Friday, June 22, 2012

Cerita Ceritut

Assalamualaikum..
last week dapat mc 2 days.. disebabkan alahan yang teruk.
sampai luka anak tekak.. sume yang dimakan n minum akan muntah balik..
n kalo berterusan muntah, memang kena masuk hospital n bdn kena masuk air..
takpelah.. moga nanti bersalin akan dipermudahkan segalanya.. Amin..
Alhamdulillah..bila dah masuk 4 bulan nih, rasa takde lah loya sangat.. sikit2 ajer..
Ape2 pon, rasa lebih bertenaga.. Harap2 sampai lah budak2 UPSR aku bertenaga..
Kalo tak, mana nak dikerah tenaga ke kelas petang n malam.. Memang rasa satu cabaran yang amat besar..

Musim mengandung, memang kadang2 rasa cepat je nak marah.
Tapi kenalah banyak sabar.. Masa mengajar Muzik kelas 4B..
Daniel dan Zubir main tarik2 kolar. Dorang dari dulu suka wat perangai. Tak tau sebab nak perhatian atau memang suka dimarah.. Dulu2, sebelum pregnant aku marah2, cubit2 sikit sebab tak dengar cakap sangat.. Aku suh salin nota, nannyi dorang main2 kat belakang.. Tapi dorang memang tak nangis bile aku buat ape2 kat dorg.. Dah pregnant, aku memang tak cubit budak2 dah.. marah pon jarang2.. Aku hantar dorang ke Cikgu Disiplin.. Senang. AKu pon tak sakit hati nak marah2.. Then bile dorang balik ke kelas.. Dorang hulur tangan...

aku: kenapa hulur tangan?
Daniel: Cikgu Tajuddin suh salam dengan cikgu.
Aku: Kenapa nak salam dengan cikgu?
Daniel: Tak tau. Cikgu Tajuddin suruh...

AKu terdiam. sebab aku harapkan dorang mintak maaf atau kata yang dorang salah or ape2 jer lah. Memang sengaja nak uji kesabaran aku..

Aku: Cikgu hantar awak ke Cikgu Tajuddin sebab cikgu tak nak awk berdua ulangi lagi gaduh2 cam hari nih dan lepas2. Banyakkan bersabar. Cikgu takut masa awak main tarik2 kolar baju dan pukul2 tadi, sorang jatuh ke.. patah tulang belakang ke apa.. Tak pon mati.. Awak nak masuk penjara? Tak kesian kat mak ayah awak? Kalau ditakdirkan awak patah tulang belakang, awak akan lumpuh.. Nanti dah besar2 awak mesti nak keje, nak kahwin, nak ada anak.. Kalau awak lumpuh cammana? Boleh ke awak keje? boleh ke awak kahwin? Nanti sampai besar awak nak buat ape2 kena mintak tolong orang. Nak mandi, nak berak pon kena orang buatkan. Awak nak macam tu? Awak dah besar. Nak buat apa2 pikir dulu bawa kesan buruk pada awak ke tak. Cikgu sayang awak berdua. Tuh cikgu nak elak jadi camtuh kat awak berdua. Bila2 jangan gaduh2 lagi.. Banyakkan sabar.

Pastu aku tengok si Daniel dan Zubir dan menangis. Alahai, aku marah2 sebelum nih tak nangis. Aku cakap penuh kasih syg  n tak marah2 dorang bleh plak nangis...


p/s: Its not easy to be a teacher.. Harap dapat jadi guru yang memberi inspirasi kepada muridnya..

Wednesday, June 6, 2012

Blog bersawang..

Assalamualaikum..
dah bersawang blog a.k.a diari aku nih..
Anyway.. banyak benda yang tak sempat nak update..
Menjadi guru tahun 6 memang sangat2 mencabar n menuntut kerja keras.
Jadi tak ada masa sangat nak mengupdate blog..

Perkembangan terbaru dari diriku, sekarang tengah cuti sekolah..
dah tgh marking paper budak2 nih ajer..
Tapi aku yang tengah mabuk2 nih ambil masa yang lama jugak untuk mark paper budak2..
takpelah.. bia lambat asalkan selamat. ye tak?
Alhamdulillah... i`ll be a mom to be.. syukur atas rezeki..
Sekarang dah masuk 3 Bulan.. Harap2 segalanya berjalan lancar..
Baby n aku sama2 sihat..Amin.

Alhamdulillah..syukur jugak.
Musim cuti sekolah menjadi musim kawen dan tunang..
tahniah buat semua.. moga perhubungan berkekalan.
In  a relationship, trust is the key. so, percayalah pada pasangan anda.

buat masa nih, cukup ini sahaja dulu..

p/s: rindu nak berblog!~

Tuesday, March 6, 2012

Orientasi Guru Baru

Alhamdulillah.. dah berjaya melepasi taklimat orientasi guru baru di Duta Village, Kuantan. Baru sehari meninggalkan sekolah, dah terima 2,3 kol untuk kerja2 yang menanti. :P

Seronok sangat2 kat sane. Jumpe kawan2 baru yang selama nih hanya kenal di group facebook. Especially rumat yang ade resemblence of kak aisya,... n perangai lembut2 cam kak aisya jugak. so nice..

Pelbagai input diperoleh sepanjang berkursus. Moga dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberi sebaiknya.


P/S: sumpah taknak tolong orang buat asgmt lagi... malas n sgt2 xde masa.

Friday, February 17, 2012

1 bulan menjadi cikgu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. genap 4 minggu di sekolah. sudah berlaku beberapa kali perubahan jadual. dan aku rasa, banyak benda baru yang aku pelajari. Memang sistem pendidikan nih menjanjikan pelbagai pengajaran dan pembelajaran yang bermakna, bukan sahaja untuk murid, tapi cikgu.

selama 1 bulan nih, aku diberi amanah menjadi guru kelas 3Beta, penyelaras bilik SAL, penyelaras PBS, s/u kantin, s/u pbsm, s/u english language club, n mcm2 lagi.. rasa xmampu nak taip semua. :P harap2 aku dapat melaksanakan pelbagai amanah yang diberi dengan baik.

alhamdulilah.. buat pertama kalinya i got Whitey.. memudahkan urusanku seharian untuk ke kelas petang dan malam.. terutamanya sebab aku ajar math year 6G.. GB memberikan amanah buatku untuk sekurang2nya membuatkan mereka LULUS MATEMATIK... insyaAllah.. akan ku lakukan sebaiknya.

i have teaching english language in 5A n 3B..rasa ianya sangat emncabar.. apa2 pun, aku kucuba kutip pengalaman sebaiknya...

p/s: jika kita berpenat lelah untuk mencari rezeki yang halal, insyaAllah segalanya berjalan lancar.

Wednesday, January 18, 2012

KABEL

Assalamualaikum..

Hari nih hari ke 2 ke sekolah. Alhamdulillah, aku dapat sekolah area kampung aku. Kira2 20 minit drive. Syukur sangat2. Walaupun aku cam dianggap sesetengah orang menggunakan KABEL untuk masuk ke TERENGGANU, aku hanya senyum. Bila cakap lebih2, aku kena balik. Aku bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah. Supaya dekat dengan suami aku, dekat dengan family aku.. Sesungguhnya, KABEL paling besar ku gunakan, ialah mengirimkan doa buat mak ayah aku semasa di Mekah, Madinah.. Tak putus2 aku telefon dorang suruh doakan aku dipostingkan di TERENGGANU. Hanya itu.. Alhamdulillah, syukur. Doa di sana benar2 makbul. AKu dapat kat tempat aku. Syukur. Syukur. Syukur.

Bagi aku, rezeki diberi oleh Allah supaya aku dapat berkhidmat sebaik2nya. Kita sebagai seorang guru, jalankan amanah sebaik2nya. Bak petikan yang aku ambil dari USR (Unit Sekolah Rendah) berkata

"Kadangkala kita sedih, kecewa dan marah, berburuk sangka.. tapi atas dari segala2nya, Allah telah merungkaikan YANG TERBAIK dalam kehidupan kita. Agar kita belajar untuk IKHLAS dan REDHA dengan harapan hari2 yang ditempuh penuh BERKAT dan DIREDHAI"..

p/s: moga segala urusanku dipermudahkan. amin.

Sunday, January 15, 2012

Kata2 buat rakan2 sekelas..

Kadang kita meminta pada ALLAH setangkai bunga yang indah,tetapi ALLAH SWT berikan kita kaktus yang berduri. Kadangnya kita meminta seekor rama-rama yang cantik,tetapi ALLAH SWT berikan kita ulat.

Kita pun sedih,kecewa,bahkan marah !!! Namun kemudiannya kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama cantik.Itulah jalan ALLAH SWT,indah pada waktuNya! ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan,tetapi ALLAH SWT……memberikan apa yang kita perlukan !

Kadang kita sedih,kecewa,terluka…berburuk sangka…tapi jauh di atas segalanya…ALLAH sedang merungkai yang TERBAIK dalam kehidupan kita…Agar kita belajar untuk selalu ikhlas dan redha dengan harapan hari-hari yang ditempuh penuh BERKAT DAN DIREDHAI.


POsting lagi

Source: Google

Assalamualaikum...
Minggu yang amat sibuk. Boleh kate selang sehari pergi Kuala Terengganu....

Tak dapat nak lupa wajah2 kesayangan hamba- suamiku, ayah dan ma apabila tau aku dapat Terengganu-asyik tersenyum ajer. Bila kol, mmg dengar suara ayah dan ma aku yang sebak. Dorang g Mekah, mendoakan aku, wat solat hajat, wat macam2 untuk aku. Begitu jugak dengan suamiku. Thanks kerana mendoakan aku. Sesungguhnya, kabel yang paling besar adalah Allah s.w.t.. Minta pertolongan dengan manusia pastinya kadang2 tak dapat dibantu, tapi minta tolong dengan Allah pastinya diberi sebaiknya buat kita. Alhamdulillah..

Esok, 16 Januari aku akan ke Permai Inn Hotel untuk melapor diri. Hanya ditemani oleh ma dan ayah aku. Hubby aku ade training offshore. Sedih jugak bile tau. Tapi kalau itu yang terbaik buat kami, aku redha.. Esok jugak aku akan tahu sekolah dan PPD mane tempat aku berkhidmat. InsyaAllah.. tiada tempat atau sekolah atau murid yang tak sesuai dengan seorang guru.

Buat kawan2 Geng 17 dan Geng 2, aku doakan korang. Moga kita sama2 berjaya menjadi pendidik dan guru yang beramanah dan beretika walau di mana jua kita berada. Walau dipisahkan oleh laut cina selatan, tapi kita masih menatap bulan yang sama.. Andai ini yang terbaik buat kita.. kita sama2 mencedok pengalaman sebanyak mana yang boleh..


p/s: tak sedar, 5 tahun setengah dah berlalu. Sekarang, kita dah melangkah ke alam baru. Moga segala urusan kita dimudahkan. AMin.