Wednesday, June 8, 2011

Dugaan...

Assalamualaikum..

apa korang rasa bila kad dah tempah, orang masak dah dicari, baju kawin dah dijahit, khemah dah dicari dan disewa..tiba2 orang luar sesedap rasa kata :

"Susah nak wat tarikh tu, takde orang nak menolong."

"Time raya tuh, orang sibuk. Takde orang nak datang."

Alahai. menyirap jugak dengar. Masa akak aku kawin wat date bukan main chantekk.. 6.6.09.. buat time orang cuti sekolah. time suma orang2 luar ade. ade ke awak datang menolong? takde kan?? so, apa kes nak sibuk2. Semua abang2 dan kakak2 aku yang buat ok. so, memang tak harap kat orang2 luar datang menolong. cuma harap keluarga sendiri jugak.

Bab orang datang tak datang, terpulang lah. kad bakal diedar, orang2 terdekat dengan famili dah diberitahu. so, terpulang..

Dahlah banyak dugaan masa nak pilih tarikhnya. Haila... kalo korang. apa yang korang nak buat??


p/s: entry ini ditulis dalam keadaan geram. *_*

5 comments:

Anonymous said...

sabo yee... :/

vampire's lovex said...

hai orang atas !! hikhik..

sabar ye,pahit sebelom manis.. :)

semoga majlis berjalan lancar

Annerfyoes said...

setiap dugaan psti ada hkmhnya,huhu..

arjunasetia said...

sabar...anggap takde mendelah cakap org mcm tu..mmg kita tak leh nak tutup mulut org2 yg kata2nya berbau dengki, iri, dan negatif,..itulah yang dinamakan: was-waasilkhannas

"yang membisikkan (kejahatan, keraguan, was-was dan bolak-balik) ke dalam hati manusia. dari (golongan) jin dan manusia"(AnNaas:5-6)

bermaksud gangguan was-was dan keraguan ini juga boleh didapati dari golongan jin dan juga manusia iaitu orang-orang disekeliling kita juga selalu mempengaruhi kita dengan pendapat-pendapat yang membuatkan kita menjadi ragu-ragu , marah dll.

Unknown said...

Musang: yup... sabo la nih..

Vampire: doa2kan yek..

Anne: insyaAllah.. amin..

arjuna: thanks.. tu la.. tgh memujuk hati lagi.