit sangat. Ibu cakap2 dengan Humaira. Mintak Humaira kua cepat2. sebab esok kan dah raya. Humaira dengar cakap ibu. Bagus sangat Humaira. Ibu bangga dengan Humaira. tak Sampai 1 jam bukaan dah 8cm. Ibu mintak Humaira kua bila doc sampai. Ibu takut sangat bila nurse gtau Humaira dah poo poo dalam perut ibu. Ibu mintak Humaira jangan makan najis. Nanti lama kita dok dalam wad. Abah tak putus2 bagi semangat kat ibu. Ibu sakit sangat..

Alhamdulillah. Doc datang jer, Humaira kua. Ibu perasan kat punggung Humaira ade najis.Syukur sangat2..  Humaira selamat. Alhamdulillah. Masa ibu dakap Humaira, hilang rasa sakit ibu. Dah siap jahit, ibu diberi minum milo panas. :) Kul 6 petang, kita dah kua dari Hosp Pakar tuh.. Terima kasih doctor Noraziana, nurse2 yang sangat baik dalam labour room, yang bagi banyak tips, sabar melayan setiap soalan from us..

Imanina Humaira.. Ibu abah n abg akif love u so much. Jadi anak solehah ye sayang.. AMin.

Tuesday, July 15, 2014

Ramadhan 1435H

Assalamualaikum...

Bersyukur sangat2... masih lagi mampu berpuasa untuk hari yang ke17. :) posa penuh insyaAllah.. kalau baby xkua lagi lah kan.. kalau baby nak kua awal, tinggal jugak.. hehehe.. syukur sangat2.. skang dah 36 weeks.. aku dok gosok baby mintak kua 37 weeks.. comei jugak date 21 july kan? heheh sebabnya?? aku rasa xlarat dah nak bawak perut.. kikiki xelok betul alasan.. sebenarnya.. i just cant wait to see my baby in my tummy.. thaqif iman pon hari2 dok gosok perut aku..tau lah tuh ade adik dalam perut.. kikii

akif membesar dengan sangat cepat. dah pandai sebut hujan, burung, meh, ayak (air).. dah ade kemahuan dan keinginan sendiri.. so clever! ade je tingkah laku yang mencuit hati aku n suami... we love u very much dear!~ dont worry k.. adik kua pon, ibu abah still sayang akif.. malah bertambah sayang sebab akif pandai jaga ibu adik n abah.. hehe

sekarang nih, suruh jer akif wat ape die buat.. die paham ape yg aku suruh.. letak gelas dalam sink.. berlari g letak.. hahah buang sampah dalam tong.. berlari g buang... so clever!~

selamat berpuasa semua!~

Monday, April 7, 2014

Alhamdulillah..

Assalamualaikum..

Happy sangat2 hari nih.. kerja keras English team berbayar hari nih. Action Song, Public Speaking n Story Telling dapat pergi ke district level.. im so happy.. sume dapat no 2 untuk PKG.. harap2 berjaya ke state level.. Amin.. Lepas nih akan work hard for choral speaking plop.. So happy have team like Kakje and Kaksa.. i learnt a lot of things.. :)

Pagi tadi dengar GB mengomel kat PK KO about certain teachers dont want to send participants for any competitions. i just smiled because everyone have their opinion. i like to involve in competitions, so thats why i give contribution in that field. murid2 pon dapat pengalaman baru yang akan help dorang bile besar n temuduga nanti.. it can build their confidence level kan.. n yang paling penting... walau gaji rm2000.. tapi bekerjalah cam gaji dibayar rm3000... sebab tuh sume keberkatan...

May Allah ease our journey.. Amin..

Wednesday, March 26, 2014

Ciri Pengasuh untuk bayi cleft palate!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. akif membesar dengan baik. sangat aktif, periang dan suka lari2. walau ibu abah kadang2 xlarat nak kejar, tapi ibu abah bahagia tengok akif gembira camtuh.. semua jadi mainan dia. akif dah 1 tahun 4 bulan skang. buat macam2 bunyi pelik. cakap bahasa scottish ker, jerman ker, japanese ker.. ibu pon xtau,, hehe but im happy look at him.. :) anak soleh ibu kan.

for your information, aku n hubby dua2 keje. so, seorang pengasuh memang diperlukan. nak hantar taska xtau dilayan ke tak kan.. sebab anak2 cleft nih special skit cara minum susunya. yang lain still sama,, :) akif dah bertukar 2 orang pengasuh setakat ini. pengasuh lamanya tak pandai bagi akif susu guna spoon feeding bottle yg aku sediakan or akif yang tak nak minum dengan dia... wallahualam.. bile korang rasa anak makin kurus tuh, means cepat2 cari pengasuh baru. takpon, kalau anak 3hari berturut2 kembung perut n minum susu yang sepatutnye 5x sehari menjadi 5x ms korang ambil sampai hantar ke pengasuh keesokannya..(xsampai 12jam laa tuh menyusu 5x). lapo punye kes...

so, ciri2 pengasuh untuk bayi cleft palate..
1) pandai guna botol susu untuk bayi cleft,.. sebaiknya suh die bagi susu kat anak depan korang sebagai test.. baru korang akan senang hati nak tinggalkan anak n bekerja dengan aman.

2) faham anak korang cleft.. n tak sumbat botol puting biasa selagi operation xdijalankan.. lepas operation palate amek mase 2 bulan jugak baru boleh bagi botol puting biasa...

3) faham pekerjaan korang. cam aku keje gomen.. ajar tahun 6.. ofkos balik lambat sebab ade kelas tambahan. kalo agak2 pengasuh tak faham, cepat cari baru ajer..

4) tak berkira.... maksudnye korang boleh mintak tolong untuk jaga anak bile korang terdesak. contohnya, nak jaga mak kat hospital, pengasuh xberkira jaga sampai malam...

tuh jer tips pengasuh dari aku buat sementara waktu nih... memang sebagai ibu, aku cuba ambil akif secepat mungkin. rindu weh dengan telatah comel dia.. ibu love akif so much!!~