Friday, March 6, 2015

Sebab Allah Sayang Kita...

Seorang anak kecil bertanya kepada ibunya..

Anak: Ibu kenapa kita miskin?
Ibu: Kerana kemiskinanlah kita menjadi manusia yang kuat dan cekal untuk menjadi lebih baik di masa hadapan. Kerana kemiskinanlah kita jadi hamba yang lebih dekat padaNYA.

Anak: Ibu kenapa kita perlu sakit?
Ibu: Kerana manusia kembali ingat pada Tuhan sesudah ditimpa sakit. Tapi bila sihat manusia tidak berterima kasih pun kepada Allah S.W.T memberikan dia kesihatan yang sempurna.

Anak: Ibu kenapa kita perlu merasa lapar?
Ibu: Kerana kelaparan mengajar kita untuk bersabar, sesudahnya kita tahu rezeki yang kita makan itu semuanya datang dari Allah.

Anak: Ibu kenapa kita menangis?
Ibu: Titisan airmata itu hakikatnya memberikan kita satu ketenangan kerana kita akur bahawa air mata itulah tanda kelembutan hati hamba-hambaNYa.

Anak: Ibu kenapa kita perlu marah?
Ibu: Kerana manusia yang marah seharusnya beristigfar dan kembali ingat bahawa Allah sayang hamba-hambaNYA yang bersabar. Justeru kita kembali ingat kepada Allah... ... ...

Sambung Ibu kembali,
Ibu: Sesungguhnya apa jua yang berlaku dalam hidup kita,susah atau senang.lapar atau kenyang,gembira atau menangis,suka atau marah,semuanya mengingatkan kita satu perkara.Sebab Allah sayang kita...

p/s: so...jangan persoalkan kenapa ade manusia selalu sakit, kerana Allah sayangkan die..
Post a Comment