Saturday, December 31, 2011

Wishlist 2012

Assalamualaikum..

Hari nih dah last 2011.. ALhamdulillah.. diberi pelbagai nikmat hidup, nikmat iman, nikmat kesihatan, dan macam2 lagi..syukur sangat2. Untuk 2012 yang akan menjelma esok, hanya mengharapkan...

1- Jadi isteri solehah
2-G honeymoon somewhere..
3 - Dapat jadi guru cemerlang
4- Bersabar
5- Minum air banyak2

Friday, December 30, 2011

Posting


Assalamualaikum.

Bahagianye rasa. ALhamdulillah.. Bangun pagi2 dah bace berita menarik dalam Berita Harian. Moga segala urusan kami dipermudahkan.. AMin.. Moga aku lulus temuduga SPP. MOga aku dan kawan2 2400 orang lulus dan dipostingkan. AMin..


Wednesday, December 28, 2011

Detik Berlalu

Assalamualaikum..

Tak sampai 4 hari lagi, 2012 akan menjengah. Tak sangka 2011 mencoretkan pelbagai kenangan manis masam kelat dalam hidup aku. Anyway..bila aku dok belek entry2 aku pada tahun lepas, (WishList 2011) alhamdulillah.. banyak perkara yang aku dah capai.. dah beli set bilik tidur, simpan wit skit2 untuk posting, n KAWEN. walaupon kawen xde dalam senarai. rajin, berdisiplin dan sabar, alhamdulillahl... dah ade perubahan dan betul2 teruji especially semasa dok kat umah sewa dulu.. dan berjaya aku improve.. cuma tang berjimat cermat aku kena pertingkatkan lagi..

My hubby pernah cakap nak bawa aku g honeymoon somewhere. But tak dapat ditunaikan, sebab nak savings untuk digunakan waktu aku posting nanti.. thanks dear. Tak kisahlah lambat sket. InsyaAllah.. ada rezeki, sampailah kita kat mane2..

Untuk wishlist 2o12, aku berharap..
1- Jadi isteri solehah
2-G honeymoon somewhere..
3 - Dapat jadi guru cemerlang
4- Bersabar

p/s: banyak tol iklan kat shoutmix.. :(

Friday, December 23, 2011

Ada hikmahNya..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, 21 Disember 2011 dah dilalui. Walau macam2 berlaku.Disuruh keluar dari bilik temuduga, dibenarkan masuk balik, tak dapat jawab apa yang ditanya, diprovokasi.. but.. apa yang aku belajar,apa yang aku dapat adalah i got new experience. Walau jawapan dah ada dalam otak, tapi tak dapat dikeluarkan melalui kata2.InsyaAllah, pasnih nak kemaskan diri dengan isu2 semasa, dan jugak sejarah2 lepas agar aku berpengetahuan. Malu rasanya, aku suka membaca, tapi lebih kepada novel2 picisan, gosip2 artis, dan hiburan.. Aku kena berubah sekarang!

Banyak drama yang berlaku semasa hari tuh. Hubby exam di Chendering on 12 pm. Aku cakap kat die, if pukul 9.30 pagi aku tak siap interview lagi, die pergi exam dulu. Then, aku habis interview pukul 10 am. pas interview cepat2 keluar, tak sempat nak sapa kawan2.. sorry guys.im in hurry.. but too late. hubby aku dah gerak. Sedih jugak. Dah la masa intrview jiwa kacau. :P anyway, aku naik bas ke kuala terengganu, dan hubby ambil kat KT after his exam. Just doakan yang terbaik..

hari nih, result KISSM kua. Alhamdulillah.. lulus.. :) thanks buat kawan2 yang tolong. Humairah, hajar, n che wan ks 2.. :) Moga kita cepat2 dipostingkan..

p/s: setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahNya.. Learn new things. Improve yourself.

Sunday, December 18, 2011

Temuduga SPP

Assalamualaikum..

Tulat, Rabu, 21 Disember 2011 merupakan hari bersejarah.
Kerana aku akan ditemuduga oleh SPP.
Untuk jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan dg41.
Serius,aku nervous.
Nama sama dengan bapak aku. Cuma takde wan..tapi..
Tengok muka kat profile nampak cam muka psiko. Haha.. :P

Anyway.
Moga aku berjaya. InsyaAllah.
Sok nak pegi amek tandatangan semua kat sekolah.

Moga segalanya berjalan lancar. Amin.
Moga aku lulus cemerlang. AMin.
Moga aku cepat2 dipostingkan di negeri yang aku nak. Amin.
Moga aku dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Saturday, December 10, 2011

Cerdik!

Assalamualaikum..

Tadi baru je balik shopping dengan encik suami.
Ke mana? ke mesra Mall ajer..
Shopping barang dapur, 2 buku novel dan kasut untuk interview.
Thanks en suami sebab bayarkan semua tuh. Heehe.. i love u.
First time beli kasut dengan harga itu. Kalau duit aku sendiri, sah sah aku tak beli.
Kedekutnya diri ku ini.. heheh

Masa on the way kami ke kereta, ade lah sepasang suami isteri yang menghalang laluan troli kami.
Aku ingat lagi no plat keretanya, CCR 9756..
Sang suami dah nampak aku dan en suami menunggu dia alihkan kereta,
tapi selamba badaknya dia dok ulang-alik angkut barang2 dulu.
Padahal boleh aje dia reversekan keretanya ke belakang sedikit untuk tidak menghalang laluan orang.
Ini lah sikap orang yang mementingkan diri.
Dahla masa tuh dah masuk maghrib.
Sepatutnya, pekalah terhadap pengguna lain dan tidak mementingkan diri.

p/s: memang bikin hati panas aje.

Friday, December 9, 2011

Result Final

Assalamualaikum.

Tadi baru jer check online result final year.
Sejujurnya, aku sangat2 sedih.
Sebab result aku drop giler kot.
7 sem dapat 3.5+ ke atas.. tapi for final year nih just dapat 3.4+ ajer..
Sangat2 sedih. Kurang 0.02 jer untuk dapat second class upper degree.
Kalau IPTA/IPTS, 3.5 dah dapat jadi dekan, first class degree..
Tapi di IPG tak.. Awal tahun 2011 baru tau sistem penggredan ijazah tersebut ditukar.
Dan aku hanya mantainkan dapat CGPK 3.5 ke atas sahaja.
For your info, nak dapat first class degree 3.7-4.00..
second class upper 3.6-3.79..
3-3.59 second class lower..
bawah 3 of courselah dapat third class..

Memang sangat2 sedih.
Tapi ini yang terbaik buat aku.
Memang sedar tak studi kuat sangat masa kat IPG.
Study pon masa nak dekat exam jer.
Cuma sedih sistem penggredan tuh ditukar masa aku tahun akhir.
Apa2 pun, moga aku lulus untuk segala2nya..

p/s: thanks mr hubby sebab sejukkan hatiku yang sedang duka lara ini.

Thursday, December 8, 2011

Oh Masak!

Sumber: mama google

Assalamualaikum.

Tak dinafikan, ramai anak dara yang pandai masak.
Tapi ada jugak yang tak pandai masak.
Ni disebabkan oleh komen2 terlampau yang penah diterima.
Atau dapat jenis kawan2 yang suka show off dia pandai masak. :P

Kadang2 rasa annoying kan dengan kawan2 yang show off nih?
Macam dialah pandai sangat masak apa bagai.
Bila suruh masak, rasanya lebih kurang sama cam kita masak aje!

Tapi ambil itu semua dengan positif.
Masa zaman belasan tahun dulu aku pandai masak nasi jer.
Dah umur 20an baru betul2 masuk dapur masak itu ini.
Nasib baik first time try menjadi jugaklah..
Tapi takdelah sampai nak tunjuk skill kat orang lain atau nak show off.
Cukuplah family aku yang makan hasil tangan aku.

p/s: nasib baik family mertua aku jenis makan je apa yang aku masak. ngeh3.. :P





Monday, December 5, 2011

Oh Puding Karamelku

assalamualaikum.

baru je pas makan puding karamel..
Nak resepi? amek kat sini ok.
Alhamdulillah..menjadi walau melalui pelbagai halangan hari nih.
Mula2, gula pada loyang terlampau hangus.
Kemudian, bila letak puding untuk dikukus, baru prasan loyang bocor.
Dua tempat plak tu.
Dah letak atas talam, tapi talam terlekat kat tempat kukus. Senget.
Separuh isinya jatuh ke dalam air yang menggelegak.
Masa nak betulkan, loyang berisi puding jatuh lagi.
Hilang dah mood ku. Tak sampai 1 inci pun yang tinggal.
Takpelah.. adalah hikmahnya.
Tak bagi aku makan banyak sangat kot.
sebab aku dah niat nak makan banyak. Hehe :P

p/s: Anyway.. just hope my hubby like it.
Rugi rasanya 6 biji telur, 1 tin susu jatuh camtuh.. hmm.. :(