Tanggal 3 Mei 2011 menjadi ingatan buat aku. kenapa? aku kehilangan seorang rakan di seseri dulu buat selama-lamanya. Walaupun perkenalan hanya 2 taun. tapi, cukup untuk aku mengenali hati budinya. YAng menjadi kekesalanku, berita kematian beliau menjadi perbualan 1 Malaysia. tak caya? ok, boleh klik sini. berita harian
sungguh terkejut bila aku baca berita2 di dada akhbar dan melihat berita di tv. alahai, sungguh tak percaya. Arwah Ratna bukan sebegitu. masih terbayang arwah Ratna mengetuai bacaan surah2 di surau, jadi imam,prefect.. dan sebagainya. Walaupun aku tak rapat dengan arwah, tapi dia cukup disenangi oleh semua orang dan mempunyai peribadi yang mulia. Oleh kerana rasa tidak percaya itu, aku menerjah masuk ke forum batch kami, vivacious.. dan hasilnya, yup.. lelaki itu bukan kekasihnya, cuma admirer. bagaimana, kenapa dan macammana arwah Ratna berada di rumah lelaki itu aku tak tau. Wallahualam. Biarlah semua itu tak tersingkap. Hanya arwah, lelaki itu dan Allah shaja yang tau. dan biarlah Allah yang menghakimi semua itu. Sebab bukan semua yang kita pikir itu betul ok. baca blog kawan arwah Ratna masa blaja UKM. Klik sini
Bagi aku. semua orang akan ke sana. Cuma cara yang bagaimana kita akan ke sana kita tak tau. Aku sebagai kawan turut merasa kehilangan, sedih. Familynya lebih2 lagi la kan. Aku doakan arwah tenang di sana. Sama2 kita sedekahkan alfatihah dan yassin buat arwah. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Buat keluarga arwah, aku doakan moga tabah menghadapi ujian. sesungguhnya, Allah takkan bagi ujian jika tau korang tak tabah menghadapinya.
buat kawan2 wanita yang ku sayangi, sama2 kita jaga diri kita masing2. manusia yang tak dapat mengawal nafsu tak dapat dijangka perlakuannya. berhati2lah.
No comments:
Post a Comment