Sunday, July 10, 2011

Kad Kahwin???Tipu??


Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Kad kahwin dah sampai. i order online aje u. tapi i sedih ok. sebabnya? berlaku miscommunication. kalau i nak kate die tipu, cam tak baik pulak sebab nampak i berburuk sangka. but sedih plak rasenya. Bukan kena marah dengan en tunang pasal tu, tapi teguran dari dia buat i terasa sendiri. (gedik lak rasa nak ber "i" nih.. :P )

Alkisahnya, cik tunang pesan, simpan segala message, email berkaitan semasa order kad online. yang email tu aku simpan lah, tapi tang message tuh..sebab hp aku xbleh simpan sent message banyak sangat, so aku secara tak sengaja terdelete. dan masa tuh tak forward message tuh kat dia. dan jadik lah cam sekarang...

1) aku order kad 700 keping + envelop bercetak..yang sampai 700kpg kad, tp envelop plak tak bercetak...
2) aku order 2 bunting + extra 200 envelop bercetak. harga dipersetujui rm70..tp yang sampai 1 bunting + 200 envlop bercetak tuh.. aku bukan kisah sangat rm30 tuh .. (rm30 untuk harga 1 bunting ok)..cuma kejujuran, halal dan keberkatan yang bermain2 dalam kepala otak aku.. ntahlah. aku rasa dia tipu aku, dan dia lak rasa benda yang sama.

Atas sebab nih, aku kol en tunang nak tanya pendapat. dan dia tanya aku simpan tak message2 dari kadkahwinonline tuh..so, nampak dah salah aku sebab tak simpan bukti2 tuh. untuk kawan2, kalau nak order kad kahwin online tuh, pastikan semua order dan maklumat bayaran untuk harga barang diemelkan. sebab emel sah2 disimpan dan boleh diforwardkan..tol x? tak cam message hp boleh diremove tanpa disedari. dan kalau cakap mulut jer memang boleh diputarbelitkan.

p/s: Walau hanya RM30 yang dimusykilkan, tapi soal keberkatan n halal haram jangan dibuat main. tak kisahlah, asal nih hanya share pengalaman. harap tak jadi dekat orang lain.

No comments: