Saturday, May 21, 2011

PostiNG..??

Assalamualaikum.
Bile dah nak abes semester 7, maka perkataan posting mula bermain di bibir2 pelajar. ada yang dah decide nak posting kat mana (macam aku).. ada yang masih lagi tengah berpikir dan macam2 stail lah.

Masa mula2 nak masuk IPG, sanggup dipostingkan kemana sahaja. Tapi dah masuk tahun akhir, hambekk kauu.. cari kabel sana sini nak masuk negeri pilihan. (Oh kesian aku takde kabel. Kabel aku ALLAH n doa mak ayah jer.. :D) Yang seronok, kalau ada kabel Telekom bapak besar betis, sah2 negeri padat cam Terengganu nih senang nak masok. huhuh

Takpelah. Ape2 pon masing2 dah tunaikan tanggungjawab masing2. Nanti kita redha jer di mana tempat yang perlukan khidmat kite. kitekan guru. so, hanya SYMP (Saya Yang Menurut Perintah) ajer lah. huhuhhu

Buat Mak Ayah, i choose Terengganu as i promised to both of u. pray for me. besar niat dihati nak tengok2kan mak ayah kalo dapat dekat nih. :D

Buat en Tunang, i dah pilih Terengganu. dapat tak dapat, doakan sayang dapat ok. nanti sian kita berjauhan pulak. :D macam perjanjian kita, harap2 ditunaikan ok. huhuh

No comments: