Sunday, January 15, 2012

POsting lagi

Source: Google

Assalamualaikum...
Minggu yang amat sibuk. Boleh kate selang sehari pergi Kuala Terengganu....

Tak dapat nak lupa wajah2 kesayangan hamba- suamiku, ayah dan ma apabila tau aku dapat Terengganu-asyik tersenyum ajer. Bila kol, mmg dengar suara ayah dan ma aku yang sebak. Dorang g Mekah, mendoakan aku, wat solat hajat, wat macam2 untuk aku. Begitu jugak dengan suamiku. Thanks kerana mendoakan aku. Sesungguhnya, kabel yang paling besar adalah Allah s.w.t.. Minta pertolongan dengan manusia pastinya kadang2 tak dapat dibantu, tapi minta tolong dengan Allah pastinya diberi sebaiknya buat kita. Alhamdulillah..

Esok, 16 Januari aku akan ke Permai Inn Hotel untuk melapor diri. Hanya ditemani oleh ma dan ayah aku. Hubby aku ade training offshore. Sedih jugak bile tau. Tapi kalau itu yang terbaik buat kami, aku redha.. Esok jugak aku akan tahu sekolah dan PPD mane tempat aku berkhidmat. InsyaAllah.. tiada tempat atau sekolah atau murid yang tak sesuai dengan seorang guru.

Buat kawan2 Geng 17 dan Geng 2, aku doakan korang. Moga kita sama2 berjaya menjadi pendidik dan guru yang beramanah dan beretika walau di mana jua kita berada. Walau dipisahkan oleh laut cina selatan, tapi kita masih menatap bulan yang sama.. Andai ini yang terbaik buat kita.. kita sama2 mencedok pengalaman sebanyak mana yang boleh..


p/s: tak sedar, 5 tahun setengah dah berlalu. Sekarang, kita dah melangkah ke alam baru. Moga segala urusan kita dimudahkan. AMin.

No comments: