Wednesday, January 18, 2012

KABEL

Assalamualaikum..

Hari nih hari ke 2 ke sekolah. Alhamdulillah, aku dapat sekolah area kampung aku. Kira2 20 minit drive. Syukur sangat2. Walaupun aku cam dianggap sesetengah orang menggunakan KABEL untuk masuk ke TERENGGANU, aku hanya senyum. Bila cakap lebih2, aku kena balik. Aku bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah. Supaya dekat dengan suami aku, dekat dengan family aku.. Sesungguhnya, KABEL paling besar ku gunakan, ialah mengirimkan doa buat mak ayah aku semasa di Mekah, Madinah.. Tak putus2 aku telefon dorang suruh doakan aku dipostingkan di TERENGGANU. Hanya itu.. Alhamdulillah, syukur. Doa di sana benar2 makbul. AKu dapat kat tempat aku. Syukur. Syukur. Syukur.

Bagi aku, rezeki diberi oleh Allah supaya aku dapat berkhidmat sebaik2nya. Kita sebagai seorang guru, jalankan amanah sebaik2nya. Bak petikan yang aku ambil dari USR (Unit Sekolah Rendah) berkata

"Kadangkala kita sedih, kecewa dan marah, berburuk sangka.. tapi atas dari segala2nya, Allah telah merungkaikan YANG TERBAIK dalam kehidupan kita. Agar kita belajar untuk IKHLAS dan REDHA dengan harapan hari2 yang ditempuh penuh BERKAT dan DIREDHAI"..

p/s: moga segala urusanku dipermudahkan. amin.

No comments: