Assalamualaikum.
Tak sampai 24 jam.. tapi rasa di dalam nih membuak2. tesis yang nak dibetulkan tak abis2 lagi nak dibetulkan. sebab mood tak de. mood aku terbang ke DULANG...bersama en hubby aku. Oh si suamiku, cepat2lah balik ke darat ok.. menunggu panggilannya, takde. Maybe susah nak kol kot. Bila online..line internet kat sane putus2.. Hope si suami balik cepat2 yek.. Kalo tak boring pulak cuti kali nih si dia tiada di rumah.. :(
p/s: takde mood nak bercuti.
Showing posts with label Cerita Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cerita Cinta. Show all posts
Thursday, October 20, 2011
Sunday, September 25, 2011
Indahnya Weekend..
Assalamualaikum..
Walaupun penulis tak dapat wat apa yang dah dirancangkan .. (sebab kita merancang, Allah menentukan..-ayat klise!~) haha.. tapi amat2 menggembirakan penulis.
Hari jumaat memang penuh jadual sebagai wife... membasuh bj, mengemas, iron baju2 suami, lyn makan.. (semua baju kerja dia diiron, kesian kat en Suami selama ni buat sendiri)
dah petang baru penulis berkesempatan untuk berehat..
ingatkan nak ajak en Suami ke panggung..
sebab tengok thriller Bini2ku gengster cam best..
Rupa2nya en Suami dah wat plan lain..
Dia nak ajak penulis mendaki bukit untuk ke rumah api..
Sedey jugaklah, sebab penulis dah prepare pakai maxi untuk tengok wayang..
Last2 mendaki ke rumah api..
Walau apa2 pon.. rasa seronok mendaki bukit tersebut..
mendaki sambil berpegangan tangan.. memang syiok!~ hahaa
en Suami suka sakat uncle yang lagi muda dari penulis, muda 2 tahun..
dia kata..
"Cham, pas kahwin ko jangan nangis kat tepi katil sebab rasa rugi kahwin lambat:P"
haha..kelakar ok statement en Suami..
Masa pergi dengan kereta, balik naik motor uncle die..
Tapi, bukan naik dengan uncle die ok..
mestilah dengan en Suami..
Siyes, tak pernah naek motor RXZ dengan sape2..
Penulis hanya pernah naik motor biasa dengan kawan2 perempuan, atau dengan keluarga penulis sahaja..dengan sepupu lelaki pon xpenah..
dan first time naik dengan suami, naik RXZ, dengan tak pakai helmet, dan xpenah tengok dia bawa motor memang buatkan penulis gerun..
But, en suami cakap dengan penulis.. "Trust me"..aececece.. speaking lak. Haha :P
En suami lagi suka takutkan penulis, bawa motor ke kiri ke kanan..
Bile dah sampai, en suami kata kat penulis..
"Patotlah lelaki suka bawak awek dia naik motor dan bawak laju2"...smbil senyum2..
dan muka penulis dah rasa hangat dah. :P
dan en Suami kate, die rasa beruntung sebab kahwin awal..boleh bawa wife die nih naik motor.. haha.. pasnih dia kate nak beli motor lah.. oh tidak!~
Apa2 pun.. cam cakap en Suami..
"beruntunglah kawin muda, sebab dapat elak maksiat..
Tapi merana jugak kahwin muda, jika tak cukup persiapan dari fizikal, mental dan kewangan..
Tepuk dada, tanya diri sendiri.."
p/s: sedeynyaa tak dapat tengok Bini2ku gengster.. :(
nota kaki: Entry ini hanya berkaitan dengan diri penulis dan insan2 seperti yang dinyatakan di atas sahaja.. tiada kena mengena dengan orang lain. Harap Maklum. Penulis meminta maaf jika menyentuh hati mana2 pihak. Terima kasih.
*update
Tuesday, September 6, 2011
Dapat Mc 2 haRi..
Assalamualaikum..
Alkisahnya bangun2 penin kepala semacam, berat je rasa.
Nihlah akibatnya tak tido lena selama 3minggu.
Sebab Mr. Bie dok berleter, lastly decide ke klinik.
Then, doc bagi mc 2 hari.
Doc kate saya tension. Doc suh rehat.
Tapi rehat tak rehat jugak, cuma tak g kelas aje.
sebab there is too much things to do..
p/s: when everything settled kite g honeymoon yek Mr Bie. Sori... coz xdpt cuti panjang. Bulan 11 nanti dah abes blaja..kita g mane2 aje ok. :D
Monday, September 5, 2011
Kisah Cinta Sampai Syurga
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..dengan sekali lafaz, aku dah sah menjadi isteri orang pada 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal 1432H, hari Khamis. Majlis yang sederhana berjalan lancar. Syukur sangat2. Buat Family, kakmin n abg d yang bertungkus lumus membantu dari 3bulan lepas sampai sekarang, terima kasih banyak2 diucapkan. Tak lupa buat kakdah n abg man, abg v, dikwan, mokde n family, kakzah n abg ayik..terima kasih jugak. Tanpa bantuan korang rasanya majlis takkan berjalan lancar. Buat photgraphers..thanks ok. Harap segala kekhilafan yang berlaku sepanjang majlis harap dimaafkan... doakan agar Kisah Cinta Lina & Lee sampai syurga..Amin. :D
Ok, buat kawan2 yang tak dapat datang, maklumlah cuti raya, nih ada beberapa pic yang aku suke. enjoice...

Pakai stokin untuk upacara akad nikah..
Hepi je dah jadi bini orang.
Thank mR. Bie sebab sudi pikul tanggungjawab atas saya.
Outdoor photography kat Tasik Puteri, Bukit Besi.
Sori buat kwn2 yg dtg lebih dari kul 3ptg tengok2 pengantin takde,
pengantin kena kejar untuk solat Zohor jugak. hehe

Majlis sambut menantu. 2 September.
p/s:Buat Mr Bie, i dun promise a world for u. But i promise to be the best for u. May Allah bless us. n Kisah cinta kita berkekalan sampai syurga. AMin. :D
Subscribe to:
Posts (Atom)