Thursday, May 26, 2011
GB sem 7.. Welcome Sem 8
Assalamualaikum.
haip. hari nih secara rasminya aku habes sem 7. tak sangka, dah 5 tahun aku ada di IPG nih. hehe.. tak sangka, banyak benda yang aku belajar. tak sangka, banyak jugak pengalaman dan memori yang aku simpan.
Dari kawan jadi lawan, dari lawan jadi kawan. dari kawan main tikam2. dari kawan buat cerita bukan2. dari kawan yang bagi perhatian. dari kawan yang suka bagi bantuan. dari kawan yang suka sorok dan share soalan. macam2 jenis kawan ada. haha really. i`ll miss this moment. huhuh
Ape2 pon. utk sem 8 yang akan tiba 19 Jun nih. Im praying for doing the best. InsyaAllah. N tak sabar jugak sebenarnya nak tunggu my big event. :D insyaAllah. AMin. Moga dipermudahkan urusanku. AMin.
Monday, May 23, 2011
Pujaan Hati - Kangen Band
Untuk dengar lagu, klik sini.
hei pujaan hati apa kabarmu
ku harap kau baik-baik saja
pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu
hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi
agar ku tenang meniti
* hei pujaan hati, pujaan hati
pujaan hati, pujaan hati
reff:
mengapa kau tak membalas
mengapa engkau abaikan rasaku
ataukah mungkin hatimu membeku
hingga kau tak pernah
cobalah mengerti keadaanku
dan cobalah pahami keinginanku
ku ingin engkau menjadi
lengkapi jalan cerita hidupku
hei pujaan hati, pujaan hati
hei pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada sang Tuhan
berharap cintaku jadi
agar ku tenang meniti
repeat *, reff
Sunday, May 22, 2011
Allah ada...
Assalamulaikum.
Masa kecik-kecik, bila pergi pasar minggu tengok patung cantik2 dan mintak ayah belikan, tapi ayah taknak dan takkan belikan, apa yang kamu rasa??
Bila jadi pelajar, usaha sungguh2. Pukul 4-5pagi baru tido sebab study, tapi result SPM tak menggembirakan apa yang kamu rasa??
Dah remaja, mula kenal erti cinta. Dah baik2 dengan bakal mak mentua, pak mentua, tuk nenek mentua, tiba2 cinta putus cinta yang 4,5 tahun di tengah jalan apa yang kamu rasa??
Rasa down tak? Rasa sedih tak? Rasa macam dunia nih tak adil tak?? Ke ada yang rasa sangat beruntung jadik sedemikian rupa?
Bila jadi sebegini, ingatlah Allah itu ada. Sebab, bila kita berharap sangat dan bila tak jadi, tak dapat, kita rasa lost. Putus harap. Sedih. Kecewa. Fed-up. Rasa takde sapa yang faham kita. Dan macam2 benda yang jadik tak seperti yang diharapkan kan. Maka, mengadulah pada Allah. sebab Dia Maha Pendengar.
Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku hanya ada RM2 untuk berbuka pose. Sedih sangat2. Sebab RM2 cukup untuk beli burger jer. harga RM1.50. Lepas solat asar, dok pikir nak makan apa. Nak mintak dengan sapa duit di zaman orang tengah2 sengkek nih kan. Tiba2 rasa sedih, mengalir air mata. Pikir, camnihlah orang2 yang takde duit rasa. Terpikir2 esok nak makan apa... dan aku segan nak citer kat kawan2. Tau, kalau citer ramai je yang mau menolong. Tapi memang malu sangat2 nak citer. So, aku mengadu dekat kekasih aku - Allah. ALhamdulillah.. pertolongan Kekasihku-Allah sangat cepat sampai. Walaupun aku berbuka dengan burger shaja, tapi ada kawanku seorang nih yang ajak aku makan buah2an dengan dia. Alhamdulillah, kenyang. sangat2 kenyang. Syukur. rezeki datang tanpa disangka2. Maka, apabila rasa sedih, gembira, teraniaya, berdoalah. Allah itu ada untuk mendengar.
p/s: Wahai hati....Janganlah bersedih.
Hati: Apa yang menyedihkan bila melihat mak ayah bersedih.
Saturday, May 21, 2011
PostiNG..??
Assalamualaikum.
Bile dah nak abes semester 7, maka perkataan posting mula bermain di bibir2 pelajar. ada yang dah decide nak posting kat mana (macam aku).. ada yang masih lagi tengah berpikir dan macam2 stail lah.
Masa mula2 nak masuk IPG, sanggup dipostingkan kemana sahaja. Tapi dah masuk tahun akhir, hambekk kauu.. cari kabel sana sini nak masuk negeri pilihan. (Oh kesian aku takde kabel. Kabel aku ALLAH n doa mak ayah jer.. :D) Yang seronok, kalau ada kabel Telekom bapak besar betis, sah2 negeri padat cam Terengganu nih senang nak masok. huhuh
Takpelah. Ape2 pon masing2 dah tunaikan tanggungjawab masing2. Nanti kita redha jer di mana tempat yang perlukan khidmat kite. kitekan guru. so, hanya SYMP (Saya Yang Menurut Perintah) ajer lah. huhuhhu
Buat Mak Ayah, i choose Terengganu as i promised to both of u. pray for me. besar niat dihati nak tengok2kan mak ayah kalo dapat dekat nih. :D
Buat en Tunang, i dah pilih Terengganu. dapat tak dapat, doakan sayang dapat ok. nanti sian kita berjauhan pulak. :D macam perjanjian kita, harap2 ditunaikan ok. huhuh
Wednesday, May 18, 2011
Kimia..
Assalamualaikum..
Penah tak kamu rasa kamu keseorangan, tiba2 ada orang telefon dan bertanyakan khabarmu???
Penah tak kamu rasa sedih, tiba2 ada orang bertanyakan perasaanmu??
penah tak kamu ingatkan seseorang, dan dia tiba2 menelefonmu??
ALkisahnya, minggu ni. En Tunang sangat bizi.. saya dah kol pagi2 tapi dia tak angkat. Maybe sibuk sangat di opis. n pada petang pukul 6.30, beliau sepatutnya sudah balik. sebab tida khabar berita, i wrote diz sms. "ABang bz ke?" then i tekan send. tiba2 ada signal orang kol. ce teka ce teka sapa kol..of kos laa en Tunang. Haha.. :P
Pada hujung minggu, kami berwebcam. Aku tanya dia, dia tengah makan apa. *EN Tunang makan penuh dengan gaya kesedapan. sampai hati u tak pelawa i sekali makan..sob4.. :(* En tunang tunjuk ni...
Haha.. i eat that too..on the same time.. en tunang..awak tiru saya yeppp!!~ padehal tak penah aku gtau pon dia yang aku suka makan itu. n aku pon tatau yang die suke makan tuh.. so sweet kan? hahah *kalo korang rasa xsweet pon, ade aku kesahh? haha*
Sebelum kitorg kapel pon.. Yang aku tulis penah kat atas sebanyak 3 kali tu, yang selalu berlaku. Walaupon takut untuk berchenta setelah putus, tapi aku beranikan diri atas sebab2 itu.. especially bila aku penah teringat kat dia, then tiba2 my phone ringing.. Showing his name. huhuh :D
Ya ALLah.. Jadikan dia jodohku, sehingga ke akhir hayat kami. Jadikan aku yang terbaiknya, dan dia yang terbaik untukku. Suburkan cinta kami, dulu , kini dan selamanya. Agar kami sama2 dapat mengharungi cabaran bersama2. Amin.
P/s: Doakan kami. :D inilah ikatan kimia kan? huhuh
Monday, May 16, 2011
Buat para atau bakal isteri...
Assalamualaikum.
SEtiap wanita pastinya nak jadi wife yg baik untuk suami yang tersayang. so, apa kata kita check out adab2 yang perlu ada bila bersama suami:
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
4. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri

Saturday, May 14, 2011
Jangan Pandang Negatif pada Pesakit Mental
Assalamualaikum.
Rasa terpanggil untuk cakap pasal isu ini. Memang orang akan kata, "It easier said than done". Yup. Aku setuju. Cuma bayangkan kalau kita di tempat pesakit mental tu, atau merupakan family pesakit tuh, apa yang kita rasa? Aku cakap berdasarkan pengalaman. If korang ada kawan pesakit mental, treat la cam korang kenal dulu2. Jangan sekarang dah sakit mental, korang tak nak kawan, dok mengata dan cerita pasal kesakitan yang dialami pada orang lain pulak. Ko bukan mengurangkan tekanan mereka, tapi menambahkan beban lagi!!
Ok, taknak pos pnjang2. ini entry yang boleh dibaca untuk rujukan (sila klik yek):
Buat pesakit mental, ingatlah pada orang2 yang menyayangi kamu. macam mak ayah, famili dan orang tersayang. Jangan hiraukan orang2 yang mengata kamu. teruskan makan ubat ok. Jangan tinggalkan ubat walau rasa sudah sihat tanpa kebenaran doktor. sebab kebanyakan pesakit akan sakit kembali jika tak makan.
p/s: sedikit sokongan dari aku untuk rakan satu batch di IPG yang gagal menghabiskan pengajian disebabkan sakit ini. InsyaAllah, Allah menjanjikan yang lebih baik untukmu. AMin.
Wednesday, May 11, 2011
Good Luck
Assalamualaikum..
Exam is coming. yeahhh!!!
that shown this semester will be ending soon. YYeaahhh!!~
That shown i will have holidays for 3 Weeks!!~ Yeaaahhh!!~
SO, good luck everyone!!
Pray for me..
Thursday, May 5, 2011
Al-fatihah buat arwah Ratna
Assalamualaikum.
Tanggal 3 Mei 2011 menjadi ingatan buat aku. kenapa? aku kehilangan seorang rakan di seseri dulu buat selama-lamanya. Walaupun perkenalan hanya 2 taun. tapi, cukup untuk aku mengenali hati budinya. YAng menjadi kekesalanku, berita kematian beliau menjadi perbualan 1 Malaysia. tak caya? ok, boleh klik sini. berita harian
sungguh terkejut bila aku baca berita2 di dada akhbar dan melihat berita di tv. alahai, sungguh tak percaya. Arwah Ratna bukan sebegitu. masih terbayang arwah Ratna mengetuai bacaan surah2 di surau, jadi imam,prefect.. dan sebagainya. Walaupun aku tak rapat dengan arwah, tapi dia cukup disenangi oleh semua orang dan mempunyai peribadi yang mulia. Oleh kerana rasa tidak percaya itu, aku menerjah masuk ke forum batch kami, vivacious.. dan hasilnya, yup.. lelaki itu bukan kekasihnya, cuma admirer. bagaimana, kenapa dan macammana arwah Ratna berada di rumah lelaki itu aku tak tau. Wallahualam. Biarlah semua itu tak tersingkap. Hanya arwah, lelaki itu dan Allah shaja yang tau. dan biarlah Allah yang menghakimi semua itu. Sebab bukan semua yang kita pikir itu betul ok. baca blog kawan arwah Ratna masa blaja UKM. Klik sini
Bagi aku. semua orang akan ke sana. Cuma cara yang bagaimana kita akan ke sana kita tak tau. Aku sebagai kawan turut merasa kehilangan, sedih. Familynya lebih2 lagi la kan. Aku doakan arwah tenang di sana. Sama2 kita sedekahkan alfatihah dan yassin buat arwah. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Buat keluarga arwah, aku doakan moga tabah menghadapi ujian. sesungguhnya, Allah takkan bagi ujian jika tau korang tak tabah menghadapinya.
buat kawan2 wanita yang ku sayangi, sama2 kita jaga diri kita masing2. manusia yang tak dapat mengawal nafsu tak dapat dijangka perlakuannya. berhati2lah.
CaMpUr
< Assalamualaikum..
Hari nih merupakan hari last belajar untuk sem7. yeahhh!!~ xyah pergi kuliah lagi. (kalau cikgu camnih, agak2 anak murid cammana yek?) :P anyway.. mentang2 dah last day, balik agak awal jugak la. tapi its ok la.sebab petang nih kena jadi fasi bagi program Anak Orang Asli. so far, dorang bagus jugak in Math. cikgu doakan awak semua berjaya yek dalam UPSR nanti. :) dan pastinya, 2minggu ini minggu exam akan menyusul. gud luck my dear friends!
Hari tuh sambut birthday en tunang, so happy. because kek itu sangat cantik dan sedap. saya tau en tunang sangat2 terharu kan? tapi cover laa tuh.. haha :P
Oklah. Cerita cuti 1 may hari tuh. sangat2 seronok dan penat. kenapa? banyak sangat kenduri kahwin yang perlu diattend. dan masa mendengar tazkirah akad nikah oleh tok kadi, sedar2 mata aku lak yang menitik air. (terharu la tuh) pengantin buat muka biasa ajer.. bilalah masa aku lak yek?? *thinking* ape2 pon,doakan aku jugak ok. ohh mamaa..saya mau kahwin!!~ (gedik lak)
sempena dah cakap pasal kahwin nih, nak ucap congrats lah dekat bakal pengantin aka my tablemat, my classmate, n etc .. cik siti humairah,.. kawen dgn org sekelas kitorg jugak..congrats ok..aku doakan korang berjaya menempuhi badai alam rumah tangga. bertolak ansur dan banyakkan bersabar ok. peace. nanti dah naek sem 8 dah xbuleh panggil cik siti humairah lagi, jadi Puan Siti HUmairah laa yek.. tahniah yek. aku doakan kebahagian korang.
Cakap2 pasal kawan2 aku yang suma dah nak kahwin n dah kawin, aku pon tak terkecuali ditanya jugak. InsyaAllah, sampai masanya nanti aku bagi kad. Taun nih atau taun depan, bia Allah tentukan. sebab aku hanya mampu merancang, Allah menentukan segalanya ok. Kalau aku dok canang tarikh2 sekian sekian, kalau tak jadi tarikh itu aku jugak yang malu kan? so, doa2kan lah duit kami cukup dan dapat kahwin taun nih jugak. AMin. :)
p/s:
To love is nothing; to be loved is something. But to love and be loved is everything.
Subscribe to:
Posts (Atom)