Thursday, September 16, 2010

ResipI dEssErt

ohooo...teringin ingin mencuba wat dessert2 ini...surfing2..jmpe..kang xjmpe lenkali..bek aku share dlu kat sini kn?? heheh

1)puding roti marble

Puding Roti Marble

Bahan A
10 gm serbuk agar-agar cap bintang
1 Liter air
1 cawan gula

Bahan B
7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]
1 tin susu cair
1 cawan air buah koktel atau peach
1 s/k esen vanilla
1 biji telur ayam

Bahan C
3 s/b tepung kastad + 5 s/b air
2 s/b …serbuk koko ]
2 s/b air ] bancuh

Cara
1. Masukkan Bahan A dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
2. Blend halus Bahan B.
3. Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B
4. Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].
5. Tutup api dan bahagikan adunan pada 2 bahagian.
6. Masukkan larutan koko dalam 1 bahagian yg berasingan dan biarkan 1 bahagian warna asal.
7. Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan coklat berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.
9. Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam


2) puding karamel

bahan :
1 tin susu cair
7 biji telur saiz besar
setengah cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan air (boleh kurangkan kalau suka puding yg keras)
setengah cawan gula n setengah cawan air (untuk buat sirap karamel)

cara buat sirap karamel :
masak gula di atas kuali hingga warna keperangan..kemudian masukkan air untuk mendapatkan sirap karamel..sejukkan

Cara buat puding :
panaskan periuk pengukus.
campurkan semua bahan..pukul hingga sebati. kemudian tapis.
tuangkan sirap karamel yang telah disejukkan dalam bekas loyang atau microwaveable tupperware. kemudian tuangkan perlahan2 bahan puding ke atas sirap tersebut. selepas itu boleh la dikukus lebih kurang dalam 20 minit atau sehingga puding masak…


3) apam mekar


Bahan2 :
250 gm tepung gandum
200 gm gula
2 biji telur
1 cawan ais krim soda (minuman bikarbonat tu..)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh ovallette
1 sudu pewarna kegemaran

Cara2:
1. Pukul gula + telur + esen vanila + ovallete sehingga kembang.
2. Masukkan tepung dan ais krim soda secara berselang seli.
3. Setelah sebati, warnakan mengikut citarasa masing-masing.
4. Masukkan dalam cupcake dan kukus selama 15 minit.

4) tepung pelita

(BAHAN A)

1 CWN TEPUNG BERAS
1 CWN GULA
5 CWN AIR
4 HELAI DAUN PANDAN (DIBLEND DAN TAPIS AIRNYA)
SEDIKIT KAPOR DAN GARAM

(BAHAN B)

5 SUDU TEPUNG BERAS
4 CWN SANTAN DARI SEBIJI KELAPA
GARAM 2 SUDU TEH(SUDU KFC)

CARA2 MEMBUATNYA:

1) Masukan bahan A gaul sebati dan masak atas api hingga berkilat warnanye dan masukan dlm acuan yg disukai
2)Bahan2 santan td juga disatukan dan masak atas api hingga pekat sedikit dan menggelegak…(dah cukup mskla tu)
3) Tuangkan atas lapisan yg berwarna hijau dan bole disejukan…setelah sejuk bolela di mamam…..resepi nie x perlu kukus…senang, ringkas dan sedap….tadi saya x guna kapor rase maseh sedap


No comments: