Monday, October 31, 2011

Al Fatihah..

Assalamualaikum..

dalam pukul 12 tengah hari, dapat kol dari abang sulong,..
Beritahu pemergian atok kesayanganku..
Sama2 kita sedekahkan al-fatihah buatnya..

Na rindu kat tok..
Sedih sangat sebab tak dapat balik jumpa tok... :(

moga pemergiannya dicucuri rahmat...

Rezeki..

Sumber: Puan Google
Assalamualaikum..

Apa maksud rezeki?Bagi aku, rezeki tuh bukan terhad kepada wang dan harta, tetapi luas skopnya. Anak, kesihatan yang baik, kenaikan pangkat, diberi makan percuma, bagi aku itu pon adalah salah satu rezeki daripada Allah..

Anyway, aku nak cakap pasal rezeki anak. Tak semua orang yang berkahwin akan memperolehi anak. Setuju? Dalam hidup ini, bukan semua orang mempunyai jalan cerita yang sama dan kurang dugaan dan ujian dalam hidupnya. Masing2 punya cerita, kesukaran dan ujian yang berbeza. Jika si A diberi ujian sakit berpanjangan, mungkin si B akan diberi ujian susah mendapatkan anak.

Si B telah berusaha ke klinik dengan suami, buat pemeriksaan kesuburan. Walaupun si B dan pasangan tiada masalah kesuburan, tapi masih tiada anak. Jadi, mungkin si B dan pasangan diuji di situ,... dan kita sebagai yang melihat, janganlah membuat mulut, menjaja cerita bukan2 mengenai pasangan itu. kerana masa anda belum tiba lagi. Kadang2 apa yang berlaku kepada kita adalah kifarah dosa yang dilakukan oleh keluarga kita. Atau apa yang berlaku kepada keluarga kita adalah kerana lancangnya mulut kita mengata orang2 lain...

Jika abang2 dan kakak2 anda berkahwin, mempunyai 4,5 orang anak.. ANDA YAKINKAH BILA ANDA KAHWIN NANTI, ANDA JUGA AKAN MEMPUNYAI ANAK? Pikir2kan...

p/s: watch out your mouth!

Sunday, October 30, 2011

lilit2...


source: Encik Google

Assalamualaikum..

seronok betul tengok ladies pakai shawl, tudung lili2 dan berbelit2..
Ada yang tambah akseseri letak riben la, bunga besar la, benda alah berjuntai2 lah..
update n up to date laa kan..
tak kurang jugak yang pakai tudung syria lah..
tudung awning siap apa bagai..
siap ade manik2 berlian.. cantiks.. dengan roses besar2 kat sekeliling tudung.
kat sanggul..kat dada...marvellous!!~

ce try tengok kat sekeliling.. bila pegi jalan2..
bape kerat je yang masih pakai tudung bawal?
aku g megamall kuantan, aku g kuala terengganu..
aku g pantai batu buruk.. aku g cameron...
sume pakai tudung lilit2, belit2 dan segera di atas,..
aku sorang je masih pakai tudung bawal...
hahaha.. :P bialah orang nak kate aku tak update pon..

anyway..
xkisah lah nak bertudung cammana pon..
even bertudung saji sekalipon..
asal menutup aurat sudah,..
jangan tutup yang depan, belakang terbuka..
atau tutup yang belakang, depan terbuka..

p/s: cantik tengok ladies pakai shawl.. i like bagi yang kena caranya..

Saturday, October 22, 2011

Its Circle


Assalamualaikum..

Orang kata, hidup ini macam roda.
Kenapa yek? sebab bumi nih bulat ke?
Ok.. takde kena mengena dengan apa yang aku nak katakan.

Just continue reading bagi sape2 yang nak bace.
Kalau taknak, sila klik close. Thanks. Haha. :P

Anyway,..
Masa aku tak berpunya, orang2 tanya aku, bila nak berpunya?
Masa aku dah berpunya, orang2 tanya aku, bila nak berikatan?
Masa aku dah berikat, orang2 tanya aku, bila nak kawen?
Bila aku dah kawen, orang2 tanya aku, bila aku nak mengandung?
Bila aku dah kawen, orang2 tanya aku, bila nak beli rumah sendiri?
Bila aku dah ada anak, ada rumah sendiri, orang2 akan tanya.....

You know.. its circle..
Bila ko dah wat itu, dorang akan tanya ini..
It never ending..
So, just be patient. sebab sabar je yang kamu mampu..

Mode: Rindu kat mr hubby,..
Bila kamu nak balik en suamiku sayang??

Thursday, October 20, 2011

....

Assalamualaikum.


Tak sampai 24 jam.. tapi rasa di dalam nih membuak2. tesis yang nak dibetulkan tak abis2 lagi nak dibetulkan. sebab mood tak de. mood aku terbang ke DULANG...bersama en hubby aku. Oh si suamiku, cepat2lah balik ke darat ok.. menunggu panggilannya, takde. Maybe susah nak kol kot. Bila online..line internet kat sane putus2.. Hope si suami balik cepat2 yek.. Kalo tak boring pulak cuti kali nih si dia tiada di rumah.. :(

p/s: takde mood nak bercuti.

Tuesday, October 18, 2011

Menuju ke Garisan Penamat

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.
Masih diberi peluang untuk aku menghirup udara di IPG KSM.
Menghitung hari2 yang bakal berlalu, hanya tinggal 15 hari lagi untuk berada di IPG ini. Dalam menghitung hari untuk menuju ke garisan penamat, aku amat berharap dalam menyiapkan tesis seperti yang diharapkan dalam masa yang ditetapkan. Moga segala urusanku akan dipermudahkan. AMin.

21-24 November 2011 akan berlakunya kursus KISSM (Kursus Induksi SIstem Saraan Malaysia). Rasa beruntung sangat sebab dapat menyertai kursus tersebut.

Moga ilmu2, kemahiran dan teori yang dipelajari sepanjang 5 tahun setengah di sini mampu membantu aku di alam persekolahan yang sebenar. supaya aku dapat mengaplikasi dan menjadi guru yang terbaik. InsyaAllah.

p.s: gunakan peluang yg ada sebaik2nya...

Saturday, October 15, 2011

Ke mana hilang gentleman?



Assalamualaikum.

Last Thursday, i was on the bus from kuala terengganu to dungun. Ramai sangat orang yang naik bas pada waktu tuh. Then, bus sangat2 sesak. Hingga nak bergerak pon sah2 tak boleh. Bayangkan, dah sampai dungun pun aku still berdiri bersama2 10,11 orang lagi.

Ok. Aku kuat, muda.. AKu tak kisah berdiri untuk 2,3 jam dalam bas. Apa yang menyedihkan aku, di depan tempat aku berdiri, ada 6 kerusi diduduki oleh jejaka2 ensem yang berumur dalam lingkungan 18-20 an. Dorang ensem, sungguh aku tak tipu. Dan di belakang aku ada seorang warga emas dalam age 50an ke atas, berdiri.

Sangat menyedihkan aku, tak ada sorang pon dari kalangan 6 jejaka ensem tadi yang nak berdiri dan beri laluan kat pakcik tuh duduk. They are young, kuat lagi nak berdiri. Tapi pakcik tuh berdiri agak lama jugak. Hinggalah one lady nih bagi her seat kat pakcik nih. Oh, baik sungguh lady tuh. Tapi 6 org jejaka tadi masih tak rasa pape. Seriously, ke mana hilangnya nilai gentleman dorang untuk membantu orang2 yang lemah?? Tak de sense ke dorang if yang berdiri tuh ayah, mak or datuk dorang??

Actually, aku dah pandang sampai ke belakang bas. yang 10,11 orang berdiri nih adalah wanita. Budak2 sekolah yang baru form 2-5 pon ramai yang berdiri. Cuma aku je yang agak dewasa.. Dan hampir 80% tempat duduk diduduki oleh lelaki. Alahai.. memang sangat2 menyedihkan aku..

6 orang jejaka tadi ditegur oleh seorang perempuan muda supaya memberikan tmpat duduk mereka kepada girls yang berdiri. Tapi, memang perempuan tersebut diejek2 jugaklah. Aku rasa memang sangat2 geram dan keciwa dengan lelaki muda sekarang.. Ok.. mungkin lelaki memang lambat matang dan lambat untuk jadi gentleman.. kecuali dengan awek dorang je la kot.

Anyway.. aku menyeru pada semua lelaki. if naik bas, bagilah peluang pada orang tua, kanak2 dan perempuan..

The Green Tshirt



Assalamualaikum..

now kat Uitm Chendering. waiting for mr hubby to finish his class. Actually, i have wake up at 5.30 am this morning, because he has class at 8.00 am. in our way(from kemaman), i have seen a lot of people wearing the green shirts on their bikes way to somewhere. when i arrived at rusila, i see a lot of people gathering there. what is that?

i can conclude that, there will be a gathering today for pas, pkr, and dap. but im really sad because i can see the most of people wearing the green shirt are teenagers average 18-20 years old. I know, they can express their thought, but not that way..

like my hubby said..

"jika kapal bocor, tempat bocor tersebut akan ditampal, bukan kapal tersebut ditukar.
tapi, kenapa bila kerajaan corrupted, nak tukar kerajaan, bukan nak baiki kerajaan tersebut?"

p/s: sama2 kita pikirkan..

Tuesday, October 11, 2011

BerHujan

Assalamualaikum..

Petang2, memang bumi besut dilanda hujan.
Pagi dan tengah hari, cuaca sangat2 panas. panas terik.
Pelik musim skang.. dan..
Agak cepat musim tengkujuh bermula tahun nih.
Alhamdulillah..hujan rahmat lah tu..

Syukur.
Syukur kerana diberi nikmat hidup.
Syukur kerana diberi nikmat berfikir.
Syukur kerana diberi nikmat berkasih sayang.
Syukur kerana diberi nikmat kesihatan untuk melayan
Syukur kerana jumpa dia.. suamiku.
Alhamdulillah..

P/s: Thanks dear.. Thank 4 everything. :D

Sunday, October 9, 2011

Bini2Ku Gengster

assalamulaikum...

pagi tadi my klasmat kecoh pasal bini2ku gengster dah boleh di download..
cepatnye kan? sebab biasanya, movie2 melayu nih lambat sket dapat di download kan?
tapi takpelah.. memang citer nih best pon...
kl ikotkan aku, aku bagi 5 bintang..
sebab berjaya buatkan aku gelak tak berenti2..
lebih2 lagi dengan lagak sam tuh.. hehehe
sangat2 comei dan cute..

anyway thanks to mr hubby..
sanggup drive ke kuantan bawa aku tengok wayang..
love u so much!

Thursday, October 6, 2011

Tanggungjawab isteri..


Assalamualaikum..

Tadi godek2 mr google, tiba2 artikel pasal tanggungjawab isteri nih menarik perhatian aku. Banyak benda yang perlu aku pelajari sebenarnya..n sebagai perkongsian ilmu. nih ada sedikit sebanyak tanggungjawab isteri terhadap suami..
1) Melayan suami.
2) mentaati suami.

sebenarnya, tugas isteri ada dua aje. tapi, atas dasar melayan suamilah menyebabkan isteri masak, basuh baju, n lakukan kerja2 rumah untuk suami... n suami pulak, dah isteri lakukan tugas2 sedemikian rupa, bertimbang rasa lah..dan sama2 lakukannya.. :) like my mr bie. hehe :P

dan bila sang suami berkehendakkan makan sesuatu, isteri diwajibkan masak untuk suami.. inilah mentaati.. ape2 pon, bergantunglah pada budi bicara masing2. seorang suami yang baik pastinya dapat menilai setiap perbuatan isteri...

dan isteri niatkanlah... setiap perbuatan yg dilakukan adalah untuk mencari redha suami.. kerana bila suami redha pada isteri, barulah redha Allah datang..

dan, isteri wajib menjaga barang2 dan harta suami...banyak lagi yang perlu ku pelajari.. pasnih kena baca buku banyak2..

p.s: trying to be the best..insyaAllah..AMin. :)

Wednesday, October 5, 2011

Tanah Haji

Assalamualaikum...

Hari nih mak ayah aku ke Tanah Suci Mekah.
Sebak pon ade...
Aku doakan yang terbaik utk dorg..
Dipermudahkan segala urusan...
Moga dapat haji yang mabrur..
Moga aku juga akan dijemput ke sana nanti.. Amin..

p/s: Rindu.

Tuesday, October 4, 2011

Tak Adil!

Source: Miss Google

Assalamualaikum..
Its life. dalam hidup pon memang susah kita nak adil. adilkah perhatian kita beri pada ibu bapa kita? adilkah perhatian yg diberi atas setiap murid kita? adilkah kita dalam memberi kasih sayang kepada family kita? Adilkah kita terhadap kawan2 kita?

Bila kita yang melakukan ketidak adilan, memang tak rasa. tapi kalau kita yang menjadi mangsa ketidak adilan, memang terasa sangat2. Dah muhasabah diri, Mungkin tak dapat perbaiki masa lalu, tapi sekurang2nya tak ulangi masa depan.

Tetapi, memang susah nak adil sebenarnya.. Tengoklah sekeliling anda. Pasti dapat lihat ketidak adilan di mana2. Lihatlah ketidakadilan itu sebagai sesuatu yang positif. Seperti berusaha menjadi lebih baik, atau usah pedulikan ketidak adilan itu.. berusaha untuk diri sendiri...

P/s: dah lame tak tido kul 3-4 pagi sebab nak siapkan asgmt. Sekali wat, rasa cam nak pitam. hhuhuh :P

Menangis! Margin! My God!


Assalamualaikum..
3 M di atas memang benar2 terjadi. Atas sebab margin, saya bertungkus lumus selama beberapa hari ini. tapi menyedihkan, bila print margin lari.. tak tau nape.. (THIS IS MARGIN.. BUKAN MIGRAIN)....... menangis dah!~ huhuh.. cengeng!~

ANyway... memang tak tau nak betulkan kat mana dah.. cuma rasa nak print kat kedai terus....
sedeynyaa..xlarat dah nak kejar nih..

p/s: byk lagi xsiap nih...

Sunday, October 2, 2011

Dont Cut!


Assalamualaikum..

dalam membaca status2 yang diupdate di facebook, penulis tertarik dengan satu status nih.

"When the nails grow, we cut the nails, NOT THE FINGERS!
when the misunderstanding raise, we should cut the misunderstanding, NOT THE RELATIONS!"

Maksud penulis di sini, sebenarnya ramai antara kita akan memilih untuk break up dengan kawan baik apabila berlaku sesuatu salah faham. berbanding cuba membetulkan salah faham itu. Apa2 pun, penulis bercakap bagi diri penulis. Tiada kena mengena dengan orang lain. dan, penulis sudah berusaha dalam setahun dua ini untuk berubah... InsyaAllah..

Let be friends forever. Even we're not best friends anymore.

Mode: Rindu kenangan berbestfren. Huuhuhu :P