Friday, September 16, 2011

Hepi Engangement Day Akak!!~

Assalamualaikum..

Tak tau nak mulakan bagaimana. Cuma rasa sangat bahagia apabila hari gembira kakak angkatku dikongsi bersama walaupun hanya di laman muka buku. Bukan setahun dua kami berkenalan. Di laman MelayuDotCom menjadi medan pertemuan pada 2002, kami masih berhubungan sehingga sekarang (2011)..10 tahun bukan jangka masa yang sekejap..

Walau dipisahkan oleh Laut Cina Selatan, (sebab akak aku dok Sabah) dan aku di Terengganu, kami tetap berhubungan di alam maya walau tak pernah sekali bertemu muka. Thanks akak sebab selalu support adik. Adik doakan moga kisah cinta akak berkekalan sampai syurga..

Akak,..Bumi mana tak ditimpa hujan. Walau apa2 yang jadi, ingatlah ramai yang menyayangi akak... dan buat abg Lee Luna..jaga my sis elok2 yek.. Sayangi dia seadanya. Kerana wanita itu bukan dijadikan dari kepala untuk dijunjung, bukan dijadikan dari kaki untuk dipijak, tapi dijadikan dari tulang rusuk kiri agar dapat disayangi dan menemani dirimu... Tahniah akak.. Adik sayang akak sangat..

akakku menangis terharu.


Sapa2 nak terjah kakak angkat ku ini sila ke laman http://zyysyazyy.blogspot.com/ yek..

No comments: