Saturday, February 7, 2015

Cara menjaga bayi cleft

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih diberi nikmat olehNya untuk terus menaip dalam diari maya. Actually, syukur sangat Akif dah 2years 2 months old and Maira dah 6 months 2 weeks. Rasa cam tak percaya dah melalui saat2 getir melahirkan dorang. Alhamdulilah.

I got a few email recently regarding parents got baby cleft. Ada yang tanya cara menjaga baby cleft nih. ada yang lahir-lahir dah tahu, ade yang 2 weeks after lahir baru tahu baby dorang cleft palate. Penah terbaca dalam paper, dah 4 bulan baru tahu baby mereka ade cleft palate. sebenanrnya ada beberapa cara untuk kenal pasti baby cleft.

1) Berat badan turun. - baby cleft palate susah nak menghisap susu dari botol atau nenen sebab palate yang berlubang. So, berat akan turun.
2) keluar susu ikut hidung - palate bersambung dengan hidung. kalau nampak susu keluar ikut hidung, try check palate die sama ada normal atau berlubang.
3) Kerap nangis. - Baby cleft mudah perutnya masuk angin. sebab tu baby banyak nangis. Sebab nak bagitahu yang mereka tidak selesa. Kan medium perckapan mereka gunakan tangisan. So, tuam guna tuungku baby dan tiarapkan dorang bagi selesa. buat senaman kayuhan basikal pon takpe.

My first son ade cleft palate. So, rasa sama jer menjaga Akif dan Maira. Cuma perbezaan dari segi feeding susu jer. N satu lagi akif suke nangis sebab kembung perut dan selsema. Yang lain sama sahaja. kalau nak feeding susu lina suggestkan spoon feeding. Lina tak penah gune yang clapam jual tu. sebab tak tau nak beli yang mana.

Donts:
1) jangan bagi baby hisap dari teat yang normal cam baby normal palate yang lain, Kesian kot, cam hisap straw berlubang.. Penah try hisap? Susah nak sedut air kan. Gune banyak tenaga. Sebab tu berat badan akan makin turun. dan after operation mmg doc akan suh gune botol bersudu. at least 2 bulan.
2) Jangan malu. Jangan stress. Sebab emosi ibu bapa memang baby akan rasa. Redha. Palate kan be repaired. Anak anugerah Tuhan yang paling bermakna.
3) peduli apa orang kata. Kenan lah, tak makan vitamin lah. Apalah. Orang sedap je cakap kan. Tak tahu kite sebelum preggy lagi dah amik asid folic bagai. so, bersabar ajalah. Anggap ujian Tuhan buat kita yang kuat. InsyaAllah..

p/s: Moga urusan kita dipermudahkan. Kita ibu bapa terpilih untuk baby camni. Jangan sisihkan mereka, jangan stress. InsyaAllah besar nanti dorang akan jaga kita macammana kita jaga mereka. Amin.

Ibu sayang akif.. :)

Akif yang suke main  lego.
Akif yang suke selerakkan selimut. Haha.

No comments: